Sunday 30 April 2017

[Video Ribut Muktamar, di mana pemimpin Pas? & 'Badai Ribut' di kawasan Muktamar sahaja] Mungkin Hadi yang terkeliru, bukan BERSATU - Muhyiddin

Isnin, 1 Mei 2017


Foto Mohamad Sabu.

Foto Pemuda Amanah Nasional.

Mungkin Hadi yang terkeliru, bukan BERSATU - Muhyiddin


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa pemikiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itulah sebenarnya yang bercelaru dan bukan partinya.
"Tak ada, kita (BERSATU) tak celaru. Mungkin pemikiran dia (Hadi) yang celaru agaknya," kata Muhyiddin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Harapan (HARAPAN) berhubung logo gabungan parti pembangkang itu di Yayasan Selangor, hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu menegaskan sekali lagi bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang hubungan dengan BERSATU.
Menurut Hadi ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-63 di Alor Setar, ia berikutan PAS melihat BERSATU tidak mempunyai arah ketentuan dalam aspek kepimpinan.
"Dah buat penilaian, BERSATU tak ada ketentuan arah kepimpinan. Tak tahu siapa makmum, siapa imam.
"Sebab itu kita buat keputusan tak ada hubungan dengan BERSATU," katanya dalam sidang media .
Penegasan oleh anggota Parlimen Marang itu sekali gus dilihat menamatkan tanda-tanya mengenai nasib kerjasama antara kedua-dua parti terbabit.
Abdul Hadi tak faham BERSATU
Mengulas lanjut, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, Abdul Hadi tidak jelas akan situasi sebenar BERSATU.
"Bagi saya presiden PAS mungkin tak mengetahui situasi dan keadaan sebenar yang ada dalam
parti BERSATU sejak ditubuhkan, di mana kita ada perlembagaan dan kita dah jelaskan matlamat perjuang serta hala tuju kita sampai ke peringkat akar umbi.
"Kita telah adakan gerakan seluruh negara berhubung sambutan penubuhan BERSATU, pastinya kerana kita bersama-sama mendokong matlamat perjuangan untuk menang PRU 14 akan datang," kata Muhyiddin.
Sementara itu mengulas kerjasama PAS dengan BERSATU, anggota parlimen Pagoh itu berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada parti Islam itu .
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beliau percaya masih ada harapan hubungan kerjasama itu akan terjalin.
"Terserah kepada mereka. Kalau sudah muktamad, maka kita tak boleh kata nak meneruskan (kerjasama) tapi saya tahulah di peringkat-peringkat tertentu masih ada minat daripada pimpinan PAS untuk bekerjasama dengan kita," kata Muhyiddin.
Namun, kata Muhyiddin, pihaknya akan mengambil ketetapan PAS itu sebagai panduan bagi mereka meneruskan usaha barisan pembangkang.
Sebelum ini, keputusan mengenai hubungan PAS dan BERSATU diberi gambaran berbeza di kalangan pemimpin PAS yang bertentangan dengan kenyataan Hadi.
Terdahulu, Timbalan Presidennya Datuk ‎Tuan Ibrahim Tuan Man memberi gambaran bahawa PAS masih berunding dengan BERSATU.
Bagaimanapun, Hadi kemudiannya memaklumkan PAS sudah membuat keputusan untuk tidak bertahaluf siyasi dengan BERSATU.
Ahli parti keluar BERSATU
Manakala mengulas tindakan 30 anggota BERSATU keluar parti, Muhyiddin berkata ia hak mereka.
"Ia merupakan perkara biasa dan saya tak nak komen apa-apa tapi apa yang pasti ribuan menyokong kita dan kalau mereka nak keluar itu hak mereka," kata Muhyiddin.
Seramai 30 anggota BERSATU di Bandar Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi di Dungun semalam termasuk Anggota Jawatankuasa Biro Penerangan BERSATU Azmi Mohammad mengisytiharkan keluar dari parti itu dan kembali menyertai Umno.
Mereka mengambil keputusan itu kerana mendapati BRSATU tidak mampu membela nasib orang Melayu sepertimana yang dilakukan Umno selama ini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena