Showing posts with label Akta BERITA PALSU. Show all posts
Showing posts with label Akta BERITA PALSU. Show all posts

Tuesday, 3 April 2018

[Video Akta Berita Palsu akan jadi senjata kjaan PH selepas PRU14] Apa yang ditakuti sangat dengan gambar Tun Mahathir? Tak malu ke SPR mahu membantu kemenangan Umno BN dengan cara begini?

Rabu, 4 April 2018

Hasil carian imej untuk Gambar tun mahathir

TAK CUKUP DENGAN ORANGNYA, GAMBARNYA PUN DITAKUTI JUGA..


Gambar Tun Mahathir Mohamad sebagai bakal Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan dilaporkan tidak akan dibenarkan untuk dipaparkan sepanjang kempen pilihanraya akan datang ini.

Alasan SPR tidak memberi kebenaran itu ialah kerana Pakatan Harapan didakwa belum didaftarkan secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan atau RoS.

Sebaliknya, SPR hanya gambar presiden parti dan calon-calon yang bertanding saja dibenarkan untuk dipaparkan.

Dengan perkembangan terbaru ini, buat pertama kalinya kita akan menyaksikan SPR benar-benar dipergunakan untuk membantu kemenangan Najib Razak, UMNO dan BN dalam pilihanraya.
Tidak cukup dengan SPRM sebelum ini menyediakan lakaran baru kawasan pilihanraya yang memihak kepada BN dan diluluskan hanya dalam tempoh 2 jam di Parlimen, kini badan ini tampil dengan larangan baru yang amat menjengkelkan.

Apa yang ditakuti sangat dengan gambar Tun Mahathir?

Tak cukup takut dengan orangnya yang sudah berusia 93 tahun, rupa-rupanya dengan gambarnya pun ditakuti sama?

Alasan bahawa Pakatan Harapan tidak didaftarkan ternyata hanyalah alasan remeh dan sengaja diada-adakan.

Dalam waktu yang sama, kini barulah difahami juga mengapa RoS sengaja mencari pelbagai alasan untuk menolak kelulusan pendaftaran Pakatan Harapan.

Bukankah Tun Mahathir adalah Pengerusi Pakatan Harapan dan ketua kepada gabungan parti-parti pembangkang yang dengan kedudukan itu, bermakna dari segi moralnya, gambar beliau layak dipaparkan untuk memberi keadilan kepada pengundi dalam membuat pilihan?

Kenapa dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini di mana gabungan parti-parti pembangkang seperti Pakatan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan sebagainya yang juga tidak diluluskan oleh RoS, tetapi tiada halangan yang serupa pernah dikeluarkan oleh SPR?

Kenapa hanya ketika Tun Mahathir mengetuai Pakatan Harapan, baru larangan berkaitan gambar ini dikeluarkan?

Tak malu ke SPR mahu membantu kemenangan Najib, UMNO dan BN dengan cara begini? 

Lepas ini apa lagi agaknya?

Mungkinkah suara Tun Mahathir pun akan dihalang juga dengan alasan yang sama? (ShahbudinHusin 03/04/2018)
Read More

Tuesday, 27 March 2018

[Video Akta Berita Palsu akan jadi senjata kjaan PH selepas PRU14] Setakat mana undang2 BERITA PALSU akan berkesan?

Selasa, 27 Mac 2018

Image may contain: 1 person, smiling, text

SETAKAT MANA UNDANG² BERITA PALSU AKAN BERKESAN


Motif sesuatu undang² tidak boleh lari dari keadilan sosial dan berdasarkan Malaysia,  mesti tidak bercanggah dengan mana² peruntukan Perlembagaan Negara.

Jika palsu atau tidak palsu berdasarkan pengesahan kerajaan,  maka mahkamah perlu mengambilkira sumber sahih dan tidak meragukan pengesahan tersebut.

Pihak defendan boleh mencabar pengesahan² tersebut dengan memberi bukti² sebaliknya.

Jika berlaku kerugian dari pengesahan yang salah dari kerajaan,  sudah sewajarnya netizen mempunyai hak untuk menuntut ganturugi atau bertindak balas mengikut lain² peruntukan.

Wallahua'alam.

# Ruang komen akan ditutup atau ditapis sepenuhnya selari dengan keperluan akta ini.

Posted by 
Read More

Friday, 16 February 2018

[Video Parti 'BIADAP'! & Akta BERITA PALSU Najib Umno patut digunakan utk saman TV3 'suku' UTUSAN 'meloya' Pakar Sebar Fitnah] BN MENANG? MUSTAHIL GST TAK NAIK! Berdasarkan janji Najib pada harga petrol, memang tak boleh pakai punya.

Sabtu, 17 Februari 2018

BN MENANG:MUSTAHIL GST TAK NAIK



Berdasarkan janji Najib pada harga petrol, memang tak boleh pakai.

Sebelum ini pun Ketua Pengarah Kastam sudah mengeluarkan senarai tambahan barang yang dikenakan gst tetapi ditarik balik selepas menyedari bantahan keras dari rakyat.

Sekarang ini pun gst menjadi senjata ampuh pembangkang menggempur umno dengan janji beransur "0" dan kerajaan umnongok tidak mampu menurunkannya bagi memenuhi dan mengambilhati rakyat.

Dalam keberadaan hutang dan kos yang meningkat, gst sumber terbaik dan menaikannya bukan satu mustahil.

Ia satu bentuk kezaliman (mekanisme perlaksanaan gst) dan masihkah kamu mahu meletakan saham menyokong.

Posted by 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena