Showing posts with label kos sara hidup. Show all posts
Showing posts with label kos sara hidup. Show all posts

Friday, 15 December 2017

[Video RAKYAT TERTEKAN dengan kos sara hidup, wanita Umno pulak masih dok main sentimen MAHARAJA LIM] Shahrizat, lagak sakan dalam 'sarkas' di PWTC...

Jumaat, 15 Disember 2017

Shahrizat,lagak sakan dalam 'sarkas' di PWTC...

tumpang sekole blogger

Image result for lembu dalam kondo

Image result for Gambar Shahrizat dan maharaja Lim
Shahrizat,lagak sakan dalam 'sarkas' di PWTC.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah salah satu watak utama dalam persembahan ‘sarkas’ UMNO di PWTC tahun ini. 

Shahrizat, dilaporkan berkata dalam ucapan beliau semalam bahawa rakyat Malaysia hanya ada dua pilihan – kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, atau pembangkang yang dipimpin ‘Maharaja Lim’. 

Gelaran tersebut merujuk kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang menjadi bahan sasaran utama parti pemerintah itu sejak mula bersidang kali ini. 

Pengarah Pendidikan Politik Wanita DAP Pulau Pinang, Syerleena Rashid menyifatkan Shahrizat sebagai ‘bertuah’ kerana berjaya melepaskan diri daripada pendakwaan melibatkan skandal ‘lembu dalam kondo’ beberapa tahun lalu. 
Related image
“Rakyat Malaysia tidak akan melupakan skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan bagaimana keluarga beliau tidak mampu membayar semula pinjaman RM250 juta ke atas kegagalan projek menternak lembu itu,” tegas Syerleena.  

Beliau terlebih dahulu menyertai rombongan DAPSY Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap kenyataan Shahrizat itu yang didakwa bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menghina institusi raja-raja Melayu. 

Shahrizat dan keluarganya didedahkan terlibat dalam skandal lembu pada tahun 2011 melalui laporan Ketua Audit Negara.
Mai bertanding kat Pandan... 


Dana yang dikhaskan untuk projek penternakan lembu terbabit ternyata telah disalahguna untuk melabur dalam hartanah oleh NFCorp yang diuruskan suami dan anak-anak Shahrizat sendiri. 

Antaranya kondominium mewah One Menerung bernilai RM9.8 juta yang membawa kepada jenaka ‘lembu dalam kondo’. 

“Saya percaya rakyat Malaysia tidak akan termakan pembohongan kleptorat seperti Shahrizat. 

“Mereka ini akan terus membazirkan dana pembayar cukai demi kepentingan sendiri,” tegas Syerleena yang juga Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang. – Roketkini.com 
Read More

Friday, 27 October 2017

[Video Muhyiddin: Kos Sara Hidup Membebankan Rakyat] 1MDB alami kerugian jual aset tenaga kepada syarikat China.

Jumaat, 27 Oktober 2017

Image result for Foto Bajet 2018 Pakatan Harapan

1MDB alami kerugian jual aset tenaga kepada syarikat China – Tony Pua

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Dakwaan bahawa 1MDB menjana RM2.18 bilion dalam bentuk dividen hasil daripada penjualan kepentingan tenaganya kepada China General Nuclear Corp (CGN) adalah tidak benar.
Malah, kenyataan 1MDB yang mengatakan bahawa sebahagian besar dividen tersebut digunakan untuk membayar hutang pengambilalihan itu juga disifatkan sebagai mengarut.
Hakikatnya, menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, 1MDB mengalami kerugian apabila menjual kepentingannya itu kepada syarikat China tersebut.
“Apabila saya semak penyata kewangan anak syarikat tenaga 1MDB, tidak ada satu tahun di mana mereka mengumumkan dividen kepada 1MDB.
“Ini bermakna dividen yang diperkatakan 1MDB adalah mengarut,” katanya yang juga dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dikeluarkan 1MDB semalam yang mendakwa bahawa syarikat itu kononnya mencapai ‘pulangan balik’ pelaburan tenaganya.
Anak syarikat tenaga 1MDB, Edra dijual kepada CGN dengan nilai RM9.82 bilion pada 2015.
Sebelum ini, Edra membeli aset jana kuasa di Malaysia, Mesir, Pakistan, dan Arab Bersatu dan Bangadesh antara 2012 dan 2013, dengan harga sekitar RM12 bilion. – Roketkini.com
Read More

Friday, 9 June 2017

[Video Kemelut FGV - Isa Samad bakal di tangkap sebelum PRU14?] Rakyat tak peduli siapa jadi PM, yang penting ekonomi, kos sara hidup.

Jumaat, 9 Jun 2017

Rakyat tak peduli siapa jadi PM, yang penting ekonomi, kos sara hidup

Read More

Sunday, 23 April 2017

[Video Najib Kata Kos Sara Hidup Di Malaysia Paling Rendah di Asean] "Kos sara hidup rendah? Najib banding ngan gaji dia, ok lah" & Kerajaan digesa kembalikan skim bantuan makanan pelajar miskin.

Isnin, 24 April 2017

COMMENTS

Kos sara hidup rendah? ... ds najib banding ngan gaji dia .... ok lah.

Kerajaan digesa kembalikan skim bantuan makanan pelajar miskin


IPOH, 21 APR: Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menggesa kerajaan supaya mengembalikan skim bantuan makanan percuma kepada murid-murid miskin yang telah dihentikan sebelum ini.
Menurutnya, pemberhentian skim  bantuan tersebut berlaku ekoran salah urus tadbir kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Akibat salah urus tadbir oleh kerajaan BN, rakyat kini merasai kesannya dan yang terbaru adalah skim susu dan sarapan pagi percuma murid-murid miskin mengalami masalah besar kesuntukan peruntukan sehingga pihak sekolah tidak ada duit untuk menyediakan makanan kepada pelajar-pelajar miskin,” katanya dalam kenyataan.
Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang itu mengambil inisiatif menaja makanan kepada pelajar-pelajar miskin  Sekolah Kebangsaan Sri Kepayang dekat sini selama dua tahun.
Menurut beliau, sumbangan peribadi itu dibuat sebagai tanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar-pelajar miskin dan kurang berkemampuan terpelihara.
“Sebagai pemimpin Pakatan Harapan yang bertanggungjawab, saya menghulurkan sumbangan peribadi memberi tajaan kepada Sekolah Kebangsaan Sri Kepayang Ipoh selama dua tahun supaya pihak sekolah dapat membekalkan makanan berkhasiat yang mencukupi untuk murid-murid sekolah tersebut yang miskin dan amat perlukan bantuan,”  ujar Ahli Parlimen Taiping itu.
Sejak tahun 2015 ujarnya, peruntukan kepada Universiti awam tempatan secara umum telah dipotong sebanyak 30 peratus, antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysa (UM) dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
“Potongan peruntukan secara ketara bukan saja menjejaskan mutu pendidikan tinggi negara, ia juga menggugat usaha negara kita untuk menjadi pusat pendidikan tinggi serantau sebagaimana yang termaktub dalam pelan Pembangunan Induk Pengajian Tinggi.
“Kesan ini dapat dilihat dari pengumuman Thames University World ranking pada bulan Mac tahun ini di mana tiada sebuah Universiti awam negara kita disenarai dalam kedudukan top 50 di benua Asia sebaliknya Nasional University of Singapore (NUS) berjaya menduduki tempat pertama buat kali pertama,” katanya lagi. – Roketkini.com
Read More

Sunday, 5 February 2017

[Video PH akan cuba PENJARAKAN NAJIB ROSMAH] MB Kedah - Umno sedia bekerjasama dengan Pas..."Woit, macai simpan bodo* tu sikit utk anak cucu!" Kerajaan hari-hari HENTAM RAKYAT dengan kos sara hidup, GST, barang & minyak naik! Kau tak kira kah?

Ahad, 5 Februari 2017

Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.


Otai BERSIH telah menambah 3 foto baru
14 min

Weii...Macai bodoh simpan bodoh sdikit tu untuk anak cucu..!!

Kerajaan hari - hari hentam rakyat dengan kos sara hidup ditambah lagi dengan gst, minyak naik, matawang jatuh, dan macam - macam lagi bentuk kesusahan yang kerajaan beri pada rakyat, kau tak kira kah?
Berilah rakyat peluang bangkit berdiri atas kemahuan mereka memilih kerajaan itu sendiri .

Ada tak page kerajaan yang tak hentam pembangkang siang sampai ke malam?
Bagi aku satu bukti yang Otai Bersih adalah talibarut pembangkang daripada bangsa non Malay singapura..???
Last, simple , kau bodoh .

Umno Kedah sedia bekerjasama dengan Pas - Ahmad Bashah

Ahmad Bashah
Umno Kedah bersedia menjalin kerjasama dengan Pas di peringkat negeri demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata bagaimanapun kerjasama itu mesti bermula di peringkat pusat terlebih dahulu.
"Kerjasama yang terjalin seperti dalam misi 'Food Flotilla for Myanmar' yang berlepas baru-baru ini melambangkan penyatuan ummah di Malaysia berikutan terdapat wakil Umno dan Pas dalam misi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan UMNO Bahagian Alor Setar di Seri Mentaloon, hari ini.
Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata pihak pembangkang tiada sebab untuk mempersoalkan pemberian peruntukan kepada kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional (BN) di negeri ini.
"Mereka perlu faham bahawa peruntukan yang disediakan itu adalah hanya untuk anggota Parlimen daripada BN manakala pihak pembangkang perlu mencari dana atau peruntukan sendiri.
"Malah wakil BN pun (di negeri yang diperintah pembangkang), mereka terpaksa cari dana dan peruntukan sendiri bagi kawasan mereka," katanya.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena