Sunday 23 April 2017

[Video Najib Kata Kos Sara Hidup Di Malaysia Paling Rendah di Asean] "Kos sara hidup rendah? Najib banding ngan gaji dia, ok lah" & Kerajaan digesa kembalikan skim bantuan makanan pelajar miskin.

Isnin, 24 April 2017

COMMENTS

Kos sara hidup rendah? ... ds najib banding ngan gaji dia .... ok lah.

Kerajaan digesa kembalikan skim bantuan makanan pelajar miskin


IPOH, 21 APR: Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menggesa kerajaan supaya mengembalikan skim bantuan makanan percuma kepada murid-murid miskin yang telah dihentikan sebelum ini.
Menurutnya, pemberhentian skim  bantuan tersebut berlaku ekoran salah urus tadbir kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Akibat salah urus tadbir oleh kerajaan BN, rakyat kini merasai kesannya dan yang terbaru adalah skim susu dan sarapan pagi percuma murid-murid miskin mengalami masalah besar kesuntukan peruntukan sehingga pihak sekolah tidak ada duit untuk menyediakan makanan kepada pelajar-pelajar miskin,” katanya dalam kenyataan.
Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang itu mengambil inisiatif menaja makanan kepada pelajar-pelajar miskin  Sekolah Kebangsaan Sri Kepayang dekat sini selama dua tahun.
Menurut beliau, sumbangan peribadi itu dibuat sebagai tanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar-pelajar miskin dan kurang berkemampuan terpelihara.
“Sebagai pemimpin Pakatan Harapan yang bertanggungjawab, saya menghulurkan sumbangan peribadi memberi tajaan kepada Sekolah Kebangsaan Sri Kepayang Ipoh selama dua tahun supaya pihak sekolah dapat membekalkan makanan berkhasiat yang mencukupi untuk murid-murid sekolah tersebut yang miskin dan amat perlukan bantuan,”  ujar Ahli Parlimen Taiping itu.
Sejak tahun 2015 ujarnya, peruntukan kepada Universiti awam tempatan secara umum telah dipotong sebanyak 30 peratus, antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysa (UM) dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
“Potongan peruntukan secara ketara bukan saja menjejaskan mutu pendidikan tinggi negara, ia juga menggugat usaha negara kita untuk menjadi pusat pendidikan tinggi serantau sebagaimana yang termaktub dalam pelan Pembangunan Induk Pengajian Tinggi.
“Kesan ini dapat dilihat dari pengumuman Thames University World ranking pada bulan Mac tahun ini di mana tiada sebuah Universiti awam negara kita disenarai dalam kedudukan top 50 di benua Asia sebaliknya Nasional University of Singapore (NUS) berjaya menduduki tempat pertama buat kali pertama,” katanya lagi. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena