Showing posts with label Harapan Baru. Show all posts
Showing posts with label Harapan Baru. Show all posts

Tuesday, 18 August 2015

Pas & GHB Perak - Masa 'fitnah dan singkir' ada fikir tentang Islam? Kan 'Jebon, Barua orang yang tidak dikehendaki dalam PAS' ustaz.

Rabu, 19 Ogos 2015

MAJLIS TAHKIM SELESAIKAN PERMASALAHAN PAS DAN HARAPAN BARU-TPJ PAS.

KENYATAAN MEDIA
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PERAK
17 OGOS 2015

PAS DAN HARAPAN BARU PERLU LANTIK MAJLIS TAHKIM SELESAIKAN PERMASALAHAN

1. Saya berpendapat PAS dan Harapan Baru tidak boleh hanya membuat kenyataan dalam kemelut yang masih berpanjangan ini.

2. Pendekatan terbaik yang tidak merugikan mana-mana pihak hendaklah diusahakan bagi menyelesaikan isu ini.

3. Pendekatan "menang-menang" adalah yang terbaik dalam penyelesaian. 

4. Saya mencadangkan supaya dibentuk Majlis Tahkim yang dianggotai oleh mana-mana pihak atau individu yang saling dipercayai oleh PAS dan Harapan Baru. Majlis Tahkim hendaklah menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian isu ini.

5. Tokoh-tokoh ulama, politik dan gerakan Islam luar negara yang sering menjadi rujukan PAS dan Harapan Baru juga boleh menganggotai Majlis Tahkim. Ulama tersohor seperti Dr Yusuf Al Qardhawi adalah salah seorang ulama terbaik bagi menjadi orang tengah dalam penyelesaian isu ini.

6. Penglibatan tokoh-tokoh Islam antarabangsa dilihat perlu, kerana mereka juga mempunyai pengalaman dalam menghadapi pergeseran dalam jamaah Islam.

7. Di negara kita, tidak kurang tokoh-tokoh hebat termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) berkelayakan untuk menyertai Majlis Tahkim yang dicadangkan bagi mencari penyelesaian ini. 

8. Para ulamak, ahli akademik, veteran dan pemerhati politik yang saling dipercayai oleh kedua-dua pihak hendaklah tampil menawarkan diri bagi penyelesaian isu yang merugikan ini. 

9. Situasi politik di Malaysia sekalipun panas, tetapi tidaklah sekronik persengkataan politik dunia luar. Masing-masing pihak hendaklah sering menghentikan serangan-serangan politik yang tidak menguntungkan.


Beristiqamah Hingga Kemenangan

USTAZ MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak

Posted by mantaro 
Comment:
  1. Elok ustaz munir sampaikan kpd tuang presideng ustaz mudah2an akal dia dia terbuka sikit! Namun setakat ini pun adah usaha2 GHB kearah itu tapi PAS kuat..........suci dan ahli syorga!
    Reply
  2. Eloklah tu... ada ustaz yang dok guna masjid perli2 puak2 GHB... Ungkit pasal pendidikan awal yang bukan agama. Aku amat tertarik dgn kata kata Siddique Fadhil, 'mereka yang mengambiol sikap keras dalam kerja-kerja Islam, semangatnya bertambah tetapi fiqhnya tidak bertambah"... Dan tercari-cari sifat fatonah Nabi saw dalam pimpinan gerakan islam malaysia
    Reply
  3. Satu pandangan yang baik. Namun semuanya telah terpampang dan tertulis dengan nyata sejak lebih dua tahun yang lalu. Mereka yang dipanggil jebon, barua dan sebagainya telah dikatogerikan sebagai 'orang yang tidak dikehendaki dalam PAS'. Oleh itu sewajarnya mereka dihalau keluar. Saya tak nampak tuan presiden ustaz Munir, akan mendengar saranan dari seorang 'kecil' dalam PAS!! Ustaz mesti ingat serban tuan presiden tersangatlah besar!!
  1. masa fitnah dan singkir ada fikir tentang islam,
    Reply
  2. masa mereka dihina dulu dimanakah dirimu wahai USTAZ MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI. selepas menang baru nak bersuara. 
Read More

Saturday, 15 August 2015

GHB berjaya memintas & mengagalkan semua perancangan 'agen UMNO dan kumpulan pro UMNO' dalam Pas?

Ahad, 16 Ogos 2015

KELANTAN SUDAH HAMPIR PASTI JATUH KE TANGAN UMNO!

Umum mengetahui kemenangan PAS di Kelantan adalah faktor pengundi luar yg pulang mengundi.

Ini diakui sendiri oleh Mustafa Muhammad sehingga dia mahukan pengundi2 luar Kelantan mengundi secara pos (supaya undi mereka dpt dimanipulasikan)

Selepas ini pengundi2 luar Kelantan ini samada tidak pulang mengundi ataupun mmengundi calon2 Harapan Baru.

Hampir pasti di Kelantan akan berlaku pertandingan tiga penjuru kerana PAS tidak akan mahu berunding dengan sesiapa sahaja.

PAS sekarang partai Hadi Awang. Kita semua maklum perangai dan sifat ego dan bongkak Hadi Awang.

Mana2 ahli PAS yang bekerja dengan kerajaan negeri dinasihatkan carilah kerja lain mulai dari sekarang

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Sejak dua tiga hari ni Tulang Besi buat sedikit kajian berkenaan dengan Irish Republican Army (IRA) di Ireland Utara.

Rupanya kejayaan British melemahkan gerakan IRA adalah kerana mereka berjaya membeli hampir separuh dari kepimpinan IRA.

Dengan kata lain, separuh dari kepimpinan IRA di Ireland Utara satu masa dahulu adalah agen British.

Misalnya pemimpin IRA bernama Gerry Adams mengetahui bahawa pemandu serta pembantu beliau adalah agen British.

Atas sebab itulah IRA tidak boleh menang di dalam peperangan mereka menentang tentera British. IRA akhirnya berpecah dan segala pergerakan mereka terbantut.

Kalau merujuk kepada ucapan Hasan Ali dlm perjumpaan dgn guru2 Kemas Melaka, kita dapat membuat kesimpulan perkara yang sama sedang berlaku dalam PAS.

PAda hemat Tulang Besi@Malaysiawaves keseluruhan kepimpinan PAS sekarang telah pun menjadi alat atau agen UMNO.

Termasuklah si Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang cuba hendak berlakon menyokong BERSIH 4.0 tapi akhirnya terdedah sandiwara beliau sepenuhnya.

Namun, pada hemat Tulang Besi, yg membantutkan usaha perpaduang dgn UMNO adalah tindakan pimpina progresif menubuhkan Harapan Baru.

Sekarnag ini PAS seperti terpacak. Nak maju kedepan tak boleh takut ahli2 PAS lari ke HArapan Baru. Nak patah balik pun tak boleh sebab takda sapa percaya dengan kepimpinan PAS yang ada sekarang.

Harapan Baru ni mengagalkan semua perancangan UMNO dan kumpulan pro UMNO aka ulama dlm PAS.

TULANG BESI
Read More

Anak sulung TGNA sertai HARAPAN BARU...

Ahad, 16 Ogos 2015
Nik Omar Nik Abdul Aziz

PANAS - ANAK SULUNG TGNA SERTAI HARAPAN BARU




BLM
Read More

Wednesday, 5 August 2015

Kita maju ke depan dengan Harapan Baru...'Harakah pula tunggu masa nak bungkus'

Rabu, 5 Ogos 2015

Pimpinan2 PAS Sedar Mereka Sudah Jadi Parti Kera Sumbang

Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa guna taktik usang yakni menjual nama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dlm ucapan beliau yg terbaru di Kuala Krai.
Ini bukan perangai biasa Tuan Ibrahim.

Ini perangai biasa Nik Nik Mohamad Abduh yg umum tahu sentiasa kekeringan modal dan idea serta ilmu.

Tindakan Tuan Ibrahim menandakan keadaan desperado beliau dan juga PAS seluruhnya.

Baru beberapa hari lepas Tuan Ibrahim menghadiri majlis peringkat Negeri Wilayah Persekutuan yang dihadiri Presiden PAS. Kedatangan adalah amat memalukan jika dibanding dengan kedatangan majlis Harapan Baru yang diadakan tidak jauh dari situ.

Semalam di Kuala Krai pun dari gambar2 yang dilihat kedatangan juga boleh dikatakan tidaklah boleh dibanggakan.

Jualan Harakah juga semakin hari semakin merudum. Tunggu masa nak bungkus.

Di Pahang sendiri pun majlis2 PAS sudah kekeringan peminat. Kedatangan ceramah2 PAS amat menyedihkan. Tuan Ibrahim sendiri tidak mendapat sambutan di Pahang.

Makanya, Tuan Ibrahim mungkin telah diarahkan pimpinan2 UG sekelian untuk membina semula jambatan yang mereka telah bakar sebelum ini.

Barangkali dalam hati2 mereka telah sedar bahawa PAS semakin ditinggal rakyat Malaysia.

Namun, rasanya tiada parti pembangkang dlm Malaysia yang mahu mengambil risiko bekerjasama dengan parti yang dipimpin Haji Hadi Awang.

Haji Hadi telah membuktikan beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, telunjuk lurus kelingking berkait, suka tikam belakang dan lidah bercabang.

Makanya, panggil Tuan Ibrahim tu bakal ditolak semua parti2 pembangkang termasuk juga oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Apa-apa pun, PAS sedang menuju kepada sebuah parti kera sumbang. PAS bakal tersisih dari kehidupan majoritas rakyat Malaysia.

Kepada UMNO pula, semakin hari semakin PAS dilihat sebagai biawak hidup.

Kalau UMNO ambil PAS ertinya UMNO yang akan menanggung beban manusia bernama Haji Hadi Awang.

Tapi, apa nak buat.

Bak kata pepatah orang2 tua.

Terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak kata buruk padahnya.

Si Luncai terjun dengan labu-labu nya. Biarkan.Biarkan.

Kita maju ke depan dengan Harapan Baru

TAKBIR!!!!

TULANG BESI
Read More

Saturday, 1 August 2015

[Video #TangkapNajib Rally] Harapan Baru mendapat sambutan di Jertih..."terbukti aspirasi rakyat untuk melihat suatu perubahan"

Ahad, 2 Ogos 2015

Harapan baru mendapat sambutan di Jertih, Besut. 
Multaqa' Ulama' Sedunia  telah berlangsung di Beirut, Lubnan pada 28-29 Julai 2015.


Kurang lebih 24 jam selepas pulang dari Multaqa' Ulama Sedunia di Beirut, Lubnan, Ustaz Ahmad Awang telah bergegas ke Jertih, Besut, Terengganu untuk menyantuni para hadirin di sebuah majlis bersama-sama kepimpinan Gerakan Harapan Baru.  



Turut hadir ialah Tuan Haji Mohamad Sabu, YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Dr Hatta Ramli, Saudara Faiz Fadzil, Saudara Hasbie Muda dan lain-lain.   

Multaqa' Ulama' Sedunia  telah berlangsung di Beirut, Lubnan pada 28-29 Julai 2015. 

Dengan sambutan luar biasa, terbukti aspirasi rakyat untuk melihat suatu perubahan yang berpaksikan kebenaran; membawa budaya politik yang berdasarkan sifat amanah, progresif dan peduli, serta sebuah perjuangan yang ikhlas untuk menegakkan Islam dan mendapatkan keredaan Allah.  

Terima kasih kepada pada hadirin yang sudi menerima kehadiran Ustaz Ahmad Awang dan barisan dari Gerakan Harapan Baru yang lain, terutamanya kepada anak-anak muda yang merupakan harapan bangsa dan negara. 

- Ustaz Ahmad Awang - Perak, Malaysia

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn 
Read More

Monday, 27 July 2015

MP Pas 'Tak Perlu Letak Jawatan' jika sertai Harapan Baru...

Isnin, 27 Julai 2015

Tak perlu letak jawatan jika sertai Harapan Baru

SHAH ALAM - [KEMASKINI] Gerakan Harapan Baru mempertahankan mana-mana wakil rakyat Pas yang mahu menyertai NGO itu agar tidak perlu meletakkan jawatan.

Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ini kerana kemenangan mereka bukan hanya bersandarkan kepada tiket Pas semata-mata.

“Sebagai contoh, di kawasan itu ada 5,000 ahli Pas tetapi mereka menang dengan 9,000 undi. Ini bermakna yang menyokong mereka bukan sekadar ahli Pas, tetapi rakyat.


“Kita juga tidak tahu apa sebab sebenarnya mereka menyokong wakil rakyat itu. Ada calon diangkat sebab nama mereka sendiri, sebab parti dan lain-lain, jadi ada banyak faktor kemenangan mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.‎

Sebelum ini, terdapat banyak desakan daripada Pas agar Adun dan ahli parlimennya yang mahu menyertai Harapan Baru supaya meletakkan jawatan.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dilaporkan berkata, mereka perlu meletakkan jawatan bagi mengelakkan pendapatan syubhah.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Titiwangsa, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, peletakan jawatan perlu dilakukan segera bagi menghormati mandat diberikan pengundi di kawasan berkenaan.

Antara wakil rakyat yang sudah mengesahkan akan keluar Pas dan menyertai Harapan Baru setelah didaftarkan sebagai parti ialah Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

Menurut Hasnul, beliau dimaklumkan terdapat lebih ramai Adun dan ahli Parlimen akan menyertai Harapan Baru.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, tiada undang-undang yang mengatakan individu yang dipecat atau keluar parti perlu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.


“Sebagai contoh, Tan Sri Khalid Ibrahim masih kekal sebagai wakil rakyat walaupun dilucutkan keahlian sebagai ahli PKR. Jadi tiada sebab untuk mereka letak jawatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tujuan utama penubuhan Harapan Baru ialah untuk memperjuangkan pendekatan Islam yang inklusif dan membawa rahmat kepada orang Islam dan bukan Islam.

“Apabila Pas kata tidak boleh bekerjasama dengan DAP dan terkuburnya PR, ini merupakan satu situasi yang mencemaskan umum. Ia bukan saja menjejaskan persepsi terhadap Pas tetapi Islam juga.

“Sekarang saya lebih khuatir kerana kita menyaksikan Pas hampir kembali kepada trend asalnya yang sangat keras,” katanya.

Beliau mendakwa, pendekatan inklusif gagal dilakukan oleh Pas dan hanya menjejaskan sokongan kepada parti itu, termasuklah ketika isu kalimah ALLAH dan hudud sedang hangat diperkatakan.

“Kami rasa pimpinan sedia ada tidak dapat teruskan unjuran ke situ. Jadi kami terpanggil untuk bawa satu wadah bagi membangunkan pendekatan Islam inklusif iaitu bukan untuk orang Islam saja.

“Daripada kajian, sokongan bukan Islam kepada parti lama kami sudah kurang daripada 10 peratus walaupun suatu ketika dulu pernah mencecah 70 hingga 80 peratus.

“Menang angka bukan segala-galanya tapi jangan kita lupa itulah kayu ukur sokongan pengundi dan rakyat kepada kita,” katanya. 
-SH

ULASAN GB 

Desakan dan ugutan supaya wakil rakyat yang menyertai Harapan Baru supaya meletakkan jawatan tidak perlu dilayan. 

Dari sudut apa sekalipun dipandang, tidak ada apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mereka sehingga memerlukan mereka untuk meletakkan jawatan. 

Dari sudut undang-undang, meskipun pada bulan April 1991, Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan pindaan kepada Perlembagaan Negeri bahawa jika mana-mana ahli Dewan Undangan Negeri yang merupakan ahli kepada sesebuah parti politik, keluar atau disingkirkan daripada parti politik itu, kerusinya hendaklah dikosongkan, namun undang-undang itu telah dicabar di Mahkamah. 

Dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin bin Salleh & Seorang lagi [1992], Mahkamah Agung memutuskan bahawa undang-undang anti lompat parti yang diluluskan oleh Kerajaan Kelantan sebagai tidak sah kerana ia melanggar hak kebebasan berpersatuan yang dijamin dalam Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. 

Hak ini juga merujuk kepada hak untuk keluar dari persatuan. Mahkamah juga berpendapat bahawa undang-undang ini ‘ultra vires’ dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Kerajaan Persekutuan sahaja berkuasa untuk menggubal undang-undang sebegini. 

Seterusnya, Mahkamah Agung berpendapat bahawa undang-undang ini tidak boleh digubal menggunakan alasan moraliti kerana perkataan ‘moraliti’ dalam Artikel 10(2)(c) Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada moraliti seksual sahaja. 

Justeru itu mereka yang mendesak supaya wakil rakyat PAS meletakkan jawatan ternyata mereka yang buta undang-undang dan tidak faham apakah yang dimaksudkan "moral" yang ditekankan oleh mereka selama ini. 

Malah jika dari sudut moral sekalipun, wakil rakyat PAS yang menyertai Harapan Baru tidak perlu meletakkan jawatan kerana tindakan mereka menyertai Harapan Baru itu lebih tinggi moralnya dari wakil-wakil rakyat yang masih berada di dalam PAS.

Ini kerana rakyat mengundi mereka bukan kerana mereka PAS semata-mata tetapi adalah kerana pada pilihanraya rakyat mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat, bukan semata-mata kerana mereka bertanding di atas PAS.
 

Tentang baiah ia telah telah kita elas sebelum ini. Baiah itu telah terbatal sebaik saja PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan rakan komponen Pakatan Rakyat. Ini kerana yang terpilih sebagai wakil rakyat itu adalah ketika mana PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat. Apabila "kondisi" itu sudah berubah, maka dengan sendirinya baiah itu sudah tidak dapat dikuatkuasakan. Langkah memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP adalah kesilapan PAS yang paling besar. 

Begitu juga dengan baiah talak yang telah pun diperbincangkan oleh para ugamawan dengan panjang lebar. Ia telah dinyatakan dengan jelas oleh Mufti Pulau Pinang bahawa:

Talaq tidak sah kecuali dengan niat dan keazaman yang ikhlas oleh sisuami untuk menceraikan isterinya, bukan dengan tujuan-tujuan yang lain seperti untuk mencegah dirinya daripada melakukan sesuatu atau untuk mengukuhkan tekadnya bagi mencapai sesuatu matlamat yang diingini.

Justeru itu beliau menyatakan sumpah taklik talak isteri wakil-wakil rakyat PAS (jika ada) adalah tidak sah. 

Setiausaha Majlis Syura Ulama di dalam kenyataannya menyatakan, ba’iah talak tiga tiada dalam bai’ah yang diluluskan oleh parti dan Majlis Syura. 

Dan oleh kerana baiah sedemikian tidak diluluskan oleh Majlis Syura, maka baiah talak itu tidak boleh diterima dan tidak boleh dikuatkuasakan. Kerana Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi parti dan setiap keputusannya adalah muktamad. 

Oleh itu jelas kini bahawa tiada ada apa-apa yang boleh menghalang wakil-wakil rakyat PAS untuk menyertai Harapan Baru. 



Read More

Sunday, 26 July 2015

PKR Perak umum sokong Harapan Baru

Isnin, 27 Julai 2015

PKR Perak umum sokong Harapan Baru

Harapan Baru

IPOH - PKR Perak menyokong pembentukan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) sebagai sebuah parti politik yang sah di Malaysia.

Timbalan Pengerusinya, Dr Lee Boon Chye berkata, sokongan itu disuarakan kerana Harapan Baru dilihat satu platform yang mampu menambah kekuatan kepada PKR dan DAP dalam menghadapi BN pada PRU14 nanti.

“Saya menyokong Harapan Baru ini kerana kita bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang bersedia untuk bangkit menentang Umno serta BN.

“Bagi kami, hanya sokongan itu mampu memberi tonik kekuatan dalam menumbangkan Umno dan BN pada PRU14 nanti,” katanya ketika berucap pada sesi Dialog #harapanbaru bersama Pimpinan Harapan Baru, di sini, hari ini.

Beliau percaya, sebahagian besar rakyat menyokong kewujudan Harapan Baru sebagai sebuah parti politik berdasarkan sambutan yang diterima oleh gerakan itu dalam beberapa siri jelajah, sebelum ini.

“Lihat sahaja pada hari ini (semalam) di sini, di mana ramai yang saya dilihat dalam kalangan rakyat dan NGO bersama-sama bagi menyatakan sokongan dan kerjasama kepada Harapan Baru,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar pula berkata, penubuhan Harapan Baru memberi signal bahawa pakatan baru akan dibentuk bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada PR.

“Inilah masanya (perubahan) untuk kembalikan kepercayaan rakyat di mana Umno dan BN berada pada tahap yang amat lemah dan dihujani dengan pelbagai isu dan masalah besar,” katanya.

Katanya, beliau percaya sekiranya pakatan baru dibentuk maka BN mampu untuk ditewaskan khususnya pada PRU14 nanti.

“Kalau Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (ROS) luluskan, kita perlu segerakan pembentukan kerjasama yang babitkan gerakan ini bersama PKR dan DAP,” katanya.
batu vs kayu.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena