Showing posts with label #MALAYSIANOFFICIAL1. Show all posts
Showing posts with label #MALAYSIANOFFICIAL1. Show all posts

Saturday, 23 July 2016

[Video] Who's Malaysian Official 1? NAJIB KETURUNAN INDONESIA Fakta sejarah - Kabar Jampang

Sabtu, 23 Julai 2016

KENAPA AMAREEKA masih nak selindung#MalaysianOfficial1 ?

JANGAN LUPA KERAjaan Najib telah rela 'BERSETONGKOL' TPPA-AS..

Adakah masih cuba menegakkan benang basah ??.. kerana beliau tahu negara dan rakyat tak mampu berbuat apa apa..

KUASA ditangan 'dia' dan sekutunya...


Read More

Thursday, 21 July 2016

#MalaysianOfficial1 Satu persatu tembelang 1MDB 'JAHANAM' terserlah...Pembangkang beri kata dua, amaran 'aksi' 30 Julai.

Khamis, 21 Julai 2016
FUHHH!!! Satu dunia 9 NEGARA nak siasat dakwaan pengubahan wang haram, melibatkan ribuan juta dolar terhadap dana kekayaan negara 1MDB.

SWITZERLAND, SINGAPORE, HONG KONG, AMERIKA SYARIKAT, UNITED KINGDOM, U.A.E., THAILAND, AUSTRALIA, dan LUXEMBOURG sedang siasat..

TETAPI KENAPA di Malaysia SUDAH 'DIBERSIHKAN' ??!!

Cayalah Najib.. #MalaysianOfficial1 kini dah femes satu dunia dgn skandal dana berbilion2 ringgit !!!

MAKIN LAMA kebobrokan disorok, satu persatu tembelang 1MDB terserlah...

Image result for Gambar pakatan harapan

Pembangkang beri kata dua, amaran 'aksi' 30 Julai

Susulan pengumuman menggemparkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1MDB, pembangkang petang ini mengemukakan tiga tuntutan kepada kerajaan.

Perkara itu, adalah supaya perdana menteri bercuti, menasihati Yang di-Pertuan Agong menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja serta memanggil sidang tergempar parlimen.
Menurut mereka, Datuk Seri Najib Razak perlu bercuti segera susulan tanggapan beliau mempunyai kuasa ke atas agensi utama penguatkuasaan kerajaan.

Dalam kenyataan bersama, Majlis Presiden Pakatan Harapan berkata, jika “kata dua” itu gagal dipenuhi, mereka akan menggerakkan rakyat untuk “tindakan politik” pada 30 Julai depan sebagai tanda protes.

Setakat ini, tidak jelas jenis tindakan politik itu atau sama ada ia berbentuk sebuah himpunan bantahan.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencadangkan sebuahhimpunan bagi mendesak pengunduran Najib manakala BERSIH pula dikatakan sedang mempertimbang tindakan sama.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemangku pengerusi DAP Tan Kok Wai dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.
DOJ semalam mengumumkan langkah untuk menyita aset berbilion ringgit yang dikaitkan dengan 1MDB – yang bakal menjadi rampasan terbesar dalam sejarah AS.
Selain mendakwa wang 1MDB telah “dicuri”, beberapa individu dikaitkan termasuk Riza Aziz, anak tiri Najib, dan Jho Low serta “Malaysian Official 1” – yang menurut pemimpin pembangkang merujuk kepada Najib.
Malaysiakini.
Read More

KATA DUA kepada PM & PENJELASAN terkini #MALAYSIANOFFICIAL1! 1MDB: DSAI sudah tahu sejak 5 tahun lalu lagi.

Khamis, 21 Julai 2016

ANDA SEMUA DI JEMPUT HADIR: PENJELASAN TERKINI #MALAYSIANOFFICIAL1 DAN JAMUAN RAKYAT

AHLI PARLIMEN BUKIT KATIL, MELAKA & ADUN AYER KEROH, MELAKA

DENGAN TULUS HATI MENJEMPUT
TAN SRI/ DATO / TUAN / PUAN / CIK/ RAKYAT TERSAYANG SEISI KELUARGA

KE JAMUAN RAKYAT EIDUL FITRI
PARLIMEN BUKIT KATIL, MELAKA & ADUN AIR KEROH, MELAKA

PADA 23 JULAI 2016 (SABTU) JAM 2PM-6PM
DI PADANG AWAM, TAMAN THAMBY CHIK KARIM,
BATU BERENDAM MELAKA

TERAMU KHAS:
Y.A.B DATO MENTERI BESAR SELANGOR
DATO' SERI MOHAMMED AZMIN ALI
&
YANG BERBAHAGIA TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD

Bukan baru ini saja dia menipu DSAI sudah tahu sejak 5 tahun lalu lagi.


MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
KATA DUA KEPADA PERDANA MENTERI
Rakyat Malaysia malah satu dunia digemparkan berita sidang media Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US Department of Justice, DoJ) malam tadi yang mengumumkan bahawa aset berjumlah RM4 bilion (USD1 bilion) yang didakwa diperolehi secara haram akan dirampas. Ini merupakan rampasan aset haram terbesar dalam sejarah di Amerika Syarikat. Sidang media tersebut secara jelas menyatakan bahawa antara 2009 dan 2015, hampir RM14 bilion (USD3.5 bilion) telah dikeluarkan secara haram dari 1Malaysia Development Berhad oleh beberapa individu termasuk Riza Aziz, anak tiri Dato' Sri Najib Razak, dan Jho Low, dengan pengetahuan dan kelulusan seorang individu yang diberi nama "Malaysian Official 1".
Maka, memandangkan betapa beratnya dakwaan ini, dan implikasinya kepada nama dan imej negara, Majlis Presiden Pakatan Harapan dengan ini menggesa perkara-perkara berikut dilaksana dengan segera:
1. Dato' Sri Najib Razak perlu mengambil cuti dari jawatan Perdana Menteri pada kadar segera, oleh sebab wujudnya persepsi beliau mempunyai kuasa dan pengaruh ke atas agensi utama kerajaan termasuk pejabat Peguam Negara, Polis Di-Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan oleh kerana isu ini berkait rapat dengan bidang kuasa malah juga jangkamasa beliau memegang jawatan tersebut;
2. Kabinet perlu menasihati DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menitahkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Di-Raja - yang terdiri daripada individu-individu yang tiada kaitan dengan mereka yang didakwa terlibat di dalam isu ini - untuk menyiasat dakwaan-dakwaan berat ini; dan
3. Satu sidang Parlimen tergempar perlu dipanggil segera, supaya Dato' Sri Najib boleh memberikan penjelasan sepenuhnya mengenai isu ini kepada Ahli-Ahli Parlimen.
Majlis Presiden Pakatan Harapan juga dengan ini memberikan kata dua (ultimatum) kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak, bahawa sekiranya beliau dan Kabinet gagal melaksanakan ketiga-tiga perkara di atas sehingga Jumaat 29hb Julai, maka Pakatan Harapan akan bersama menggerakkan rakyat dalam satu tindakan politik pada Sabtu, 30hb Julai 2016 sebagai tanda protes terhadap pentadbiran Dato' Sri Najib.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Tan Kok Wai
Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP
Mohamad Sabu
Presiden Amanah
21 Julai 2016
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena