Showing posts with label 3 penjuru. Show all posts
Showing posts with label 3 penjuru. Show all posts

Saturday, 10 February 2018

[Video Rafizi Terus Berkempen & 3 Penjuru,Umno BN Tewas] Dr Mahathir tidak sihat program Jelajah Selamatkan Felda 2.0, dibatalkan.

Sabtu, 10 Februari 2018

Dr Mahathir tidak sihat program Jelajah Selamatkan Felda 2.0 esok, dibatalkan

Dr Mahathir tidak sihat program Jelajah Selamatkan Felda 2.0 esok, dibatalkan

Program Kemuncak Jelajah Selamatkan Felda 2.0 yang dijangka akan diadakan di Bentong esok, dibatalkan oleh penganjur program bersama Pakatan Harapan dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Ini susulan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat hadir dalam program diadakan itu kerana dinasihatkan oleh doktor agar beliau berehat kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Menurut AJK Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika dihubungi memaklumkan Dr Mahathir kini sedang berehat di kediamannya setelah mendapat nasihat doktor mengenai tahap kesihatannya.
“Tun M mengalami batuk dan selsema sejak beberapa hari kebelakangan dan doktor nasihatkan beliau agar berehat dan tidak menggalakkan beliau menghadiri program untuk esok,” ujarnya.
Dalam satu kenyataan yang diedarkan juga memaklumkan program sama akan ditunda kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.
“Kesihatan Tun adalah ‘keutamaan’ untuk kita sama menjaga dan mendoakan dalam misi menawan Putrajaya.
.
“Pun begitu, pihak Tun sendiri komited akan memaklumkan setelah kesihatannya reda, kerana ‘keutamaan’ adalah kepada program di Bentong dan akan menguruskan jadualnya untuk turun ke Bentong nanti.
.
“Saya berharap seluruh pejuang, pendokong dan rakyat Malaysia mendoakan kesihatan ayahanda Tun Dr Mahathir,” ujarnya.
Jelajah Selamatkan Felda 2.0 bersama Dr Mahathir  itu akan bermula di Felda Lurah Bilut dan Mempaga di Bentong, serta disusuli 30 kawasan Parlimen Felda terpilih.
Malaysia Dateline
Read More

Tuesday, 6 February 2018

[Video 3 Penjuru: Mana menjadi pilihan rakyat! Kerajaan Rakyat utk Rakyat, Kerajaan Kleptokrasi atau Kerajaan 2 Kabinet?] DOA UNTUK RAFIZI.Keputusan Kes NFC- 7 Februari 2018.

Rabu, 7 Februari 2018

Image result for Gambar Kes Lembu NFC Sharizat

DOA UNTUK RAFIZI

KEPUTUSAN KES NFC: RABU, 7 FEBRUARI 2018

Esok, Hakim Zamri Bakar akan membacakan keputusan perbicaraan dakwaan di bawah Akta Bank & Institusi Kewangan (BAFIA) yang menuduh saya dan Johari Mohamad (bekas kerani Public Bank) membocorkan maklumat kewangan ahli keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan beberapa syarikat milik mereka.

Hukuman maksima di bawah akta ialah penjara 3 tahun, atau denda RM3 juta atau kedua-duanya sekali.
Jika dijatuhkan hukuman bersalah (cenderung ke arah itu), ada beberapa kemungkinan hukuman yang dijatuhkan:

1) Penjara (lebih setahun) tetapi dibenarkan “stay of execution” dan tidak berjalan sehingga selesai proses rayuan 

2) Penjara (lebih setahun) dan tidak dibenarkan “stay of execution”, maka hukuman penjara berjalan serta-merta esok

3) Penjara (lebih setahun) dan denda (mungkin RM300,000 ke atas). Hukuman penjara dibenarkan “stay of execution”, tetapi denda perlu dibayar serta-merta. Jika saya gagal membayar denda esok, saya akan dipenjarakan dahulu sehinggalah saya membayar denda tersebut
Ada juga kemungkinan saya didapati tidak bersalah tetapi melihat perjalanan perbicaraan, naluri saya merasakan itu tidak akan berlaku. Ada juga kemungkinan hukuman penjara atau denda yang dikenakan adalah jauh lebih ringan, namun melihat perjalanan perbicaraan: saya tidak optimistik.

Ramai yang bertanya mahkamah mana dan pukul berapa.

Keputusan akan dibacakan oleh Hakim Zamri Bakar sekitar jam 930 pagi esok (Rabu, 7 Februari 2018) di Mahkamah Sesyen (Jenayah 3), Tingkat 8, Kompleks Mahkamah Shah Alam. 

Jika ada kelapangan malam ini, saya mohon sahabat-sahabat mendoakan Allah beri perlindungan kepada saya dan memudahkan urusan saya esok.

“Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang”

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan.

Read More

Sunday, 5 June 2016

Siapa Pilihan Undian Anda...4 penjuru di Kuala Kangsar, 3 penjuru di Sungai Besar

Ahad, 5 Mei 2016

Page Liked · 7 hrs

Jika anda pengundi Kuala Kangsar..Siapa Pilihan Undian Anda..?


Selesai penamaan calon. Empat penjuru di Kuala Kangsar.

4 penjuru di Kuala Kangsar, 3 penjuru di Sungai Besar

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) serta seorang calon Bebas.
BN yang diwakili calonnya, Mastura Mohd Yazid akan menentang calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, calon AMANAH yang diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Nama kempat- empat calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.
Sebelum itu, seorang ahli perniagaan dan juga peguam Datuk Abu Backer Sidek hadir ke pusat penamaan untuk bertanding sebagai calon bebas, namun menarik diri kerana mendakwa tidak berpuas hari dengan sistem SPR.
Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi berdaftar terdiri 22,496 Melayu, Cina (7,757), India (2,287), Bumiputera Sarawak (16), Bumiputera Sabah (13) dan Orang Asli (330).
Sementara itu PRK Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, AMANAH dan PAS selepas SPR menerima tiga borang pencalonan.
Dalam PRK berkenaan, Budiman Mohd Zohdi daripada BN akan berdepan lawannya,  Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH dan Abdul Rani Osman daripada PAS.
Ketiga-tiga calon itu diumumkan Pegawai Pengurus SPR, Mohd Khairuddin Md Som, di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.
Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,365 pengundi biasa dan 286 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.
Kesemua calon diiringi dan diarak oleh penyokong masing-masing menuju ke pusat penamaan calon. Proses penamaan calon berakhir pada pukul 10 pagi.
Dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi parlimen Sungai Besar, Tan Sri Noriah Kasnon dan ahli parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.
SPR menetapkan 18 Jun depan sebagai hari pengundian dan tarikh pengundian awal pada 14 Jun bagi kedua-dua PRK berkenaan.
Malaysiakini
Read More

Monday, 23 May 2016

RUNDINGAN GAGAL! Amanah sedia tanding..."3 penjuru yang bakal berlaku bukan hasil kehendak dan sikap PH".

Isnin, 23 Mei 2016
KENYATAAN MEDIA AMANAH
RUNDINGAN GAGAL, AMANAH SEDIA TANDING PRK SG. BESAR DAN KUALA KANGSAR
1. AMANAH menghargai usaha yang dijalankan oleh beberapa pimpinan PKR untuk berunding dengan Pas demi menentukan hanya satu lawan satu di kedua-dua kerusi PRK yang akan diadakan tidak lama lagi.
2. Namun demikian adalah semakin nyata bahawa usaha rundingan ini telah gagal atas sebab pendirian tegas Pas mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan sebagai milik tradisi mereka.
3. AMANAH sudah menjangka bahawa Pas akan menolak apa-apa usaha untuk meminta mereka menarik diri dari bertanding sama ada di Sg. Besar ataupun Kuala Kangsar. Ini adalah kerana Pas yakin mereka cukup kuat untuk memenangi dua kerusi tersebut atas kekuatan diri mereka sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Oleh itu penarikan diri akan dilihat sebagai pengakuan bahawa Pas tidak sekuat yang didakwa selama ini.
4. Pas juga menyedari bahawa AMANAH sudah bersedia untuk bersaing dengan mereka di dua kerusi berkenaan. Pilihan raya kecil ini dilihat sebagai peluang keemasan untuk membuktikan bahawa AMANAH tidak mempunyai sokongan dan daya tarikan di kalangan masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu adalah tidak mungkin Pas menarik diri.
5. Kesedian AMANAH untuk berhadapan dengan Pas di dua kerusi tersebut juga diketahui umum. Sekiranya Pas menarik diri maka ianya akan dilihat sebagai bukti bahawa Pas takut berhadapan dengan AMANAH.
6. Oleh itu AMANAH mengesyorkan PKR menerima kenyataan bahawa Pas tidak akan menarik diri dan tumpuan diberi untuk mengukuhkan cabaran PH di dua kerusi tersebut. Sudah cukup masa dan usaha ditumpukan kepada perundingan dengan Pas. Umum mengetahui bahawa Pas menolak usaha ini dan oleh itu persoalan 3 penjuru yang bakal berlaku bukan hasil kehendak dan sikap PH.
7. AMANAH mengharapkan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan disegerakan untuk memutuskan parti mana yang akan mewakili Pakatan Harapan pada kedua-dua PRK tersebut.
8. AMANAH berpendapat, sukar bagi PKR untuk bertanding menentang PAS pada PRK ini. Oleh itu, AMANAH bersedia untuk mewakili PH dalam kedua-dua PRK ini dan mengucapkan terima kasih kepada DAP Selangor atas sokongan terbuka mereka untuk AMANAH mewakil PH di Sg. Besar.
"Harapan Baru"
KHALID ABDUL SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara
23 Mei 2016
Read More

Saturday, 19 September 2015

PAS tekad lawan 3 penjuru di kerusi bekas wakil rakyatnya.

Sabtu, 19 September 2015

PAS tekad lawan 3 penjuru di kerusi bekas wakil rakyatnya.

Tanpa merujuk secara langsung kepada mana-mana pihak, kenyataan beliau itu dipercayai ditujukan kepada bekas pemimpinnya yang menyertai parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah).
"Mana-mana bawa lari kerusi, kerusi itu tetap kerusi PAS. PAS akan bertanding itu. Kalau (mereka) nak bertanding juga, 3 penjuru," kata Mustafa di Terengganu, menurut laporan Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, Dungun malam tadi.
Bulan lalu, susulan satu mesyuarat, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, kesepakatan sudah dicapai untuk memastikan tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, gabungan parti pembangkang yang baharu, atau Pakatan Rakyat 2.0 dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Portal rasmi PAS itu juga memetik Mustafa sebagai berkata, parti itu berkemungkinan akan bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang
"Di (kerusi) mana? (Itu) jabatan pilihan raya sedang kaji hendak tambah daripada pilihan raya yang lepas," beliau dipetik berkata.
Portal sama turut melaporkan, PAS akan meneruskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan parti baharu, yang dipercayai merujuk kepada Amanah.
Namun, PAS tidak menghalang PKR bekerjasama dengan DAP, kata Mustafa pada majlis yang sama.
"Kita masih tahaluf dengan PKR, tapi dengan DAP dan parti baharu kita tak ada tahaluf," katanya.
PAS memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP, sekali gus membubarkan ikatan rasmi Pakatan Rakyat, susulan usul Dewan Ulama yang diterima tanpa bahas pada muktamar tahunannya pada Jun lalu.
Isnin lalu, Rafizi berkata pada satu forum di Kuala Lumpur, bentuk gabungan parti pembangkang baharu akan diketahui dalam masa lebih kurang sebulan, serta mengulangi komitmen bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya. – 19 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-tekad-lawan-3-penjuru-di-kerusi-bekas-wakil-rakyatnya#sthash.Dgs6LkgV.dpuf
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena