Wednesday 19 April 2017

[Video Tun M - Saya Bersama Musuh Ketat Demi Selamatkan Malaysia Dari Perompak 1MDB UMNO Najib !] Pelantikan HISHAM Menteri di JPM membuktikan kepimpinan Umno dalam keadaan bergolak.

Rabu, 19 April 2017

Image result for Gambar Mahathir
HISHAMUDDIN KELIRU POTFOLIO MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS
1. Pelantikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri membuktikan kepimpinan Umno dalam keadaan bergolak. Ia dilantik dalam keadaan mengejut dan potfolionya sangat kabur hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.
2. Pemuda AMANAH Nasional melihat, tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak itu seolah-olah merendah-rendahkan peranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi. Sedangkan tugas Timbalan Perdana Menteri adalah membantu secara rasmi kerja-kerja dan peranan Perdana Menteri namun perlantikan Hishamuddin menzahirkan bahawa Najib lebih percaya dan mahu memberikan ruang lebih besar terhadap sepupunya itu.

3. Hishamuddin berkata, satu daripada tugasnya sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas adalah membantu Perdana Menteri memantau keselamatan Sabah dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), sedangkan peranan jawatan barunya itu selari dengan tugasan Menteri Pertahanan yang sedang disandangnya. Hishamuddin seolah tidak tahu peranannya sebagai Menteri Pertahanan yang merangkumi semua skop melibatkan keselematan negara termasuk Sabah.
4. Hishammuddin juga berkata beliau belum bersedia untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai tugas selebihnya sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas. Sedangkan, bagi kami sebagai kerajaan yang diberi kuasa oleh rakyat, mereka perlu memaklumkan tugas-tugas menteri secara rasmi.
5. Pemuda AMANAH Nasional telah menyuarakan sebelum ini agar kerajaan mengurangkan bilangan jawatan-jawatan yang dilihat tidak berperanan dan berlaku pentindihan potfolio dalam mengurangkan kos serta memastikan ia benar-benar efisyen. Oleh yang demikian, kami merasakan jawatan baru yang diwujudkan ini hanya menambahkan kos dan meningkatkan kecelaruan potfolio antara menteri-menteri kabinet.
6. Umum mengetahui, Zahid bukanlah tokoh yang benar-benar 'sealiran' dengan Najib dan melihat ramai melihat Zahid adalah 'ancaman' besar terhadapnya. Ini menyebabkan Najib perlu memberi kuasa baharu kepada Hishamuddin dalam meneruskan legasi kepimpinan mengikut kemahuannya.
7. Pelantikan Hishamuddin ini jelas memberi isyarat bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan dalam tempoh yang terdekat. Najib akan berundur kerana terpaksa menerima hakikat liabilitinya kepada BN dan akan mewajahkan Hishamuddin sebagai penggantinya.
#PemudaBekerja
Membina Negara Berintegriti
MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
Foto Parti Amanah Negara.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena