Saturday 25 July 2015

[Video] Awas! 'Perokok tegar' ahli Pas & GHB...Baik-baik, Kerajaan BN dok nak ligan geng hampa pulak dah...

Ahad, 26 Julai 2015

Nampak x permainan kerajaan. Rokok electronic diorang x dapat tax. Jadi mulalah wat kajian rokok electronic merbahaya untuk kesihatan.

Kerajaan dok nak ligan geng "rokok elektronik" pula..!!

Masukkan sekali e-rokok dalam akta baharu

Masukkan sekali e-rokok dalam akta baharu
KUALA LUMPUR - Badan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan menggubal akta baharu khusus untuk perokok dan hasil produk tembakau yang turut merangkumi rokok elektronik (e-rokok).

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Yusof Abdul Rahman berkata, beliau menyokong cadangan untuk memasukkan e-rokok di bawah peraturan akta baharu tersebut.

E-rokok adalah satu alat elektronik yang mensimulasi atau menyerupai cara merokok dan setiap kali disedut, cip komputer elektronik yang dikuasakan oleh bateri akan mengidupkan atomizer yang kemudian akan memanaskan cecair yang akan menghasilkan wap.

"Hal ini perlu diambil serius walaupun akan ada bantahan dari pengguna dan pengedar kerana penggunaan e-rokok adalah sama bahaya dengan rokok biasa dan penguatkuasaan yang sama perlu diambil. 

"Definisi rokok juga perlu diperluaskan lagi, tidak hanya pada rokok yang mengandungi tembakau, malah termasuk rokok tanpa tembakau dan shisha," katanya di sini, hari ini. 
Beliau mengulas cadangan kementerian menggubal akta baharu berdasarkan akta sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata Kementerian Kesihatan perlu mengeluarkan garis panduan mengenai takrif e-rokok. 

"Kementerian perlu membuat kajian segera merangkumi kepenggunaan dan apa yang diamalkan oleh rakyat negara ini bagi menetapkan tahap bahaya penggunaan e-rokok. 
"Takrif dan garis panduan bagi e-rokok penting untuk orang ramai mengetahui klasifikasi rokok tersebut sama ada ia di bawah kategori rokok atau makanan bahaya," katanya. 

E-rokok mengandungi cecair nikotin dan perisa tambahan yang dipanggil e-juice serta bahan pelarut "propylene glycol" yang membawa kepada risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung dan saluran darah. - BernamaDIALOG

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena