Monday 17 April 2017

[Video Husam: Saya tak terima wang syarikat judi (semasa dalam Pas) & Bakal Saman Zaharin] Akhbar Mingguan AMANAH di pasaran Sabah. Bagus edarannya.

Isnin, 17 April 2017

Foto Saharuddin Adnan.
Saharuddin Adnan
6 jam
Available juga di Sabah ni. Bagus edarannya.
Foto Parti Amanah Negara.

Dapatkan di pasaran!

Untuk melanggan hubungi 01132334322.



Husam: Saya Tak Terima Wang Syarikat Judi



Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau menerima wang daripada sebuah syarikat yang berkaitan dengan perjudian.

Husam juga telah menghantar surat tuntutan guaman kepada Zaharin Mohd Yasin yang menuntut permohonan maaf dan penarikan balik dakwaan itu.

Husam memberi tujuh hari kepada Zaharin untuk berbuat demikian atau tindakan saman akan dimulakan.

"Tuduhan ini tak benar,” katanya pada sidang media di Wisma AMANAH di ibu negara hari ini.

Beliau juga berkata tidak pernah berjumpa wakil syarikat itu dan pemiliknya, yang terkenal sebagai seorang taikun judi.

Zaharin pada 10 April lalu menulis di Facebooknya mendakwa, Husam menerima wang itu tetapi bukan untuk dirinya sebaliknya untuk PAS, ketika beliau masih bersama parti itu.

Zaharin juga menulis, duit tersebut telah dijelaskan bukan hasil judi sebaliknya daripada perniagaan lain yang bukan haram.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi syarikat itu.
Posted by Jeebond BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena