Showing posts with label Badut Najib. Show all posts
Showing posts with label Badut Najib. Show all posts

Sunday, 17 April 2016

'Badut Najib' kini di Taman Tema Gold Coast, Australia..."Kalau takut dibadutkan rakyat, jangan jadi koruptor bangsat".

Ahad, 17 April 2016

'Badut Najib' kini di taman tema Gold Coast, Australia


Imej protes yang menggambarkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Naijb Razak sebagai badut kini dibawa taman tema di Gold Coast, Australia.
Imej berkenaan dibawa oleh seorang rakyat Malaysia yang menetap di negara itu semasa bergambar dengan watak-watak wira dan maskot di taman tema itu.
Abd Rafiz Abd Malek dari Sungai Petani, Kedah memuat-naikkan siri gambar-gambar itu di Facebook dengan hashtag #? Kitasemuapenghasut? dengan imej 'badut Najib'.
Kumpulan pertama gambar berkenaan dirakamkan di taman tema Sea World di Gold Coast Australia di mana 'badut Najib' dipaparkan bersama makhluk laut dan penghibur taman tema, termasuk sotong.
Kumpulan kedua gambar pula menunjukkan imej 'badut Najib' bersama watak penjahat komik, wira serta watak kartun di Warner Bros Movie World.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Abd Rafiz yang bekerja di ladang memetik buah-buahan dan memerah susu lembu, berkata beliau berkongsi gambar-gambar 'badut Najib' sebagai bantahan terhadap apa yang beliau lihat sebagai rasuah besar di negara ini.
"Saya kongsi #kamisemuapenghasut kerana saya amat kecewa dengan Najib. Kerana dirinya, Malaysia hari ini berada dalam keadaan musnah, dan negara (kini) tidak mempunyai kebebasan untuk meluahkan perasaan,” katanya.
Malaysiakini
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena