Monday 24 April 2017

[Video TERBONGKAR! Senjata Yang Dimiliki Najib, Curi Berbillion Tanpa Dikesan] Sudah 12,000 rakyat Malaysia berdaftar sebagai sukarelawan INVOKE Malaysia! Apa sudah jadi dgn RM1.6 bilion Pendapatan Luar Jangka?

Isnin, 24 April 2017

Foto Rafizi Ramli.
Sudah 12,000 rakyat Malaysia berdaftar sebagai sukarelawan INVOKE Malaysia!
Daftar Sekarang di http://bit.ly/JomJoinInvoke
Perubahan Boleh Berlaku Dengan Setiap Usaha Kita

#JomJoinInvoke
 — dengan - dan 

Foto Rafizi Ramli.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sukarelawan INVOKE Malaysia!

Sukarelawan INVOKE Malaysia akan ditugaskan untuk membantu ahli-ahli politik pembangkang berkempen untuk pilihanraya umum ke-14 nanti.

Sukarelawan juga akan diberi peluang untuk berinteraksi dan meluangkan masa mereka bersama-sama pengundi untuk mendengar rintihan dan harapan mereka untuk negara.

Daftar sekarang di http://bit.ly/JomJoinINVOKE

Perubahan Boleh Berlaku Dengan Setiap Usaha Kita
#JomJoinInvoke
Foto Rafizi Ramli.
HARGA RON95 PATUT KEKAL PADA RM2.24 SELITER, APA SUDAH JADI DENGAN WANG RM1.6 BILION PENDAPATAN LUAR JANGKA

Saya sertakan laporan harga minyak mentah Brent mengikut laporan Bloomberg bagi tempoh seminggu sehingga hari ini:

Menggunakan semua data-data harga minyak mentah dan kadar tukaran wang asing berbanding dengan harga minyak mentah Brent, saya telah mengusahakan satu model matematik yang boleh meramalkan harga RON95 dengan berpandukan harga minyak mentah Brent (tanpa perlu menyemak harga MOPS95 yang diterbitkan Platts kerana laporan itu mahal dan tidak boleh disemak orang ramai).

Harga bagi minggu lepas adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual berikut:

11-Apr
Harga Brent: USD 56.23
Harga RON95: RM2.27 seliter

12-Apr
Harga Brent: USD 55.86
Harga RON95: RM 2.25 seliter

13-Apr
Harga Brent: USD 55.89
Harga RON95: RM 2.25 seliter

14-Apr
Harga Brent: USD 55.89
Harga RON95: 2.25 seliter

15-Apr
Harga Brent: USD 55.89
Harga RON95: RM 2.25 seliter

16-Apr
Harga Brent: USD 55.89
Harga RON95: RM 2.25 seliter

17-Apr
Harga Brent: USD 55.36
Harga RON95: RM 2.23 seliter

18-Apr
Harga Brent: USD 55.26
Harga RON95: RM 2.23 seliter

Purata: RM 2.25 seliter

Harga minggu lepas: RM 2.24 seliter

Oleh yang demikian, harga RON95 yang akan disemak esok sepatutnya dikekalkan pada harga RM2.24 seliter.

Memandangkan harga minyak mentah terus kekal pada paras yang jauh lebih tinggi (iaitu ~USD55 setong) berbanding harga yang digunakan untuk Bajet 2017 (iaitu USD45 setong), saya mengunjurkan Kerajaan Persekutuan telah mengumpul RM1.6 bilion pendapatan luar jangka dari kenaikan harga minyak mentah ini.

Oleh yang demikian, saya mengulangi desakan saya supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak membentangkan bagaimana jumlah ini diagihkan secepat mungkin untuk mengelakkan ia digunakan bagi perbelanjaan yang membazir dan tidak menguntungkan rakyat.

Saya mengutuk perangai beliau yang berterusan berdiam diri mengenai perkara ini sedangkan harga minyak RON95, RON97 dan diesel terus kekal pada harga yang tinggi dan membebankan rakyat.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

1 comments:

Johan said...

Ibarat jadi kadhamlah....
Jika jadi babu ada juga gaji...yg ini jadi macam hambar abdi...bos juga yg untung...sotong jadi hambar abdi Invoke untuk bos PKR dan rakan..

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena