Showing posts with label Geng UG. Show all posts
Showing posts with label Geng UG. Show all posts

Thursday, 4 June 2015

Taktik Paling Kotor Geng UG Pada Muktamar PAS 2015

Khamis, 4 Jun 2915

Taktik Paling Kotor Geng UG Pada Muktamar PAS 2015


Kempen pemilihan PAS semakin agresif pada saat-saat akhir apabila wujudnya risalah yang melabel pemimpin tertentu sebagai perosak parti. 

Ditemui diletakkan secara meluas di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kundang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LTAR), risalah berkenaan cuba membezakan antara kumpulan 'pendukung fahaman liberal' dan kumpulan yang 'tunduk kepada pendukung liberal'. 

Risalah bersaiz A4 dengan cetakan berwarna itu menyenaraikan gambar barisan kempimpinan tertinggi PAS Pusat dan pesuruhjaya negeri bagi sesi 2013-2015. Daripada 54 gambar dan nama pemimpin yang disenaraikan, 17 daripadanya ditandakan dengan bulatan berwarna biru yang berada dalam kategori 'wajah pendukung liberalisme yang merosakkan PAS dari dalam'. 

Kumpulan ini dikatakan cuba menghapuskan dominasi ulama yang menjadi tunjang dalam PAS. Bukan itu sahaja, mereka yang tersenarai dalam kumpulan ini turut didakwa membawa agenda 'tuan politik' luar kerana ditaja dengan pelbagai bentuk imbuhan dan ditugaskan menguasai PAS demi kepentingan penaja. 

Antara yang berada dalam senarai kumpulan biru ialah Datuk Husam Musa, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud, Khalid Samad serta Hanipa Maidin. Selain itu, lapan daripada senarai berkenaan ditandakan dengan bulatan jingga kerana dikatakan sebagai 'pemimpin yang sudah tunduk kepada pendukung liberarisme dan menjadi lalang serta berani menentang golongan ulama dalam PAS secara terang-terangan. 

Kumpulan ini terdiri daripada Mohamad Sabu, Salahuddin Ayob, Suhaizan Kayat, Datuk Mahfuz Omar serta Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob. 

Penyebaran risalah ini dilihat sebagai cubaan untuk mempengaruhi perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan yang akan diadakan pada petang Khamis. Keputusan pemilihan jawatankuasa tertinggi PAS akan diumumkan secara rasmi pada pagi Jumaat. -mstar-
BLM.
Read More

Sunday, 31 May 2015

'Serang Peribadi' GENG UG habis modal..."Kalau ulama buang profesisonal, lebih baik (PAS) jadi badan dakwah sahaja"

Ahad, 31 Mei 2015

Serang Peribadi Bukti Geng UG Habis Modal

Pencabar bagi jawatan presiden PAS Ahmad Awang kesal apabila budaya fitnah-memfitnah kini dilakukan pihak tertentu dalam parti itu khususnya menjelang pemilihan parti yang semakin hampir ke kemuncaknya.

Bekas naib presiden PAS itu mendakwa terdapat pihak yang melakukan "pembunuhan watak" dengan melakukan serangan peribadi kerana tidak mempunyai "modal" untuk mengecamnya berikutan keputusannya bertanding jawatan tertinggi parti.

"Mereka dah tak tahu nak kata apa lagi, sebab saya istiqamah dalam gerakan Islam, saya juga dah ceritakan kenapa lima tahun dulu saya tidak aktif, saya juga ulama.

"Jadi sekarang ini apa yang dilakukan ialah pembunuhan watak.

"Dulu orang Umno yang fitnah, tapi sekarang ini orang PAS pula," katanya dalam forum Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.  

Kira-kira lima hari lagi sebelum muktamar, Ahmad kini diserang oleh kumpulan pendukung status quo dalam PAS sebagai mengetuai "kumpulan yang lunak dengan DAP" .

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memberikebebasan kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya.

Turut hadir sebagai ahli panel pada forum itu ialah bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas menteri besar Selangoor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Sementara itu bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata perpecahan yang berlaku dalam PAS kini turut melibatkan pihak luar daripada parti.

Profesional lari

Beliau juga mendakwa Umno tidak akan membiarkan PAS terus kuat bersama Pakatan dan menjadi punca berlaku perpecahan sehingga wujudnya dua kem dalam parti Islam itu.

"Politik adalah seni kepada kemungkinan. (Umno) kena buat sesuatu, kalau tidak imej Umno akan merudum. Jadi cara yang mesti dilakukan ialah pecahbelahkan Pakatan, PAS dan DAP perlu dilagakan.

"Dan cara nak pecahkan PAS pula ialah dengan memisahkan mereka dengan pihak ulama dan profesional. Saya tengok PAS jadi mangsa, sesetengah pemimpin PAS jadi mangsa.

"Selepas itu mereka kata golongan profesional nak menentang hudud. Mana ada pihak yang nak tentang hudud, yang saya tau (nak tentang hudud) Umnolah," katanya.

Justeru itu, bekas naib presiden Umno itu berkata lagi, menjelang muktamar PAS ke-61, beliau berharap agar parti itu tidak akan menyingkirkan golongan profesional.

Ini kerana, sekiranya PAS mengambil pendirian untuk menolak golongan profesional, dikhuatiri ia akan menjadikan parti itu lemah dan golongan tersebut tawar hati untuk menyertai PAS selepas ini.

"Kalau ulama buang profesisonal, lepas ini golongan ini tak nak masuk lagi ke dalam PAS. Yang tinggal hanya ulama.

"Lebih baik (PAS) jadi badan dakwah sahaja. Kita nak PAS dengan kekuatan yang boleh jadi alternatif kepada pimpinan negara," katanya lagi. - mkini
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena