Sunday, 30 April 2017

[Video Pasukan Berkuda Amanah] UMNO/BN telah gagal! Pelan Pembangunan untuk Masyarakat India HANYA 'LAKONAN'! Umpan raih sokongan menjelang PRU14.

Isnin, 1 Mei 2017

Foto Parti Amanah Negara.

PELAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT INDIA HANYA 'LAKONAN' RAIH SOKONGAN MENJELANG PRU 14

Kaum India di Malaysia adalah warganegara Malaysia. Mereka telah memberi sumbangan kepada kekayaan tanahair kita di ladang getah, kelapa sawit. Menjadi Tenaga buruh membena keretapi dan jalanraya.

Sekarang dipinggirkan di tepi masyarakat mainstream dengan isu perkerjaan, kemahiran, persekolahan, gangsterisma, 'death-in-custody', 'availability of credit', kewarganeraan, marginalisasi budaya & sebagainya. UMNO/BN telah gagal memberi peluang yang adil sepertimana UMNO/BN gagal membela rakyat marhean seluruh tanah air kita.

Pakatan Harapan mengambil maklum pengumuman pelan tindakan pembangunan masyarakat India oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

1. Setelah meneliti laporan-laporan media mengenainya, kami berpendapat pelan tindakan 10 tahun itu hanyalah satu cadangan bersifat ilustrasi tanpa perincian pelaksanaan yang jelas. Kami yakin pelan itu sama sekali tidak akan mencapai objektifnya untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh 1.7 juta kaum India di negara ini.

2. Berdasarkan pengalaman lepas, kami beranggapan, penggumuman terbaharu ini tidak lebih hanyalah 'lakonan semula' yang dimainkan PM Najib bagi mengaburi kegagalan kerajaan dalam membela nasib semua kaum di negara ini.

Kami juga menganggap hal ini sebagai satu lagi janji kosong dalam percubaan PM Najib untuk meraih semula sokongan masyarakat India, terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi. Pelan ini salah satu 'gula-gula politik' bagi memastikan kelangsungan politik beliau dan pentadbirannya terjamin.

3. Di sini, timbul persoalan berkenaan sikap kerajaan BN dalam membantu masyarakat India. Sebelum ini banyak program diumumkan untuk masyarakat itu yang berakhir tanpa sebarang hasil membanggakan.

Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) yang diumumkan melalui Bajet 2012 misalnya, setelah lima tahun program tersebut diumumkan, ia terus gagal meningkat pendapatan dan taraf ekonomi kaum India secara menyeluruh.

Bagaimana pula kegagalan PM Najib mematuhi janji membela nasib golongan miskin India melalui memorandum persefahaman (MOU) 18 perkara di antara Hindraf dan Barisan Nasional (BN) yang ditandatangani dua minggu sebelum PRU-13 lalu? Bukankah kegagalan menunaikan pelan itu merupakan pengkhianatan terbesar kerajaan BN terhadap masyarakat India?

4. Masyarakat India harus bertanya kepada diri mereka sendiri, apakah Najib benar-benar ikhlas mahu membantu?

Sepanjang Presiden Umno itu dilantik sebagai perdana menteri, nasib masyarakat Melayu sendiri tidak terbela dan telah terjejas teruk dari sudut sosial serta ekonomi.

Hal ini dapat dilihat apabila agensi-agensi berkaitan kepentingan orang Melayu seperti Felda, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Tabung Haji berdepan pelbagai masalah dan terpalit dalam isu ketirisan yang berpunca daripada skandal 1Malaysia Development Berhad.

Ketika masyarakat Melayu dan Cina enggan lagi memberi sokongan kepada Najib dan BN, beliau cuba pula 'merasuah' pengundi India melalui pengumuman terbaharunya ini.

5. Keengganan pentadbiran Najib menyelesaikan pelbagai isu melanda rakyat terutama berkaitan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan, kejatuhan nilai mata wang dan tekanan ekonomi yang dihadapi jelas membuktikan kelemahan kerajaan sedia ada.

6. Justeru, tiba masanya masyarakat India serta seluruh rakyat negara membulatkan tekad untuk membuat perubahan besar pada PRU akan datang.

Pakatan Harapan menggesa semua rakyat agar memberi kami peluang mentadbir negara untuk satu penggal. Peluang itu bagi membolehkan kami menunjukkan hala mana Malaysia akan ditadbir dan perbezaan urustadbir berbanding apa yang telah dilakukan BN.

Semua rakyat perlu melihat kejayaan Pakatan Harapan mentadbir Pulau Pinang dan Selangor dengan baik sehingga memberi manafaat besar kepada rakyat di negeri berkenaan.

Selain memastikan kesaksamaan semua kaum di negara ini, Pakatan Harapan akan memberi tumpuan untuk mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi melalui usaha pendidikan dan kemahiran demi meningkatkan produktiviti serta gaji.

Pakatan Harapan juga akan menghapuskan ketirisan dan rasuah. Kami percaya strategi ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada kaum India, tetapi kepada semua kaum di Malaysia.

PAKATAN HARAPAN

YB Manivanan Gowin
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Gopalan Papachan
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Dato' Dato' Ariff Sabri
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena