Monday 27 July 2015

Wakil Rakyat Umno telefon boleh ke sertai GHB...Tak kisahlah Bang Mat ooi, asalkan sanggup menyelesaikan masalah rakyat!

Isnin, 27 Julai 2015

Semuga Berita Ini Benar...


Ada pemimpin Umno minat masuk GHB, kata Mat Sabu

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu mendakwa terdapat pemimpin Umno yang terdiri daripada wakil rakyat serta bekas wakil rakyat menyatakan hasrat untuk menyertai mereka, lapor Utusan Malaysia.

Bekas timbalan presiden PAS yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu itu berkata, ini membuktikan parti baharu yang akan ditubuhkan untuk bersama-sama dengan DAP dan PKR itu diterima banyak pihak.

"Bukan setakat itu, pemimpin Umno (sendiri), bekas menteri (malah) ada wakil rakyat yang telefon dan bertanya boleh ke untuk sertai GHB,"katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Pada 13 Julai lalu, GHB secara rasmi dilancarkan, dibarisi pemimpin progresif daripada PAS yang sebelum ini tersingkir semasa pemilihan parti pada muktamar bulan lalu.

Mat Sabu berkata, GHB dilihat sebagai wadah atau entiti menggerakkan semula kerjasama parti politik. -mk

ULASAN GB

Kita berharap laporan di atas benar, walaupun ianya disiarkan oleh sebuah akhbar milik UMNO.

Dengan pelbagai kemelut yang dihadapi oleh pimpinan tertinggi UMNO, terutama di dalam isu 1MDB mungkin sudah sampai masanya wakil-wakil rakyat UMNO yang jujur dan ikhlas di dalam perjuangan mereka untuk menyertai GHB.

GHB adalah sebuah wadah perjuangan yang bermottokan "amanah, progsesif dan peduli." GHB perihatin terhadap apa jua masalah yang dihadapi rakyat. GHB dipimpin oleh barisan kepimpinan yang professional yang mempynyai pengalaman bertahun-tahun di dalam memperjuangkan nasib rakyat. Ia juga menerima sokongan NGO-NGO yang mendokong perjuangan rakyat. Apa tah lagi, barisan kepemimpinan komponen Pakatan telah menyatakan kesediaan mereka untuk menerima GHB untuk bersama-sama mereka (PKR & DAP) di dalam pilihanraya akan datang.

Justeru itu sudah sampai masanya untuk sekalian pemimpin dan ahli UMNO agar bersama-sama GHB dan Pakatan 2.0 untuk membentuk sebuah negara yang lebih maju, telus, dinamis dengan kepimpinan yang lebih berintegriti. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena