Sunday 26 July 2015

PKR Perak umum sokong Harapan Baru

Isnin, 27 Julai 2015

PKR Perak umum sokong Harapan Baru

Harapan Baru

IPOH - PKR Perak menyokong pembentukan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) sebagai sebuah parti politik yang sah di Malaysia.

Timbalan Pengerusinya, Dr Lee Boon Chye berkata, sokongan itu disuarakan kerana Harapan Baru dilihat satu platform yang mampu menambah kekuatan kepada PKR dan DAP dalam menghadapi BN pada PRU14 nanti.

“Saya menyokong Harapan Baru ini kerana kita bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang bersedia untuk bangkit menentang Umno serta BN.

“Bagi kami, hanya sokongan itu mampu memberi tonik kekuatan dalam menumbangkan Umno dan BN pada PRU14 nanti,” katanya ketika berucap pada sesi Dialog #harapanbaru bersama Pimpinan Harapan Baru, di sini, hari ini.

Beliau percaya, sebahagian besar rakyat menyokong kewujudan Harapan Baru sebagai sebuah parti politik berdasarkan sambutan yang diterima oleh gerakan itu dalam beberapa siri jelajah, sebelum ini.

“Lihat sahaja pada hari ini (semalam) di sini, di mana ramai yang saya dilihat dalam kalangan rakyat dan NGO bersama-sama bagi menyatakan sokongan dan kerjasama kepada Harapan Baru,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar pula berkata, penubuhan Harapan Baru memberi signal bahawa pakatan baru akan dibentuk bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada PR.

“Inilah masanya (perubahan) untuk kembalikan kepercayaan rakyat di mana Umno dan BN berada pada tahap yang amat lemah dan dihujani dengan pelbagai isu dan masalah besar,” katanya.

Katanya, beliau percaya sekiranya pakatan baru dibentuk maka BN mampu untuk ditewaskan khususnya pada PRU14 nanti.

“Kalau Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (ROS) luluskan, kita perlu segerakan pembentukan kerjasama yang babitkan gerakan ini bersama PKR dan DAP,” katanya.
batu vs kayu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena