Wednesday 29 July 2015

Hadi cenderung kepada Umno, kata Guan Eng

Rabu, 29 Julai 2015
Hadi cenderung kepada Umno, kata Guan Eng

Tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan ulas barisan Kabinet baharu jelas tunjuk parti itu cenderung kepada Umno, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2015.
Tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan ulas barisan Kabinet baharu jelas tunjuk parti itu cenderung kepada Umno, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan mengulas mengenai barisan Kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu yang cenderung kepada Umno. 


Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Hadi itu, Lim berkata beliau juga terkejut dengan tindakan pemimpin PAS itu yang menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai perkara biasa.
"Itu jelas menunjukkan hala tuju PAS di mana beliau (Hadi) cenderung kepada perdana menteri dan Umno," katanya yang menyifatkan rombakan Kabinet semalam sebagai satu "gempa bumi".
Pada sidang akhbar di George Town, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin dengan perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Kabinet baharu itu.
Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri menggantikan Muhyiddin.  
Hadi berkata terlalu awal bagi PAS untuk menyatakan pendapat berhubung barisan Kabinet itu. – Bernama, 29 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-cenderung-kepada-umno-kata-guan-eng#sthash.N7Ss4Rg4.dpuf

1 comments:

Master Jaguh said...

Nak Tengok Gambar ?? ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena