Tuesday 18 April 2017

[Video Hadi Dah Pesan Undilah UMNO & PAS Dalam PRU14] Mujahid jamin bai'ah cerai isteri tidak akan wujud dalam Amanah

Selasa, 18 April 2017

Mujahid jamin bai'ah cerai isteri tidak akan wujud dalam Amanah

Mujahid menjawab soalan hadirin dalam program bicara santai di Dun Bunut Payong, Kelantan hari ini
Menganggap bai'ah cerai isteri tidak bertepatan kehendak Islam, Amanah akan pastikan perkara berkenaan tidak akan berlaku dalam parti itu.
"Kalau ada cadangan untuk adakan benda ini dalam Amanah, sayalah yang pertama akan menentang sekeras-kerasnya," kata naib presiden Amanah Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa.
Mujahid memberitahu demikian ketika menjawab soalan di majlis santai di kompleks markas pilihan raya Dun Bunut Payong pagi tadi.
"Bai'ah seperti ini memang bercanggah dengan maqasid syariah berkenaan pembentukan rumah tangga dalam Islam.
"Fekah Islam memberi ruang seluas-luasnya untuk mengelakkan perceraian bukannya secara suka-suka meruntuhkan rumahtangga.
"Kalau bersumpah pun ada cara batalkannya," katanya dalam program yang disiarkan secara langsung melalui laman facebook Pemuda Amanah Kelantan.
Beliau berkata, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri, walaupun bai'ah itu dibuat dalam pengetahuannya jelas mengambil sikap berbeza kemudiannya.
"Beliau pernah kata 'tiada dalam fikiran saya' bila ditanya tentang bai'ah ini.
"Ini menunjukkan arwah sendiri menganggap perkara ini hanyalah keperluan kritikal bagi pertahankan kerajaan yang hanya tinggal satu kerusi dan bukannya alat untuk runtuhkan rumah tangga orang," katanya.
Menurutnya ulamak-ulamak semasa yang beliau temui semuanya menolak bai'ah seperti ini yang mereka anggap sebagai ganjil.
"Seorang ulamak terkenal yang saya temui di Turki amat terkejut hingga menitiskan air mata.
"Beliau menyoal adakah kamu jadikan keruntuhan rumah tangga sebagai cagaran berpolitik," katanya.
Isu bai'ah kembali hangat khususnya apabila pemuda Pas Kelantan menganjur ceramah 'Husam lari debat isu bai'ah di Kota Bharu bulan lalu.
Keadaan menjadi kelam kabut apabila Adun Salor Datuk Husam Musa tanpa dijangka hadir di program tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena