Saturday 25 July 2015

Pas & GHB lebih baik bersatu MENUMBANGKAN UmnoBN daripada terus bercakaran!

Ahad, 26 Julai 2015

Lebih baik jika PAS bersama dengan GHB menumbangkan Umno BN daripada terus bercakaran

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/07/PAS-GHB.jpg

Gerakan Harapan Baru (GHB) menafikan pertubuhan itu menjadikan DAP sebagai 'wali', seperti didakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang itu berkata, Hadi tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS.

"Saya tak tahu dalam konteks apa dia cakap. Ini sebenarnya masalah (dalaman) PAS dan kelemahan dia sendiri dengan PAS.

"Tetapi nak alihkan isu dan salahkan DAP," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, penubuhan GHB sebaliknya berkaitan isu kebangkitan rakyat akibat masalah yang dilalui dalam PAS sendiri.

"Ini soal kebangkitan rakyat, kerana PAS yang bermasalah. Tidak ada kaitan dengan DAP," katanya.

Hadi dalam kenyataannya 23 Julai lalu mengingatkan ahli GHB agar tidak menjadikan DAP sebagai wali atau ketua.

Dalam kenyataannya yang bertajuk 'Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja', Hadi berkata hanya ahli parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman.

"Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali," katanya.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi berkata, hubungan dengan DAP adalah sebagai rakan pembangkang yang bercita-cita untuk meneruskan kembali tahaluf siyasi yang terkubur dan bakal menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tidak ada siapa dari ahli kami Harapan Baru yang 'berwalikan' DAP.

"Dulu, yang kerap membuat tuduhan PAS diperkudakan dan menggadaikan prinsip perjuangan demi mencapai kemenangan politik, ialah Umno.

"Kini nampaknya giliran PAS pula membuat tuduhan terhadap kami," katanya.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, lebih baik jika PAS bersama dengan GHB menumbangkan Umno daripada terus bercakaran sesama sendiri.

"Adalah lebih baik kalau kita sama-sama 'berlumba-lumba' menumbangkan Umno bagi menamatkan kebobrokan tadbir urus parti pemerintah yang sarat dengan kemungkaran rasuah, salah guna kuasa, kerakusan, pembolotan, pembaziran, ketidakadilan dan kezaliman, daripada mengulangi fitnah Umno," katanya.

Hadi dalam kenyataan sama berkata, sesiapa yang tidak istiqamah atas akidah, dasar dan matlamat, pasti akan berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar jemaah.

"Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah maha mengetahui dia hanya pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka, bersama pelakon tambahannya," katanya. – 25 Julai, 2015.
KedahLanie.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena