Sunday 26 July 2015

'Maneuver Baru Politik Berteras Islam' diperlukan buat masa sekarang...Memandangkan UMNO/BN semakin jahat

Ahad, 26 Julai 2015

Maneuver Baru Politik Berteras Islam Di Malaysia

Oleh Aris Awang


Saya selaku Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Kedah berpendapat gerakan yang dilakukan oleh bekas pemimpin saya dalam Harapan Baru adalah satu maneuver politik Islam yang baik dan positif.

Selama ini kita mungkin tidak sedar gerakan non-partisan yang digerakkan oleh NGO Islam telah wujud dalam berbagai versi dan jenama yang telah memberi banyak manfaat kepada kepesatan pengembangam dan pengamalan Islam dalam diri keluarga dan masyarakat dinegara ini.

Malangnya tugas mereka hanya setakat Pertubuhan Bukan Kerajaan yang tidak terbabit secara langsung dalam menentukan halatuju politik negara di Dewan Parlimen sebagai penggubal dasar dan menentang salahguna kuasa pemerintah secara vokal seperti pemimpin parti politik serta dilihat masih tidak berkesan melangkah masuk kesempadan antara agama dan kaum.

Oleh itu, tindakan menubuh sebuah lagi parti Islam yang hanya berbeza dari sudut pendekatam amat diperlukan buat masa sekarang dalam keadaan pemimpin UMNO/Barisan Nasional semakin jahat dalam mengurus negara.serta keperluan politik Islam benar-benar menawarkan solusi terbaik sebagai Islam Rahmatan Lil 'Alameen dalam negara Malaysia yang kita cintai ini berdasarkan waqi' semasa dan kemajmukan agama serta kaum yang tidak boleh lagi dimainkan dengan sentimen agama dan kaum yang sempit serta dangkal.

Sama seperti percambahan pelbagai NGO Islam yang saya sebut di atas tadi, maka percambahan parti politik Islam juga perlu diberi perhatian serius oleh tokoh-tokoh gerakan Islam di Malaysia sebagai satu maneuver baru parti politik berteraskan Islam.

Demgan itu, saya menyokong penuh penubuhan parti politik baru yang berteraskan Islam ke arah usaha mencapai cila-cita luhur semua umat Islam di Malaysia, terutama Ahli PAS untuk melihat sebuah pemerintahan yang adil, kemakmuran ekonomi serta dilimpahi beberkatan oleh Allah swt ke atas negara kita ini.

Semoga PAS selamat dan parti politik baru berteraskan Islam juga akan.selamat. Ameen Ya Rabb.

Sekian, terima kasih.

Aris Awang
Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Kedah.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena