Showing posts with label Akta 355. Show all posts
Showing posts with label Akta 355. Show all posts

Thursday, 2 February 2017

[Video] Kenyataan Berani! PAS KINI DAH MACAM UMNO/BN! Pas punca Akta 355 lewat dipinda & Pas harus dipersalahkan kerana mempolitikkannya!

Jumaat, 3 Februari 2017

Keratan akhbar yang memuatkan kenyataan Abdul Hadi agar semua pihak tidak menghalang pindaan Akta 355.

Keratan akhbar yang memuatkan kenyataan Abdul Hadi agar semua pihak tidak menghalang pindaan Akta 355.
Pas harus dipersalahkan kerana mempolitik dan melambatkan kelulusan pindaan Akta 355 yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah malah tindakan parti itu menuding jari kepada pihak lain hanya untuk menutup kelemahan sendiri, kata Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh.
Beliau yakin tanpa permainan politik Umno dan Pas dalam isu ini, pindaan Akta 355 telah berjaya dibawa dan dibentang serta diluluskan dalam sesi parlimen yang lalu.
"Tapi kini Pas telah menggunakan isu ini untuk menghukum sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan cara Pas mengendalikan isu ini.
Dr Ismail SallehDr Ismail Salleh"Saya kira tidak ada orang Islam yang menolak penambahbaikan dan pemerkasaan terhadap Akta ini, malah ramai orang tidak faham pun apa itu Akta 355.
"Mereka telah memberi mandat kepada ahli-ahli Parlimen yang dipilih untuk melangsaikan tugas ini di parlimen," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Dr Ismail, parlimen atau Dun adalah tempat undang-undang digubal atau pindaan terhadapnya dibuat.
Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), ujarnya telah digubal pada 1965 dan  dibuat pindaan pada 1984 dan 1989 tanpa sebarang masalah.
"Tetapi kali ini ianya sangat berbeza kerana permainan politik Umno dan Pas melebihi hasrat pindaan akta itu sendiri.
"Umno/BN telah berjaya mendapat laba kemenangan politik yang besar setelah memberi laluan kepada Pas melalui pembentangan usul persendirian Ahli Parlimen Marang pada 26 Mei 2016 dan 24 Nov 2016.
"Kerana tersepit dan demi kepentingan politik juga Ahli Parlimen Marang menangguh perbahasan setelah dua kali peluang diberikan," tegas beliau.
Dr Ismail menambah, Pas kini terpaksa berkempen ke seluruh negara untuk menutup kelemahan presidennya  yang tidak bersedia membuat pembentangan dan seterusnya berbahas di Parlimen.
"Mereka menjadikan rakyat sebagai tempat melindungi kegagalan dan kepincangan mereka," tegas beliau.
Dr Ismail mengulas kenyataan Abdul Hadi yang meminta semua pihak agar tidak menghalang RUU355 daripada diluluskan parlimen.
Pas merancang perhimpunan menyokong RUU355 18 Feb ini di Kuala Lumpur sebagai kemuncak kempen menyokong pindaan Akta 355 berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Read More

Sunday, 29 May 2016

Akta 355 - MUAK dengan sikap akhbar arus perdana...Khalid nak saman Berita Harian putar belit perbahasan parlimen.

Isnin, 30 Mei 2016

Khalid nak saman Berita Harian putar belit perbahasan parlimen

 | MALAYSIA DATELINE
Khalid menunjukkan muka hadapan akhbar Berita Harian pada sidang media di Shah Alam. Foto Malaysiakini.com
Khalid menunjukkan muka hadapan akhbar Berita Harian pada sidang media di Shah Alam. Foto Malaysiakini.com
Muak dengan sikap akhbar arus perdana yang memutarbelitkan pendirian Parti Amanah Negara (Amanah)  berhubung usul rang undang-undang persendirian berkaitan Akta 355 yang dibentangkan Presiden Pas di Dewan Rakyat petang semalam, tindakan undang-undang bakal diambil terhadap akhbar Berita Harian.
Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengakui sudah menghubungi peguam dan mengarahkan dikeluarkan surat tuntutan ke atas penerbit akhbar berkenaan.
"Amanah akan gunakan surat tuntutan itu untuk minta mereka memohon maaf kepada saya dan Amanah di muka hadapan, sama seperti yang mereka buat hari ini. Atau (jika gagal) mereka akan disaman," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Tambah beliau, surat tuntutan itu akan dihantar selewat-lewatnya Selasa depan.
Berita Harian dalam laporannya hari ini menyiarkan tajuk utama "Kerajaan beri PAS laluan; DAP, Amanah bantah" merujuk kepada usul persendirian yang dibawa Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang semalam.
Usul yang berada di penghujung senarai itu didahulukan atas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang juga ahli parlimen Papar.
Khalid berkata, beliau tidak membantah usul tersebut sebaliknya mempersoalkan bagaimana rang undang-undang persendirian itu boleh mengetepikan usul lain dibawa kerajaan.
"Saya tak bantah malah sokong tafsiran yang dibuat oleh Speaker Tan Sri Pandikar (Amin Mulia) yang membenarkan usul itu dibaca atau dibentang.
"Saya cuma nak tahu apa pertimbangan yang dibuat kerajaan apabila dia mendahulukan usul persendirian (mengatasi) semua urusan kerajaan dalam senarai perkara yang hendak dibahaskan," katanya.
Selain Berita Harian, turut mendakwa Amanah menentang usul itu adalah ahli parlimen Kuala Nerus yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas.
 
Sehingga kini Khalid belum membuat apa-apa ulasan mengenai kenyataan Datuk Dr Khairudin Aman Razali dalam kenyataannya itu.
Malaysia Dateline
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena