Saturday 25 July 2015

PAS sedia berpisah dengan PKR...OK lah! Semoga selepas ini, PAS benar-benar memilih untuk bersendirian...

Ahad, 26 Julai 2015

PAS sedia berpisah dengan PKR


Setelah berpatah arang berkerat rotan dengan DAP, PAS cuba menghasut PKR untuk tidak bekerjasama dengan parti itu. Sesuatu yang tidak mungkin berlaku kerana DAP adalah sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti kaum bukan Melayu khususnya Cina.

Pembentukan kerajaan di negara ini tidak mungkin boleh mengabaikan penyertaan mereka dan tidak mungkin juga PKR menjadi tidak siuman untuk mendengar hasutan PAS untuk tidak menerima DAP.

UMNO sendiri tidak mungkin dapat menjadi kerajaan tanpa sokongan parti-parti bukan-Melayu.

Semuga selepas ini, PAS benar-benar memilih untuk bersendirian.

Kerana itu mungkin lebih baik bagi PAS sepertimana disarankan oleh menantu Allahyarham Usta Fadil Nor, Ahmad Sabky Yusof iaitu selepas ini, PAS bolehlah melangkah selesaikan masalah organisasi yang seterusnya -iaitu masalah kepimpinan.

Kat atas tu aku petik tulisan Greenboc

Ini laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR 25 Julai - Pas bersedia meninggalkan PKR sekiranya sekutunya itu menyertai pakatan pembangkang baharu bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, pendirian PKR tentang penubuhan pakatan pembangkang baharu seperti yang diumumkan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan seolah-olah parti itu ingin memutuskan hubungan dengan Pas.

Menurut beliau, sekiranya penubuhan pakatan pembangkang baharu itu menjadi kenyataan, Pas tidak akan membantah tindakan tersebut.

“Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.

“Kalau mereka hendak me­nu­buhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Anwar dalam satu kenyataan baru-baru ini membayangkan tentang penubuhan pakatan baharu yang merangkumi semua kumpulan progresif termasuk Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan GHB.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan, Pas tidak akan dilibatkan dalam pakatan baharu tersebut atas alasan parti berkenaan ‘menjadi punca kematian pakatan pembangkang’ sebelum ini.

Haron menambah, pakatan pembangkang sebenarnya mulai retak sebaik sahaja DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan langkah serupa diikuti oleh DAP Sarawak.

“Penting untuk saya sebut perkara ini kerana akhir-akhir ini orang kata Pas yang menjadi punca terburainya pakatan pembangkang,” jelasnya.

Beliau juga yakin Pas akan tetap berdiri teguh di atas landasan perjuangan menegakkan Islam walaupun kumpulan serpihannya akan menubuhkan parti baharu melalui wadah GHB.

Haron memberitahu, keyakinan itu adalah bersandarkan kepada firman Allah SWT dalam surah Al-Ra’d ayat 17 yang bermaksud:

“Allah memberi perbandingan untuk mengetahui siapa yang hak dan siapa yang batil, ada pun buih akan pergi tanpa kekuatan dan hilang tersisih daripada wujud dan apa yang bermanfaat kepada manusia, maka akan kekal teguh sepanjang zaman.”

Beliau berkata, situasi seru­pa pernah dialami Pas apabila kumpulan-kumpulan serpihannya me­ning­galkan parti untuk me­­nubuhkan Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).

“Semoga GHB tidak tinggal harapan sahaja dan masa akan menentukan. Jika umur kita panjang, kita akan melihat apa yang berlaku seterusnya,” ujarnya lapor Utusan
 Posted by Anak Sungai Derhaka 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena