Showing posts with label Ahli UMNO. Show all posts
Showing posts with label Ahli UMNO. Show all posts

Wednesday, 28 March 2018

[Video La ni ahli Umno cari kita pulok! Pakatan Akan Tawan Kerusi Parlimen Semenanjung?] Ahli Umno-Pas tidak harus TAKSUB kepada parti dan pemimpin demi SELAMATKAN NEGARA ini.

Khamis, 29 Mac 2018


"AHLI UMNO, PAS TIDAK HARUS  KEPADA PARTI DAN PEMIMPIN DEMI SELAMATKAN NEGARA INI"

KIKIS SIKAP SENTIMENTAL PADA PARTI POLITIK DEMI SURVIVAL NEGARA DALAM PRU KE-14
1. Tan Sri Rafidah Aziz melalui entri akaun facebook beliau (Rafidah Aziz Malaysian Citizen - 24 Mac 2018) jelas menampakan rasa kekecewaan beliau terhadap UMNO/BN sejak akhir-akhir ini. Entah apa yang mendorong beliau lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.

2. Berbagai pendapat serta peringatan beliau untuk rakyat agar tidak perlu merasa sentimental dan 'setia' kepada parti atau individu. Disamping itu juga beliau mengingatkan agar jangan sekali-kali rakyat merasa 'terhutang budi' sehingga menutup mata dan telinga menjadi 'buta tuli' terhadap perkara buruk yang melanda negara kerana setiap perkara yang berlaku dan dihadapi negara masakini akan memberi kesan buruk kepada masa depan anak cucu kita semua.

3. Tulisan Tan Sri Rafidah pasti ditujukan terus buat penyokong, ahli dan pimpinan parti politik pemerintah khususnya UMNO yang telah lama berkarat dalam diri mereka. Rakyat dan ahli UMNO khususnya diingatkan  agar jangan terlalu terikat kepada parti itu selamanya.

Saya berpendapat bahawa Tan Sri Rafidah sedang berusaha untuk meleraikan doktrin 'pemikiran karut' ahli UMNO bahawa tanpa UMNO negara akan musnah, tanpa UMNO Melayu akan mundur, akan diperintah oleh bangsa lain, negara akan dijajah, bangsa Melayu akan merempat, Islam akan hilang dari negara dan macam-macam lagi khurafat yang ditanam dalam minda ahli-ahli. 

4. Sememenangnya begitulah sifat ahli, penyokong dan pemimpin parti politik dalam soal kesetiaan, hingga sampai tahap taksub kepada parti politik dan pemimpinnya walaupun pemimpinnya jauh tersasar dari hala tuju perjuangan, mementingkan diri sendiri, menghambakan ahli-ahli, dan menyalahgunakan kedudukan. 

Saya yakin, ramai ahli parti politik itu tahu bahawa pemimpin mereka melakukan kesalahan, tetapi tidak berani menegur atau berubah kerana bimbang dianggap menderhaka, pengkhianat, jahat dan lain-lain. Justeru mereka mengambil sikap mendiamkan diri dan hanyut dalam arus parti sendiri yang semakin reput dan condong menanti rebah. 

5. Bagi saya ianya bukan saja merubah pemikiran ahli Umno tetapi merupakan juga keperluan merubah ketaksuban ahli-ahli PAS.

Ahli PAS juga tidak perlu terlalu sentimental dan taksub dengan parti dan pemimpin. Bagi saya, pandangan Tan Sri Rafidah senada dan sependapat sama dengan majoriti rakyat di negara ini yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik. 

Golongan ini (tidak terikat dengan parti politik) dikenali sebagai  pengundi berpengetahuan (knowledge voters) dan yang akan menjadi  penentu kuasa politik dan pemenang dalam pertarungan pilihanraya. Kelompok ini adalah kumpulan terbanyak dan mewakili majoriti rakyat di negara ini. Maka kepada golongan inilah semua parti politik sibuk merayu, berkempen, memujuk dan mengugut agar mereka memberikan undi. 

6. Trend pengundi semasa tidak lagi berpaut kepada parti politik, mereka lebih cenderung melihat kepada batang tubuh calon dari parti yang bertanding itu serta isu yang diperjuangkan. Oleh itu, 'pengundi semasa' mesti melihat keutamaan dan usah tertipu dengan sandiwara mainan silap mata oleh parti pemerintah menjelang saat akhir PRU 14 nanti.

Soal ‘makan dedak’, termakan budi dengan pelbagai bantuan seharusnya ditolak tepi demi melihat perkara yang lebih utama iaitu masalah rakyat dan negara. Isu ekonomi rakyat dan negara yang semakin menghimpit, penyelewengan dalam pemerintahan negara, skandal dan korupsi, kezaliman dan penindasan adalah masalah pokok yang utama dan mesti diselesaikan oleh rakyat. 

7. Jangan kerana menjelang musim PRU ke 14, dengan pelbagai ‘habuan turun dari langit’, projek segera, pemimpin tiba-tiba hipokrit mesra dan merakyat duduk di dapur rumah rakyat. Pemimpin yang muncul hanya lima tahun sekali tiba-tiba hadir ziarah tiga empat kali dalam sehari boleh mengubah persepsi dan keutamaan kita semua.

Anggaplah itu semua adalah sementara, dan selepas PRU ke 14 semua habuan itu hanya tinggal mimpi, dan pemimpin yang dilihat ’live’ depan mata sekarang ini entah bila akan kelihatan lagi.

8. Negara kita yang disayangi ini perlukan perubahan dan sekarang adalah masanya untuk rakyat bangkit membuat perubahan bagi bina semula negara yang telah buruk di mata dunia . Sudah tiba masanya kepimpinan negara diserahkan kepada pemimpin yang tidak mementingkan perut sendiri dan parti yang amanah, adil, telus, bertanggungjawab dan jujur. Pemimpin dan parti yang sedang berkuasa menguasai kerajaan Malaysia sekarang mesti dihumban kerana telah terpalit dengan pelbagai skandal, penipuan, mementingkan diri sendiri, zalim dan menghambakan rakyat.

Kita dapat melihat contoh bagaimana negara lain telah mengubahnya dan menikmati iklim demokrasi sebenar. Malaysia perlu bergerak ke arah itu, dan pengundi bebas dari kongkongan parti adalah penentunya.

Saya melihat rakyat sedang bergerak ke arah itu sekarang.


DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
28 Mac 2018/10 Rejab 1439H.

Read More

Wednesday, 19 August 2015

Ahli UMNO Akan Turut Sertai BERSIH? "Kalau ikut cakap kedai kopi, ada ahli Umno sendiri nak menyertai Bersih"

Rabu, 19 Ogos 2015

Ahli UMNO Akan Turut Sertai BERSIH?


Menyertai Bersih 4 pada hujung bulan ini salah satu cara ahli Umno menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemimpin tertinggi parti Datuk Seri Najib Razak, kata sebahagian ahli parti itu di peringkat akar umbi.

Menyuarakan bantahan secara senyap dengan turun ke jalan, akar umbi dan pemimpin Umno mungkin turut serta di Dataran Merdeka 29 dan 30 Ogos ini, seperti mana yang dijangkakan penganalisis politik Dr Maszlee Malik sebelum ini.

Menurut beberapa sumber di peringkat akar umbi, kehadiran penyokong Umno kalangan muda terutamanya, dijangka dapat disaksikan pada perhimpunan anjuran Bersih 2.0 itu yang selama ini dilihat didalangi pembangkang.

Misalnya, Ahli Umno Cawangan Keliang, Hulu Selangor Moohamad Faizal Abdul Raub memberitahu The Malaysian Insider, ada ahli parti yang ingin turut serta dalam perhimpunan itu kerana sudah buntu cara untuk menyatakan protes terhadap Najib.

"Kalau ikut cakap kedai kopi, ada ahli Umno sendiri nak menyertai Bersih. Ini kerana, seolah-olah tidak ada lagi jalan lain untuk tunjukkan ketidakpuasan hati kepada Najib dan konconya," katanya.

Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berkata, beliau tidak terkejut sekiranya ahli parti Melayu itu kini tidak lagi memusuhi pembangkang kerana perasaan kecewa mereka terhadap pemimpin Umno sendiri.

"Saya tidak hairan jika ahli Umno hilang benci kepada pembangkang jika pemimpin mereka tidak boleh diharap lagi," katanya yang pernah memegang jawatan sebagai menteri ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sanusi memberi contoh beberapa insiden yang berlaku sewaktu berlangsung acara parti seperti persidangan Umno bahagian baru-baru ini yang menunjukkan kemarahan peringkat akar umbi terhadap pemimpin.

"Bila Anina Saadudin dalam mesyuarat agung Umno di Langkawi menggunakan bahasa yang kesat terhadap pemimpin, bererti hormat kepada pemimpin sudah terhakis.

"Apabila perwakilan Umno di Johor menidakkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bererti sudah terhakis pengaruh 'wang sebagai raja'," katanya.

Meskipun begitu, Sanusi tidak menjangkakan pemimpin Umno akan terlibat dalam sebarang perhimpunan menentang kerajaan.

"Saya tidak percaya pemimpin Umno akan terlibat... kerana mereka sudah tengok apa yang jadi kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Shafie Afdal dan lain-lain.

"Siapa nak 'derma' kepada mereka kalau sudah hilang jawatan," sindir Sanusi yang menyifatkan pemimpin Umno tidak mahu tergugat daripada jawatan yang dimiliki, merujuk timbalan presiden dan naib presiden Umno itu yang digugurkan daripada Kabinet dipercayai kerana tidak sehaluan dengan Najib.

Sementara itu, bekas exco Puteri Umno Haziqah Nasirah Zol Bahari berkata, beliau masih belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk menyertai Bersih 4 atau tidak.

Ini kerana, beliau tidak menolak amalan demokrasi di mana hak untuk berhimpun secara aman termaktub dalam perlembagaan.

"Saya hormati hak berhimpun, kerana ia amalan demokrasi. Kalau saya tidak turun sekalipun, saya hormat mereka yang pergi Bersih.

"Kerana kita tahu, Bersih menegaskan ia bertujuan menuntut pilihan raya bersih," katanya.

Namun berbeza bagi Anina, Wanita Umno Langkawi yang videonya menjadi viral menunjukkan beliau dengan suara lantang memarahi Najib yang dianggapnya menipu 3 juta ahli Umno.

Beliau berkata, pihaknya tidak memilih demonstrasi untuk menyatakan protes terhadap Najib.

"Saya tidak akan turun Bersih, kerana ia bukan cara saya. Itu perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan, saya bukan mahu gulingkan kerajaan," kata Anina dengan tegas.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee juga menafikan dakwaan penganalisis yang menjangkakan ahli dan pemimpin Umno akan menyertai Bersih 4 yang dirancang diadakan selama 34 jam itu.

"Pada hemat saya, itu hanya provokasi pembangkang untuk pengaruh rakyat supaya sokong Bersih 4. Saya yakin tidak ada pemimpin Umno akan terlibat untuk berikan sokongan moral kepada pembangkang dan penganjur," katanya.

Syed Ali berkata, pemimpin Umno cukup matang mengharungi krisis politik dan demonstrasi jalanan bukan budaya mereka.

"Kalau ada protes kepada perdana menteri dan presiden, ia dibuat ikut saluran betul. Saya dan pemimpin Umno sesekali tidak akan terjebak dengan mainan politik gila Bersih," katanya.

Maszlee sebelum ini menjangkakan perhimpunan Bersih 4 yang dijadualkan diadakan bukan saja di Kuala Lumpur, malah di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bakal membawa kelainan apabila ia dijangka akan turut disertai pimpinan dan penyokong Umno.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata demikian susulan tindakan penganjurnya menjemput Datuk Nur Jazlan Mohamed menyertainya, selepas timbalan menteri dalam negeri itu mengatakan tidak ada masalah dengan perhimpunan itu lapor The Malaysian Insider.

Posted by Anak Sungai Derhaka 
Read More

Monday, 20 April 2015

'Pendemo Bantah Salib Rupa2nya Ahli UMNO'...Demo beria-ria tapi siap tutup muka

Isnin, 20 April 2015


Kantoi - Pendemo Bantah Salib Di Taman Medan Rupa2nya Ahli UMNO Kata MP PKR.


Makcik-makcik yang bodoh.
Pakcik-pakcik yang juga bodoh.
Mak bapak sapa yang bodoh-bodoh belaka neh.
Adik beradik sapa.
Sedara mara sapa.
Baik korang jangan mengaku.
Malu kot.

Semalam kecoh satu insiden bahawa sekumpulan pihak yang mendakwa mereka penduduk Taman Medan, PJ berdemo agar lambang SALIB yang berada pada GEREJA diturunkan atas alasan mencabar umat Islam di kawasan berkenaan.

Mula-mula aku just baca berita dan tengok gambar-gambar berkaitan kejadian.

Baca : Kumpulan Pendemo Mahu Lambang Salib Diturunkan Segera.

Lepas tue aku berkesempatan tengok video berkaitan demo tersebut.

Tengok ;

Selepas tengok rakaman aku dapati ;

MEMANG DORANG BODOH. MEMANG PAKCIK2 TUE BODOH. MEMANG MAKCIK2 TUE BODOH. YANG TUTUP TOPENG TUE PUN BODOH. MEMANG DORANG BODOH-BODOH BELAKA.


Pelik gak aku.

Demo beria-ria tapi siap tutup muka. Buat apa. Cuak ke takut orang mark muka kau.

Kena faham bahawa ;

- Lambang salib berada di tempat sepatutnya

- Ia berada di premis gereja

- So perkara neh tak pelik

- Ia adalah lambang untuk announce kat situ ada gereja

- Dari jauh boleh nampak

Aku tak pernah fikir ia akan sensitif walau berada di mana-mana pun selagi mana tak kacau hidup kita biar la.

Aku tatau la korang. Tapi aku banyak kali pegang lambang salib tue. Masa sekolah lagi kerap sebab ada kawan2 yang menganuti kristian. Dorang kan suka pakai rantai lambang salib. Ada macam2 patern sebenarnya. Cantik2 coraknya juga. Kadang2 dorang bertukar2. Memang aku tengok benda tue seni. Salib memang salib tapi lain salib lain cara dorang terjemahkan. Kadang2 aku tengok menarik je nak pakai. Tapi sebab aku muslim so memang la aku tak boleh pakai. Tak macam non muslim. Dorang boleh pakai cincin, subang mahupun rantai bulan dan bintang. Bila dorang pakai orang tak cop depa muslim. Tapi kalau aku pakai tak memasal orang fikir aku convert ke kristian. Jadi memang sensitif la nak pakai salib. Sebab salib tue dah ditradisikan sebagai lambang kepada kepercayaan kristian. Tapi pada aku salib is salib la. Dan bila dorang letak corak salib tue pada rantai, ada sesetengahnya cantik pada penglihatan aku. Seni kan. 

Sebab tue bila dorang sanggup berdemo seperti di atas, jelas ia satu insiden yang memalukan diri sendiri dan komuniti Islam. Salib tue jika kau faham, ia sekadar lambang. Bahkan lambang itu ditarik masuk ke dalam agama. Bukan sebahagian dari agama dan kepercayaan sebenarnya.

Jika kau yakin ISA itu ada. Maka kau akan tahu kenapa.

So hal remeh la cerita pasal salib neh. Pendemo-pendemo yang bodoh.

Dan tadi di TMI. Wakil rakyat dari PKR Hee Loy Sian memaklumkan bahawa dia diberitahu bahawa pendemo2 yang protes isu lambang salib itu sebenarnya geng2 UMNO. Padan la macam orang gila je aku tengok sorang2. Terutamanya makcik2 yang protes dengan tetek terjojol. Alahai makcik. Bab aurat pun kau fail. Memang aku tak aneh kenapa kau protes bab salib. Orang yang bab aurat awesome memang takan buat kerja bodoh macam makcik2 tue buat. Siyes memalukan.

Lambang salib sebenarnya tak mencabar umat Islam pun. Yang mencabar umat Islam itu bila mana kita mengaku kita Islam tapi kehidupan kita tak Islam mana pun. Itu yang mencabar sebenarnya. 

Kita tak solat, tak puasa, buat benda mungkar, buat benda haram, berterusan dan mengalakkan bahkan sesetengah dari kita berbangga dengannya. Itu yang mencabar. Contoh. Kita sokong sistem riba. Kita sokong cukai yang menindas rakyat. Kita sokong kapitalis yang membunuh sistem ekonomi Islam. Kita sokong arak dijual secara berleluasa 24 jam di mana-mana sahaja. Kita bagi alasan ia untuk non muslim. Tapi apa pula peranan kita membetulkan pemikiran mereka. Sokong wakil rakyat yang jadi model October Fest ka?

Ini yang mencabar diri kita sebenarnya.

Salib sekadar salib. Kalau kau tahu salib itu sekadar salib pasti kau rasa malu untuk participate dalam demo bodoh itu.

Renung2kan la ek.

Kbai.

Ameno World

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena