Tuesday 28 July 2015

[Video] Kontroversi Punca Muhyiddin Yassin Dipecat Jadi TPM...SIDANG MEDIA KHAS PM.

Selasa, 28 Julai 2015
Video Rakaman Sidang Media Rombakan Kabinet 28 Julai 2015

Berita Terkini punca Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat PM selaku Timbalan Perdana Menteri dan digantikan dengan Ahmad Zahid Hamidi. Berita mengejutkan apabila Perdana Menteri Najib Razak telah melakukan rombakan kabinet dimana Muhyiddin Yassin dipecat dan digantikan dengan Zahid Hamidi berkuatkuasa mulai 29 Julai 2015. Pengumuman itu dibuat sebentar tadi 28 Julai 2015 pada pukul 1.40 petang.
muhyiddin-yassin

Kontroversi Punca Muhyiddin Yassin Dipecat Jadi TPM
Punca utama pemecatan jawatan Muhyiddin Yassin susulan pertikaiannya terhadap syarikat pelaburan strategik kerajaan 1MDB yang didakwa berlaku penyelewengan. Selain itu, Muhyiddin juga tidak memihak dan mempertikaikan kepimpinan Najib Razak. Muhyiddin dalam satu kenyataan rasmi sebelum ini dilihat seolah tidak lagi menyokong Barisan Nasional. Muhyiddin Yassin juga mengakui jika pilihan raya umum diadakan dalam masa yang terdekat, Umno akan tewas susulan parti UMNO itu kini berdepan dengan krisis kepercayaan berikutan kontroversi firma pelaburan 1MDB.
Difahamkan lagi Najib Razak dan Muhyiddin tidak bertegur sapa malah bersikap “Dingin” ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh bekas perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) baru-baru ini. Dengan penyingkiran Muhyiddin selaku TPM, Najib Razak menyatakan tujuan utama rombakan Kabinet adalah untuk memperkukuhkan Barisan Nasional dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum PRU14.

zahid-hamidi
Dengan pengumuman tersebut, Timbalan Perdana Menteri DS Ahmad Zahidi Hamidi juga masih memegang Jawatan Menteri Dalam negeri.

najib

Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara. Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang betul setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran- Najib Razak

Senarai Rasmi Barisan Kabinet Baharu Mulai 29 Julai 2015
Senarai penuh menteri-menteri yang terlibat dalam rombakan kabinet yang diumumkan berkuatkuasa 29 Julai 2015:
Perdana Menteri – Dato’ Sri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri – Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi (Muhyiddin Yassin Dipecat Sebagai TPM)
Menteri Luar Bandar – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri MITI – Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri MITI – Datuk Ahmad Maslan
Menteri Pertanian & Industi – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri – Datuk Azalina Othman Said
Menteri Pendidikan – Datuk Seri Mahdzir Khalid
Menteri KPDNKK – Datuk Hamzah Zainuddin
Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar – Datuk Dr Wan Junaidi Wan Othman
Menteri Kerja Raya – Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Pengajian Tinggi – Datuk Seri Idris Jusoh
Menteri Luar – Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar – Datuk Reezal Merican Naina Merican
Menteri Pengangkutan – Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan – Datuk Seri S Subramaniam
Menteri Komunikasi & Multimedia – Dato’ Seri Mohd Salleh Keruak

1 comments:

Master Jaguh said...

Lagi cerita panas terbaru ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena