Tuesday 28 July 2015

Tanpa PAS, Pemimpin PKR, DAP dan GHB mendesak TPM tubuhkan kerajaan peralihan...

Selasa, 28 Julai 2015

Mat Sabu harap Muhyiddin tenang dan sabar

muhyiddin yassin dan isteri


Pengerusi Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu menggesa ahli Parlimen mendirikan sebuah kerajaan peralihan dan turut menasihatkan supaya Muhyiddin yang digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri bersabar dan tenang dalam menghadapi dugaan yang dilalui serta menjemput beliau menjadi sebahagian daripada GHB.– Gambar Shahbudin Husin Blog

Tanpa disertai PAS, pemimpin pembangkang dari PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) hari ini mendesak bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) supaya menubuhkan sebuah kerajaan peralihan.

Pengerusi pro-tem GHB Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kerajaan peralihan itu dicadangkan ditubuhkan selepas Dewan Rakyat bersidang pada sesi akan datang iaitu pada Oktober.
Katanya, ia wajar disokong dengan empat terma rujukan yang khusus, termasuk dengan melantik seorang “perdana menteri interim” daripada kalangan pemimpin terkanan dalam negara.
Perdana menteri interim ini diharap boleh memainkan peranan bagi tempoh satu tahun sehingga pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan, kata Mat Sabu pada satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.
“Terma kedua ialah dengan melakukan reformasi terhadap institusi-institusi penting bagi memastikan PRU14 berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan dan undang-undang dikembalikan.
“Terma ketiga ialah perlunya diadakan rombakan terhadap dasar-dasar ekonomi yang menindas rakyat.
“Manakala terma terakhir ialah dicari penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan matlamat memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
MRM

1 comments:

Master Jaguh said...

Lagi certa panas terbaru ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena