Showing posts with label 000 sebulan. Show all posts
Showing posts with label 000 sebulan. Show all posts

Wednesday, 30 May 2018

[Video Menteri sahkan gaji bos Mavcom RM85,000 sebulan & Hisham tidak mempertahankan jawatan N/Presiden Umno?] Masa Untuk Hishamuddin Ucap Selamat Tinggal? SPRM mula siasat jual beli tanah DBKL.

Rabu, 30 Mei 2018

Masa Untuk Hishamuddin Ucap Selamat Tinggal?


SPRM mula siasat jual beli tanah DBKL

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan sudah memulakan siasatan terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ekoran aduan dibuat seorang anggota parlimen.
Menurut Lim Lip Eng perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Bandar Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz semasa mereka bertemu hari ini.
Lim yang juga anggota parlimen Kepong berkata siasatan SPRM itu dibuat berhubung penjualan 64 plot tanah semasa Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
"Menurut datuk bandar, pihak SPRM tiap-tiap hari ada datang ke DBKL untuk menyiasat. Semalam ada, hari ini juga ada (datang).
"Mereka datang dan mengambil dokumen mengenai 64 lot tanah yang dijual pada zaman Ku Nan menjadi menteri," katanya kepada media di Ibu Pejabat DBKL hari ini.
Menurut Lim, Mhd Amin Nordin berjanji pihak DBKL akan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan berkenaan.
Malaysiakini sudah menghubungi Mhd Amin Nordin untuk mendapatkan komen beliau.
Sebelum ini Lim mendakwa 64 plot tanah itu - dianggarkan benrilai RM4.28 bilion - dijual kepada pihak swasta antara 2013 dan 2018 tanpa melalui proses tender terbuka.
Minta campur tangan KSN
Lim juga mendakwa sebahagian plot berkenaan dipindahkan kepada sebuah badan dikenali sebagai Yayasan Wilayah Persekutuan sebelum ia dijual.
Tengku Adnan ialah bekas pengerusi yayasan tersebut. Beliau yang juga anggota parlimen Putrajaya serta setiausaha agung Umno sudah menafikan sebarang salah laku dalam urusan berkaitan tanah berkenaan.
"Isu tanah-tanah ini adalah isu yang tertangguh lama dan tiada melibatkan rasuah... Kami lakukannya mengikut cadangan dan tidak menjualnya serta-merta," katanya kepada Malaysiakini.
Semasa pertemuan dengan datuk bandar hari ini Lim juga membangkitkan isu 10 daripada 64 plot tanah yang dipersoalkan itu belum berpindah tangan secara rasmi daripada DBKL kepada pembeli.
Katanya maklumat itu diperoleh melalui semakan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur.
"Menurut datuk bandar sekiranya pejabat tanah tidak mengeluarkan persetujuan, DBKL akan membatalkan surat perjanjian jual beli dan mendapatkan semula tanah berkenaan," katanya.
Sementara itu Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang turut hadir dalam pertemuan itu menggesa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa bertindak menghalang pertukaran hak milik tanah berkenaan.
Kata Teresa, Ali yang mengawasi hak-hak berkaitan PTG perlu mengeluarkan arahan kepada badan berkenaan supaya tidak menerima bayaran premium bagi meluluskan transaksi berkenaan.
"DBKL tak boleh berbuat apa-apa dalam hal ini kerana isu berkaitan tanah terletak di bawah PTG," katanya.
Mk.
Read More

Tuesday, 7 October 2014

Menteri buat U-TURN 'kona baring', 2 juta keluarga pendapatan bawah RM3,000 sebulan pulak dah!

Selasa, 7 Oktober 2014
kona baring...
U-TURN lagi

ISU SESISI RUMAH BERPENDAPATAN MELEPASI RM5,900 SEBULAN ... HARI INI MENTERI YANG SAMA BUAT U-TURN FLIP FLOP CAKAP MASIH TERDAPAT 2 JUTA KELUARGA YANG BERPENDAPATAN DIBAWAH RM3,00 SEBULAN.

Dalam tempoh sebulan sahaja isu yang sama boleh berbeda kenyataan dan maklumat... siap buat U Turn Flip Flop kona baring cecah pipi.

Pada 8hb September 2014 Menteri jaga Unit Pertancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri beritahu satu dunia dengan megah dan bangganya betapa pendapatan seisi rumah negara ini melebehi RM5,900 sebulan.

Hari ini genap sebulan di Parlimen setelah diasak beliau membuat pengakuan yang ada lebih 2 juta keluarga yang berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan .... ertinya angka dibawah RM3,000 .. sudah pasti ada yang dibawah RM1,000 sebualan mungkin lebih kecil dari itu.

Inilah dinamakan menteri bila berbicara dan buat kenyataan ikut sedap mulut untuk dijadikan halwa telinga penyedap minda dan penyejuk jiwa.

Atau mungkin mau dijadikan alasan betapa perlunya RON95 dan Diesel dinaikkan 20 sen seliter mulai tengah malam 2 Oktober 2014 yang lalu.

Ini kenyataan Menteri hebat bergeliga di Parlimen hari ini.

Kira-kira satu
 pertiga atau dua juta isi rumah Malaysia masih memperolehi pendapatan kurang daripada 3,000 ringgit, Menteri di Jabatan Perdana MenteriDatuk Seri Abdul Wahid Omar berkata di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, angka ini adalah 28.7% daripada tujuh juta isi rumah di negara ini.

Pendapatan bagi isi rumah ini masih ditindas walaupun peningkatan keseluruhan dalam pendapatan kumpulan 40% isi rumah terendah.

Peningkatan ini adalah purata antara 8% dan 10% setiap tahun sejak 2009,berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Putrajaya, kata Wahid.


Ini pula kenyataan dibuat pada 8 September 2014 yang menerima kritikan pedas dari rakyat.

Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan kerajaan, menunjukkan taraf hidup rakyat meningkat, dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata ia merupakan pencapaian yang ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 sebulan.

"Daripada segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya, dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3% pada separuh pertama tahun ini.

"Namun, mengembangkan ekonomi semata-mata tidak mencukupi kerana kita juga mesti memastikan ia dapat dirasai rakyat, daripada segi gaji lebih tinggi yang mesti selari dengan produktiviti," katanya pada sidang media di luar acara Simposium Ekonomi Global 2014.

Nisbah gaji kepada KDNK di Malaysia berkembang kepada 33.6% tahun lepas berbanding 29.3% pada 2008.
Posted by 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena