Showing posts with label Erdogan. Show all posts
Showing posts with label Erdogan. Show all posts

Friday, 19 June 2015

Erdogan getarkan hati pendengar dengan bacaan al-Quran...

Jumaat, 19 Jun 2015


[VIDEO] Sungguh Merdu Suara Erdogan Alunkan Bacaan Al-Quran..


Tidak ramai pemimpin dunia terutama yang muslim pandai melantunkan bacaan Al-Quran atau bahkan hafal (hafiz) al-Quran.

Salah satu di antara yang sedikit itu adalah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, negara berasaskan sekular, lapor web Eramuslim.

Dalam sebuah video yang dipaparkan di akaun Facebooknya, seorang ahli politik AKP Turki, Mehmet Sercan oge, mengaplod video Presiden Recep Tayyip Erdogan melantunkan ayat-ayat Al-Quran.

"Cumhurbaşkanımız Recep Tayyip ERDOĞAN'ın sesinden Kuran Tilaveti ... [Ali İmran Süresi]. (Suara Presiden Recep Tayyip Erdogan melantunkan Al-Quran ... Surah Ali Imran," tulis Mehmet Sercan oge pada 3 Jun lalu.

Dalam video berdurasi 2:50 minit itu, Erdogan yang dilahirkan pada 26 Februari 1954 melantunkan ayat 190-194 surah Ali Imran dengan bacaan yang fasih, suaranya merdu, tajwidnya bagus dan menggetarkan bagi yang mendengarnya, masya Allah!
Posted By Green Boc

Read More

Monday, 11 August 2014

[Video] Erdogan menang pilihanraya Presiden Turki...

Isnin, 11 Ogos 2014



Alhamdulillah... Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan memenangi kerusi Presiden selepas menang pilihan raya presiden negara itu, pada 10 Ogos lalu.

Erdogan menang dengan 52 peratus undi, mengikut kiraan daripada 99 peratus peti undi dan menewaskan pesaing utama beliau, Ekmeleddin Ihsanoglu yang hanya mendapat undian sebanyak 38.3 peratus

Sementara pesaing ketiga, Selahattin Demirtas memenangi 9.7 peratus undi.

ErdoganErdogan dijangka mengambil sumpah pada 28 Ogos ini.



Erdogan berikrar ‘era baru’ di Turki selepas menang jawatan presiden

Erdogan berikrar ‘era baru’ di Turki selepas menang jawatan presiden
PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan melambai tangan kepada penyokongnya di Ankara, negara itu selepas memenangi pilihan raya presiden semalam. - Foto AP
ANKARA: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berikrar akan mewujudkan ‘era baru’dalam perhubungan rakyat di negara berkenaan selepas menang dalam pilihan raya presiden semalam. 

“Hari ini kita menutup era lama dan mengambil langkah ke era baru,” katanya dalam ucapan kemenangannya dari anjung ibu pejabat partinya di sini. 

Erdogan berjanji akan menyatupadukan negara berkenaan tanpa mengambil kira asal usul atau pegangan agama rakyatnya. 

“Saya berterima kasih kepada setiap warga negara, sama ada mereka mengundi saya ataupun tidak kerana sumbangan mereka kepada nukilan sejarah pada hari bersejarah ini,” tambahnya. 

Erdogan juga menegaskan bahawa apa juga perbezaan pendapat yang dibangkitkan ketika kempen pilihan raya presiden itu dianggap sebagai sesuatu yang sudah berlalu. 

“Hari ini adalah hari baru. Ia menandakan satu kejayaan, Hari ini adalah hari di mana Turki baru dibangkitkan semula daripada abu,” katanya. 

Anjung atau balkoni ibu pejabat Parti Pembangunan dan keadilan (AKP) di Ankara ini adalah tempat di mana Erdogan secara tradisinya menyampaikan ucapan kejayaannya. 
Dalam majlis sambutan yang diadakan itu, beliau disertai pegawai tertinggi parti dan isterinya, Emine serta Presiden Kyrgyzstan, Almazbek Atambayev.

Erdogan menegaskan: “Pada hari ini bukan Recep Tayyip Erdogan sahaja yang menang. Kemenangan ini adalah kemenangan seluruh rakyat. Ia adalah kemenangan demokrasi. 

“Kita mungkin mempunyai pendapat politik berbeza, gaya hidup berbeza, puak berbeza , nilai dan latar belakang etnik berlainan...namun kita semua tetap rakyat negara ini...dan setiap seorang adalah pemilik negara ini.” - AFP
BH.
Read More

Friday, 4 April 2014

HIJAU LAWAN BIRU: Antara Morsi, Erdogan Dan Pas...

Jumaat, 4 April 2014

Antara Morsi,Erdogan Dan Pas

Dr Muhammad Mursi dan Erdogan

DEMOKRASI yang semakin terbuka dan peristiwa penggulingan DrMuhammad Mursi menjadi penanda aras kepada jatuh bangunnya masa depan gerakan Islam di Malaysia dan dunia seluruhnya.

Peristiwa pengharaman laman sosoal “tweeter” oleh Erdogan sehinggalah penyertaan PKS dalam pilihan raya Presiden di Indonesia juga menarik diperhatikan.

Di Malaysia, walaupun parti pemerintah belum bertukar dan ruang demokrasi secara rasminya masih tertutup, tetapi tekanan yang diberikan oleh rakyat, kesedaran masyarakat sivil dan perkembangan media baru telah meletakkan demokrasi itu sedikit terbuka.

Akibatnya, perlumbaan untuk memenangi pilihan raya semakin deras aksinya, bahkan fitnahnya juga. Penyertaan organisasi nonpartisan seperti Isma, JATI (secara tidak langsung) dan kemunculan calon-calon bebas di semenanjung adalah suatu yang agak baru.

Begitu juga dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi akibat daripada asakan kuat Pakatan Rakyat terhadap BN, menyebabkan jumlah rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam pilihan raya semakin membesar.

Walaupun sebahagian besar mereka ini tidak membantu kemenangan PAS, tetapi untuk tempoh yang panjang ia menguntungkan Negara.

MURSI & ERDOGAN

Penggulingan Mursi setelah setahun memerintah merupakan satu tragedi demokrasi. Dalam keadaan dunia awalnya memuji demokrasi di Mesir yang semakin terbuka, tetapi apabila ia memberi kemenangan kepada kumpulan Islam, maka mereka diharamkan menyertainya.

Guling, tangkap dan bunuh penyokong Mursi merupakan satu kehinaan kepada demokrasi. Oleh itu, ke mana hendak pergi gerakan Islam? Adakah perlu kepada mereka untuk keluar daripada jalan demokrasi yang jelas dicabul sedemian rupa?

Kita pergi pula kepada Erdogan di Turki. Setelah partinya memenangi pilihan raya parlimen buat kali ketiga hampir 50 peratus kerusi dibolot AK Parti, tiada jalan lain yang boleh dilakukan untuk menyekat kemaraan Erdogan dan AK Parti. Lalu dibuat Gezi Move untuk menggulingkan Erdogan.

Atas nama kebebasan dan demokrasi, tunjuk rasa diadakan saban hari. Kemuncaknya menteri-menteri dan anak kepada Erdogan sendiri telah dituduh terlibat dengan rasuah. Media-media Barat membantu kempen menjatuhkan kerajaan AK Parti. Erdogan bertindak balas dengan terbuka.

Membenarkan demonstrasi aman, menjawab media terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan kepada kerajaannya. Namun ia tidak menghentikan usaha menjatuhkan AK Parti. Demokrasi dan media yang terbuka diguna sepuasnya untuk membelasah beliau dan memfitnah menterinya.

FITNAH MEDIA

Teringat kerajaan Mursi sebelum penggulingan. Apabila gambaran ganas selama ini diberikan kepada Ikhwan, maka apabila mereka berkuasa, merekacuba mempraktikkan demokrasi seluasnya. Dibuka kebebasan kepada akhbar hatta yang mengkritik kerajaan. Malangnya ada media yang mengambil kesempatan untuk memfitnah, menghasut rakyat dan menipu atas tujuan memburukkan Mursi.

Daripada 12 akhbar utama, hanya dua sahaja menyebelahi beliau atau memberitakan secara adil. Bakinya sarat dengan fitnah dan adu domba. Mursi tidak bertindak atas dasar menghormati hak demokrasi dan kebebasan media. Akibatnya rakyat termakan hasutan dan bangkit bersama Tamarud menggulingkan beliau. Setelah digulingkan, tentera mengambil alih kerajaan.

Jadi di mana demokrasi yang dilaungkan rakyat itu? Mereka mengatakan Mursi tutup demokrasi, tetapi setelah beliau digulingkan sebenarnya demokrasi telah tertutup rapat. Hari ini rakyat baru sedar akan demokrasi hasil revolusi 11 Januari dahulu telah dicabul.

Erdogan bertindak pantas menutup “Tweeter” yang menjadi sarang fitnah kepada kerajaannya. Lalu Barat dan dunia mengutuk Erdogan kerana tidak demokratik. Tetapi kalau mereka berjaya gulingkan Erdogan dan AK Parti, maka itulah sebenar-benarnya kematian kepada demokrasi.

Demokrasi itu hak, tetapi kawalan terhadapnya adalah perlu agar jenama demokrasi tidak boleh dihalalkan untuk membunuh demokrasi yang hakiki. Inilah yang berlaku di Mesir, mereka menggunakan ruang demokrasi untuk menutup demokrasi. Jadi ke mana hendak pergi gerakan Islam? Apabila terus diasak sedemikian rupa?

HIJAU LAWAN BIRU

Berbalik kepada Negara kita Malaysia. Jika dahulu perlawanannya diantara PAS lawan Umno. Jelasnya hijau lawan biru atau putih lawan hitam. Tetapi apabila memasuki dekad terkini, ia sudah semakin berbeza. Politiknya tidak lagi dua warna, tetapi berwarna warni. Bahkan kelabu warna.

Orang Melayu Islam di kampung boleh menggantung bendera DAP dan orang Cina di Bandar sudah boleh membawa bendera PAS. Itu kelabu warna dan ia sangat positif ke arah memecahkan monopoli BN yang menggunakan tembok perkauman. Tetapi yang berlawan dengan Umno sekarang bukan lagi satu parti, tetapi berbilang parti. Sama ada parti dalam Pakatan Rakyat ataupun luar Pakatan.

Munculnya parti politik baru atau gerakan NGO yang berpolitik dan juga NGI (individu berpengaruh) yang juga berpolitik. Semuanya hendak tumbangkan BN. Tetapi jalan dan dasarnya berbeza-beza. Pendekatannya juga berbeza-beza.

Bahkan kumpulan Islam lain daripada PAS pun sudah mula memberanikan diri terjun dalam demokrasi sama ada secara bersendirian seperti ISMA ataupun secara tidak langsung menyertai parti yang ada. Lalu, pilihan ditangan rakyat sudah bertambah bukan sekadar parti atau gerakan anti BN semata-mata, tetapi parti dan gerakan bernama Islam pun.

Jika dahulu, parti atau gerakan apa sekalipun ditubuhkan, ia tidak bertahan lama. PAS sahaja boleh bertahan disebabkan lama, ahlinya ramai dan jenteranya kuat. Tetapi memasuki era baru media semakin terbuka ini, adakah jaminan ahli dan jentera yang ramai menjadi asbab kita terus dominan dan tidak terjejas dengan kemunculan ‘golongan baru’ ini?

Gerakan yang dilakukan oleh 10-20 orang sahaja yang hanya “bermain” di Lembah Klang, tidak mustahil mendapat tempat di mata rakyat kerana penampilan, aksi dan tawaran mereka sampai kepada rakyat melalui media. Itu dalam keadaan media belum terbuka. Kalau terbuka sungguh pasca kejatuhan BN, maka cabarannya lebih besar.

BUKAN UNTUK MENAKUTKAN

Cukup! Tulisan ini bukan untuk menakutkan. Tetapi mengajak kita bersama berfikir, jalan terbaik untuk kita terus tampil relevan di tengah masyarakat dan berjaya mengharungi cabaran yang sangat unik di zaman ini.

PAS yang sudah berusia 63 tahun merupakan gerakan yang jitu keazaman untuk melaksanakan Islam secara syumul untuk mensejahterakan rakyat Malaysia dunia dan akhirat.

Pengorbanan mereka yang terdahulu dalam kalangan alim ulama dan para aktivis parti terlalu besar berbanding kita yang menyambung perjuangan ini. Bahkan ada diantara mereka yang terkorban nyawa mereka seperti As-Syahid ustaz Ibrahim Libya, Haji Abdul Samad Ghul dan lain-lain.

PAS juga sudah memainkan peranan besar dalam menstabilkan keamanan dunia dan membantu perkembangan rakan-rakan gerakan Islam di rantau lain.

Penglibatan Tuan Guru Haji Hadi selaku Presiden dan tokoh ‘geliga’ politik antarabangsa merupakan satu legasi dan aset penting. Kesederhanaan berfikir dan tegas prinsip beliau menyebabkan kita berjaya menyatukan daerah di Yaman yang bergolak, Acheh dan kerajaan Indonesia, Mindanou di Selatan Filipina dan juga penglibatan di Afghanistan, Iraq, Syria dan Mesir sendiri. Legasi kita cukup cemerlang dan mesti dipertahankan.

Oleh itu sebagai penyambung gerakan Islam ini yang berdiri di sebuah negara bermasyarakat majmuk, maka formula dan kesegaran perlu kepada pergerakan kita. Baik Mesir atau Turki, banyak pengajaran boleh diambil, tetapi formulanya tetap tidak sama.

Toleransi dan akhlak mulia menjadi senjata menarik sokongan masyarakat luar daripada kebiasaan PAS. Keteguhan prinsip dan tarbiah yang munazzamah akan sentiasa meningkatkan kualiti diri dan menjadi platform penting untuk memuhasabah diri dan gerakan.

Semoga PAS terus melangkah gagah maju ke depan mensejahterakan rakyat Malaysia dan negaranya.
_______________________

Mohd Nasaie Ismail ialah Setiausaha Pemuda PAS Malaysia
Read More

Thursday, 6 June 2013

Demo Taksim Square Turki: Pasai tak puas hati Recep Tayyip larang arak, larang cium terbuka?

Khamis, 6 Jun2013
Update from Turkey's Taksim Square
Demo di Taksim Square Turki

“Everyone’s agitated, there’s too many bans, the alcohol law, the ban on people kissing in public,” said her friend Tugba Orbay, referring to a recent warning issued by Ankara subway officials to act “in accordance with moral rules” after security cameras recorded a couple kissing. “Everyone feels like Turkey is becoming Iran,” she said. “The cup has overflowed.” - Times.com.     

taksim, square, protests:, 13, photos, showing, severity, of, the, protests,
Aerial View Of Taksim Square
taksim, square, protests:, 13, photos, showing, severity, of, the, protests,
Protesters Clash With Riot Police in Bodrum, Turkey 
Maknanya depa ni demo pasai tak puas hati cuma sebab Recep Tayyip Erdogan larang arak, larang cium terbuka?
Sumber: http://cenangau.blogspot.com

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena