Showing posts with label Gaji Naik. Show all posts
Showing posts with label Gaji Naik. Show all posts

Monday, 25 December 2017

[Video PAKATAN HARAPAN MENANG GAJI NAIK!] Jangan lupa 30 Disember 2017! PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN BERSATU.

Selasa, 26 Disember 2017

JANGAN LUPA 30 DISEMBER INI!


Sukacita saya mengumumkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan Kali Pertama pada 30 Disember 2017 bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Perhimpunan Agung Tahunan ini akan dihadiri oleh Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan perwakilan daripada 137 bahagian PPBM di seluruh negara yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. 

Tarikh Perhimpunan Agung Tahunan ini telah ditetapkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM selaras dengan Fasal 12.1 Perlembagaan PPBM. Notis mengenai Perhimpunan Agung Tahunan ini telah dihantar kepada para perwakilan yang layak hadir mengikut peraturan persidangan yang diluluskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM. 

Saya ingin menjelaskan serba sedikit mengenai kronologi isu Perhimpunan Agung Tahunan PPBM. Pada 21 November 2017, kami telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk mendapatkan nasihat dan panduan mengenai kaedah pelaksanaan Perhimpunan Agung Tahunan. Ini kerana menurut Perlembagaan PPBM, perwakilan yang dikehendaki menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan antaranya terdiri daripada perwakilan yang dipilih di dalam Persidangan Tahunan Bahagian. Persidangan Tahunan Bahagian pula hendaklah dihadiri oleh perwakilan dari cawangan-cawangan di dalam bahagian tersebut. 

Kami telah jelaskan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bahawa tarikh paling awal bahagian-bahagian PPBM menerima sijil pendaftaran penubuhan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ialah pada 24 Julai 2017. Ini bermakna semua bahagian PPBM di seluruh negara masih belum cukup tempoh setahun penubuhannya, dan menurut perlembagaan PPBM masih belum boleh mengadakan persidangan bahagian masing-masing.  PPBM juga masih dalam proses menubuhkan cawangan-cawangan di seluruh negara dan setakat ini masih belum ada cawangan yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. 

Dalam keadaan ini, kita telah meminta nasihat dan panduan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengenai kaedah pelaksanaan Perhimpunan Agung Tahunan PPBM yang menghendaki sebahagian perwakilannya dipilih di dalam Persidangan Tahunan Bahagian. Kita juga telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bahawa PPBM akan akur dengan nasihat dan panduan yang diberikan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk memastikan Persidangan Agung Tahunan yang akan diadakan nanti adalah teratur dan selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan PPBM.

Namun, dalam pertemuan tersebut pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia tidak dapat memberikan pandangan tentang perkara-perkara yang dibangkitkan. Sebaliknya, PPBM telah diminta untuk mengemukakan cadangan tentang kaedah pelaksanaan Perhimpunan Agung Tahunan parti, dan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia telah bersetuju untuk mengatur pertemuan antara pasukan peguam PPBM, pegawai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri untuk membincangkan secara lebih lanjut cadangan-cadangan yang akan dikemukakan oleh PPBM.

Hasil daripada pertemuan itu, pada 23 November 2017, saya telah menulis sepucuk surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang mengandungi cadangan-cadangan tentang kaedah pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan PPBM. Selepas itu, pihak ibu pejabat PPBM telah membuat beberapa susulan dengan pejabat Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Malaysia untuk menentukan tarikh pertemuan dengan Penasihat Undang-Undang KDN sepertimana yang telah dipersetujui. 

Malangnya, pihak PPBM tidak menerima sebarang maklum balas rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengenai tarikh pertemuan dengan Penasihat Undang-Undang KDN dan cadangan-cadangan pelaksanaan Perhimpunan Agung Tahunan PPBM yang telah dikemukakan dalam surat bertarikh 23 November 2017. 

Sebaliknya pada 25 November 2017, di suatu sidang media di Johor Bharu yang mendapat liputan media yang luas, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah menyatakan bahawa apa yang PPBM cadangkan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan PPBM. Beliau juga berkata bahawa pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan akan mengambil masa selama seminggu untuk meneliti cadangan-cadangan PPBM itu dengan penasihat undang-undang. Oleh itu PPBM, katanya, berdepan dengan kemungkinan dibubarkan pendaftarannya kerana tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.

Namun, tiada juga pertemuan dengan penasihat undang-undang diatur, dan tiada juga sebarang maklum balas rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan selepas tempoh seminggu yang dinyatakan.

Oleh kerana masa yang semakin suntuk untuk PPBM mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan pada tahun ini, maka pada 8 Disember yang lalu, saya telah sekali lagi menulis sepucuk surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia memaklumkan hasrat PPBM untuk mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan sebelum 31 Disember 2017. Di dalam surat tersebut, saya telah memperincikan perwakilan yang perlu menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan menurut Fasal 12.2 perlembagaan parti, iaitu:
 
i. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap;

ii. Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi; dan

iii. 8 orang perwakilan dari setiap bahagian PPBM yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia iaitu Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Setiausaha Bahagian, Bendahari Bahagian, Ketua Penerangan Bahagian, Ketua Srikandi Bahagian dan Ketua Pemuda Bahagian.

Pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia menerusi surat bertarikh 19 Disember 2017 telah memberikan maklumbalas bahawa PPBM perlu mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan menurut kaedah yang ditentukan oleh perlembagaan parti. Justeru, dengan maklumbalas ini dan juga dengan maklumat yang telah diberikan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, kita berpendapat bahawa pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia tiada halangan terhadap Perhimpunan Agung Tahunan PPBM yang akan diadakan nanti, dan ia adalah teratur serta selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan PPBM. 

Perhimpunan Agung PPBM Kali Pertama ini adalah amat bersejarah. Di samping pembentangan laporan tahunan parti, para perwakilan akan dapat mendengar amanat daripada Pengerusi PPBM, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Presiden PPBM, YB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin. Para perwakilan juga akan berpeluang untuk membahaskan ucapan dasar Pengerusi pada Perhimpunan Agung ini. 

Kita mendoakan agar Perhimpunan Agung Tahunan PPBM Kali Pertama ini akan berjalan lancar dan berlangsung dalam suasana yang gilang-gemilang, insyaAllah.

DATO’ SERI MUKHRIZ MAHATHIR
Timbalan Presiden PPBM.
Read More

Sunday, 1 June 2014

[Video] Gaji Kakitangan Awam Naik 30% kerana GST...Penjawat Awam Pengkhianat?

Isnin, 2 Jun 2014

Peserta Himpunan Bantah GST Berarak Dari Masjid Negara



Pengkhianat...

Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah GST di Dataran merdeka dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, penjawat awam terlibat dalam perhimpunan itu, melanggar akujanji dan ikrar perkhidmatan yang dibuat.

Gaji Kakitangan Awam 2014 Naik Sebanyak 30%? Bendung Gelombang Cukai GST Tahun 2015?


gaji Kakitangan Awam

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2014 Naik : Semua sedia maklum pada bulan Mei 2015 akan bermula gelombang pengenalan GST kepada rakyat Malaysia tidak kira kepada golongan rakyat marhaen samada berpendapatan tinggi mahupun serdahana.
Begitu juga kepada kelompok taikun kaya di Malaysia (SEPERTI DISINI) juga tidak akan terlepas untuk membayar GST sebanyak 6% setiap kali berbelanja walaupun mereka hidup bagaikan syurga dunia apabila terlepas membayar cukai orang kaya (SEPERTI INI) di Malaysia. Hakikatnya…..
Hakikatnya pengenalan GST bakal memberikan satu lagi bebanan kepada rakyat Malaysia kepada kenaikan kos sara hidup di Malaysia. Jikalau bukan bebanan seperti yang banyak kelihatan “ayat-ayat indah” di dalam iklan di media elektronik dan papan tanda di seluruh Malaysia, masakan tidak GST ini diperkenalkan daripada dahulu lagi selepas beberapa siri penangguhan sebelum ini? Ehemmm……
Walaubagaimanapun ya, Berita Semasa akui cukai GST adalah sistem cukai antara terbaik & efisien bagi usaha negara untuk meningkakkan punca pendapatan kepada kepada kerajaan Malaysia. Tetapi bukan diperkenalkan 6% serta-merta kepada rakyat Malaysia, bagi Berita Semasa untuk tujuan pengenalan dan lebih baik ia dimulakan 2%-3% terlebih dahulu. Sekadar pandangan….

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik Vs GST 2015?

Dan terbaru, Cuepacs sebagai gabungan yang cukup prihatin dengan masalah yang bakal menimpa kakitangan awam di Malaysia tampil dengan cadangan terbaru kepada kerajaan Malaysia supaya diumumkan kenaikan gaji kakitangan awam 2014 sebanyak 30% dengan harapan ia sedikit sebanyak membantu kalangan kakitangan kerajaan bersedia untuk menghadapi sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dijangka dilaksanakan pada 1 Mei 2015. Setuju?
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena