Showing posts with label Celaka Umno. Show all posts
Showing posts with label Celaka Umno. Show all posts

Tuesday, 18 October 2016

[Video] PERCAYALAH!! Yang Bawa CELAKA UMNO, Bersih 5.0 BUKAN Arab Spring...Pilihan raya mengejut di Johor?

Selasa, 18 Oktober 2016


Pilihan raya mengejut di Johor?

Pilihan raya negeri Johor dijangka akan diadakan berasingan dalam waktu terdekat ini kata Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
DAP katanya, sudah mengadakan persiapan untuk berdepan dengan pilihan raya negeri Johor yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat ini, malah yakin bahawa semua anggota Pakatan Harapan mampu menggembleng sepenuh tenaga bagi menghadapinya.
Menurutnya parti itu telah menjangkakan kemungkinan berlakunya pilihan raya negeri awal sebelum ini dan telah mewujudkan sebuah jawatankuasa persediaan pilihan raya di Johor.
Jangkaan itu katanya didasari pelbagai faktor, termasuk sentimen negatif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kalangan rakyat negeri berkenaan.
Ia jelas terbukti dengan tinjauan Merdeka Centre di kawasan Kluang yang menunjukkan 65% pengundi di sana tidak berpuas hati dengan prestasi Najib. Malah, di kalangan orang Melayu, bilangan mereka yang tidak berpuas hati (50%) adalah lebih tinggi dari yang berpuas hati (42%).
“Di kalangan kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang biasanya lebih cenderung menyokong kerajaan, 45% tak berpuas hati dengan prestasi Najib, berbanding hanya 42% yang berpuas hati,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Roketkini.
Perkara itu, katanya, berbeza dari tinjauan yang dilakukan pada Februari 2013 yang lalu, di mana Najib mendapat respon positif sebanyak 59%.
“Ini menunjukkan terdapat perubahan persepsi yang besar terhadap Najib dalam tempoh tiga tahun.
“UMNO Johor amat sedar akan persepsi negatif terhadap Najib yang berpotensi membawa kejatuhan kerajaan BN pada pilihan raya,” jelasnya.
Chin Tong berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar The Star semalam bahawa majoriti wakil rakyat UMNO Johor menyatakan sokongan untuk pilihan raya negeri yang berasingan dalam satu komunikasi kumpulan dalaman parti itu.
Sokongan itu berpunca daripada kebimbangan akan diseret dengan skandal memalukan Najib yang semakin didedahkan badan-badan antarabangsa, serta bagi mencegah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti barunya menjadi kuasa pilihan raya utama di Johor.
Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang berkata, UMNO amat takut dengan potensi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Muhyiddin dalam mewujudkan gelombang pilihan raya di kalangan penyokong yang sebelum ini setia dengan parti itu.
Tambahnya, wujud rasa panik juga di kalangan pemimpin UMNO berikutan perpindahan Adun Jorak, Datuk Shahruddin Salleh ke Parti Bersatu yang menyebabkan Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri.
“Adalah satu mitos mengatakan pihak pembangkang telah tewas apabila UMNO Johor dan Khaled Nordin ‘berjaya’ sebagai kerajaan.
“Pada minggu dan bulan akan datang, kita akan terus mencabar Khaled Nordin dalam dasar-dasar kerajaan negeri yang mengecewakan rakyat seperti pengangkutan awam, pengurusan air, gelembung hartanah dan krisis perumahan,” katanya.
Chin Tong yakin bahawa politik Johor sedang berada dalam masa yang dinamik dan pihak pembangkang mampu melakukan yang terbaik bagi memenangi hati pengundi-pengundi di negeri itu.

Read More

Wednesday, 18 June 2014

[Video] Penceroboh DUN Pulau Pinang didakwa esok.. 'Celaka Umno!'

Rabu, 18 Jun 2014


14 lelaki menceroboh DUN akan didakwa esok

 

Empat belas lelaki yang menyerbu masuk dalam dewan undangan negeri (DUN) Pulau Pinang akan didakwa di mahkamah majistret esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata 14 akan didakwa atas tuduhan menceroboh, di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

"Ia satu kesalahan yang boleh dijamin," kata Mior Faridalatrash ketika ditemui di ibu pejabat polis daerah di Jalan Pattani hari ini.

Empat belas orang tersebut antaranya ahli Umno, menyerbu masuk ke dalam DUN untuk ADUN Seri Delima, RSN Rayer untuk mengucapkan "Umno celaka".

Sementara itu, Rayer juga dijangka yang akan didakwa atas tuduhan menghasut esok kerana mengucapkan kata-kata tersebut.

batu vs kayu
Read More

Thursday, 22 May 2014

[Video] Pemuda Umno lempar memo bantahan ke muka MP DAP...'Celaka!'

Khamis, 22 Mei 2014

Published on May 22, 2014
Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang berdemo di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini memberi amaran keras kepada pemimpin DAP supaya tidak memperlekehkan parti itu.

Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii yang menghantar memo bantahan kepada Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming mengoyakkan kertas berkenaan sebelum melemparkannya kepada pemimpin tersebut.


Dari dulu arwah dah pesan...


Wajah talam 18 muka 'Samseng'
11 hrs 
 

Malaysia merupakan bumi yang bertuah kerana kaya dengan kepelbagaian BIO, Kepelbagaian Bio merangkumi semua benda Hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini, kita semua adalah sebahagian dari jaringan dari kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain...
 — with Sudin Abdul Latif.
Read More

[Video] 'Celaka': Ketua Pembangkang (BN) mohon maaf... Insiden penyokong Umno bertindak ganas...

Khamis, 22 Mei 2014


Isu 'Umno Celaka' Selesai, Wakil Umno BN Mohon Maaf



Isu ‘Umno celaka’ selesai, wakil BN mohon maaf ahlinya ceroboh dewan
Walaupun bermula dengan kekecohan, akhirnya isu dakwaan 'Umno celaka' selesai apabila ketua pembangkang memohon maaf berhubung insiden rempuhan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang oleh sekumpulan penyokong Umno.

Awalnya Barisan Nasional (BN) menuntut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Seri Delima, R S N Rayer membuat permohonan maaf kerana mengeluarkan kenyataan "celaka Umno" dalam ucapannya di Dewan, manakala Pakatan Rakyat (PR) mahu BN turut membuat permohonan maaf kerana ahlinya merempuh dewan.

Selepas perdebatan yang begitu panjang, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid membuat permohonan maaf atas tindakan sekumpulan individu yang merempuh masuk ke DUN semalam sekali gus mencetuskan kekecohan.

"Tindakan itu salah dan melanggar peraturan. Kami bersedia memohon maaf.

"Untuk menyelesaikan masalah ini, kita mengakui banyak kesilapan yang berlaku oleh penceroboh. Itu jelas dari mula lagi.

"Tetapi ia juga salah apabila menggunakan perkataan kasar, lalu kami meminta Rayer memohon maaf," katanya.

Muhammad Farid Saad ( BN- Pulau Betong) juga menyokong tindakannya, dan berkata penunjuk perasaan membuat permohonan maaf semalam.

Beliau berkata, permohonan maaf itu dibuat apabila tiga wakil daripada rusuhan bertemu Speaker Datuk Law Choo Kiang, ahli exco dan beberapa wakil BN secara tertutup.

Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP- Air Putih ) kemudian berkata, jika Jahara boleh meminta maaf, tidak ada masalah bagi penyokong BN juga menyokong usul tergempar untuk mengutuk protes dan pencerobohan di perhimpunan itu .

Lim bagaimanapun tidak akan melayan gesaan mengarahkan Rayer memohon maaf untuk kenyataannya, yang dilaporkan mencetuskan protes semalam.

Sebelum itu, Lim ketika penggulungan ucapan usul itu berkata, Umno menghidap penyakit yang perlu diubati.

Beliau berkata, Umno menjadikan orang Melayu tidak menyokong parti dan "ketuanan Melayu" sebagai pengkhianat.

Tindakan itu katanya dimanifestasikan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan apabila calon mereka Dyana Sofya Mohd Daud diganggu secara lisan oleh samseng.

"Di sini, ketua pembangkang memberitahu kita mempertimbangkan punca tetapi bolehkah nyatakan sebab utama bagi orang melakukan jenayah atau kesalahan," katanya menolak justifikasi wakil BN yang menuntut permohonan maaf Rayer.

Lim turut mencabar Jahara untuk memberi jaminan kejadian semalam tidak akan berulang, tetapi Jahara berkata tiada jaminan yang boleh diberikan walaupun semua 10 wakil BN di dalam dewan juga tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan peserta demonstrasi.

"Umno tidak mempunyai kawalan terhadap pengikutnya.

"Jika mana-mana ahli DAP melakukan sesuatu seperti ini, saya (sebagai setiausaha agung parti ) akan meminta maaf atas apa yang mereka lakukan dengan segera," katanya.

Semalam, sidang DUN kecoh apabila sekumpulan individu menyerbu masuk ke dalam dewan untuk bertemu Rayer.

Kira-kira 10 individu melepasi sekatan keselamatan dan meluru ke dalam Dewan mencari Rayer.
Mereka kemudiannya dikeluarkan 10 minit kemudian.

Apabila Dewan meluluskan usul itu, 27 wakil PR menyokongnya manakala 9 wakil BN yang hadir membantah usul itu.

Jahara dan Datuk Mahmud Zakaria (BN -Sungai Acheh ) berkata, mereka tidak bersetuju selagi Rayer tidak membuat permohonan maaf manakala Farid menggelarnya usul berat sebelah.

Jahara ketika ditemui pemberita berkata, mereka kecewa PR tidak akan mengakui kesilapan tetapi hanya memberi tumpuan kepada kesilapan orang lain.

"Ia tidak adil dan mereka tidak melakukan apa yang mereka katakan," katanya.

Farid berkata, semuanya bermula daripada Rayer dan apa yang diperkatakan turut didokumentasikan.

Shariful Azhar Othman (BN- Bertam) berkata, terdapat niat yang jelas melanggar peraturan di Dewan tetapi tumpuan hanya kepada BN.

"Yang Dipertua Dewan tidak diberitahu untuk meminta maaf tetapi kita diberitahu untuk meminta maaf atas tindakan orang di luar dewan," katanya.

The Malaysian Insider
Read More

[Video] RSN Rayer: Celaka yang sebenarnya...Celaka! Celaka Umno! Tak sebut pun celaka Melayu, Islam

Khamis, 22 Mei 2014

Celaka! celaka! celaka! ini di tujukan kpd reezal merican & dato shahbudin


Published on May 21, 2014
Ini adalah ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer pada 20 Mei 2014 yang menyebabkan sekumpulan penyokong UMNO merempuh dan menceroboh DUN Pulau Pinang..

Bukan nak membela Rayer ni, sebab akupun tak setuju ayat 'Celaka' tu digunakan dalam Dewan..

Tapi cuba dengar betul-betul adakah dia mengatakan celaka Melayu, celaka Islam sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak atau dia hanya berkata UMNO celaka?



Video "CELAKA" Sidang DUN Pulau Pinang




Celaka! celaka! celaka! ini di tujukan kpd reezal merican & dato shahbudin, pimpinan umno yg mengugut mahu peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berulang kembali dan mengapikan perkauman. 

So apa masaalahnya? Mana bukti si Rayer ini mengatakan, celaka! celaka!celaka! Melayu ? Video ini akan menjawab semua persoalan.

Semua pihak kini terkejut dengan isniden pencerobohan yang berlaku di Sidang DUN Pulau Pinang dan terkini beberapa orang ahli Pemuda UMNO pula mahu membakar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.

Apapun, ramai diantara kita yang tidak tahu apakah yang diperkatakan oleh ADUN DAP berkenaan di dalam Sidang Undangan Negeri Pulau Pinang seperti yang didakwa.

Justeru, disini siarkan video yang tersebar di laman sembang sosial Facebook untuk tatapan semua, Buat penilaian dengan akal fikiran yang waras terhadap isu ini.

Jangan terlalu emosi hingga boleh mencetuskan kontroversi.


IdaMan.


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena