Showing posts with label IPP. Show all posts
Showing posts with label IPP. Show all posts

Saturday, 17 May 2014

Alahai! Najib HERO TNB ker HERO IPP?...Orang kampung masih guna pelita minyak tanah sambut MERDEKA...

Sabtu, 17 Mei 2014
Yesterday · Edited 

Najib HERO TNB ker HERO IPP ??

- Nak dekat tak bOleh bodyguard ramai sangat!!!
- Datang explain pasal kenaikan tarif
- Cakap pasal intetgriti



Patut la TNB panggil najib hero. rupanya dia nak naikkan letrik lagi...
 — with Zuslina Ismail.

23 hrs 



Bil lektrik naik lagi!!!! syukur!!!! mari ucap terima kasih pada Najib!!!

Lanjiauu!!! lu..

- Apa masalah Najib ngan IPP? 
- Nak jadi hero TNB ?
- Nampak jadi HERO IPP ada lah!!
- Terhutang budi dengan cina YTL?
- Tak cukop lagi subsidi 15 bilion?

Tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi lindungi TNB daripada kerugian - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya.
Perdana Menteri berkata ia juga langkah jangka panjang bagi memastikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menjadi nadi menjamin tenaga eletrik negara, selain mengelakkan syarikat defisit.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB bersama Perdana Menteri di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, di sini, sebentar tadi.
Pada majlis itu juga, Najib melancarkan Program Transformasi 1TNB, mengandungi enam Bidang Keberhasilan Utama antaranya menambah baik hubungan dengan pihak kawal selia; melangkaui kepuasan pelanggan; meluaskan bisnes baharu; mentransformasikan organisasi serta memperkukuh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).




20 hrs 


BODEK LA SANGAT



FRIDAY, AUGUST 30, 2013




WARGAKILANG: Jln-Jln Malam Merdeka


Petang semalam saya dalam diskusi sesama kami thru email, saudara Shukri TYDP NGO Wargakilang ajak kami berkumpul kat kedai dia, sembang-sembang minum kopi sambil tengok orang main bunga api sambut MERDEKA. Saudara Wahab Isa, Ketua Wargakilang Utara reply balik, dia kata:

“Kalau boleh pi rumah orang kampung yang masih guna pelita minyak tanah sambut MERDEKA pun ok juga”

So, tanpa dirancang malam tadi, selepas Isyak kami bertolak ke sebuah rumah di sempadan daerah Baling/Sik, Kedah saja nak merasa tengok macam mana orang sambut merdeka tanpa api tanpa bekalan elektrik ini.


(Meredah gelap malam dengan torchlite di malam merdeka, tak pasti pula kenapa sdra Shukri pakai vest pantul cahaya, mungkin dia risau takut lembu atau pun babi hutan langgar kami)



(Antara musuh yang sempat kami elak, semut malam yg orang kg panggil KONG-KIAK, kalau kena gigit dengan lashkar kong-kiak ini, silap2 boleh demam)



Akhirnya, ketemu juga kami dengan rumah Paklong Lazim – di Kg Machang Bubuk, Malau, di sempadan daerah Baling/Sik di negeri Kedah.



(Rumah bertiang kayu hutan, berdinding buluh dan ber-atap zink, gelap gulita di malam merdeka)



(Bukan pelita minyak tanah yang Paklong Lazim guna, tapi pelita karbaid. Teringat waktu kecik-kecik dulu di kg, kami main meriam buluh guna karbaid)



 (Walaupun hidup dalam serba kekurangan, rumah tanpa letrik tanpa air, tetapi penghuninya miliki semangat patriotism yang teramat tinggi)

Bendera Malaysia dan bendera negeri Kedah yang separuh uzur di pintu rumah buluhnya ini membuktikan bahawa ianya tidak dipasang pada bulan MERDEKA sahaja, sudah tergantung di situ sejak sekian lama. Kata sdra Shukri, malu wei rumah kita pun tak pasang bendera macam ini!


(Maklong, isteri Paklong Lazim bersemangat meriwayatkan kepada kami kisah hidup mereka yang mentakdirkan mereka suami isteri tercampak ke pinggir hutan ini – biarlah ia menjadi kisah peribadi antara kami)

Alhamdulillah, hidup Paklong suami isteri tidaklah setiap malam dalam kegelapan kerana hari itu ada seorang hamba Allah yang prihatin tolong beli sebuah GEN-SET untuk bekalan letrik rumah ini.


(Risau takut Gen-set kena curi, Paklong Lazim letak Gen-set ini dalam kandang lembu/kambing; kalau ada orang nak masuk ambik mungkin kambing dan lembu ini akan buat bising)



(Ha, terang benderang rumah Paklong Lazim bila Gen-set dihidupkan. Maklong bagi kat kami pisang NAGA ka apa nama, nala punya besar sekali telan terus kenyang)

Boleh nampak kat TV yang berbalam-balam di belakang itu,meriahnya suasana orang-orang di KOLA LOMPO sambut malam MERDEKA!!!


(Saudara Wahab sedang menyampaikan sumbangan beras dan sedikit makanan yang kawan-kawan kami minta tolong kirimkan)

Tong plastik putih yang banyak-banyak itu adalah sumber air minum yang Paklong Matzin pi ambik kat rumah-rumah berdekatan, bukan free – kena bayar, RM10 sebulan.

Kami berada di rumah ini agak lama, sehinggalah melepasi detik 12 malam hari Merdeka. Banyak yang kami bualkan, dan banyak pula kisah suka duka hidup beliau yang diceritakan. Yang paling agak mengejutkan ialah orang tua bernama MOHD LAZIM BIN HASSAN di hadapan kami ini rupa-rupanya adalah bekas TENTERA.

Begitu bangga beliau bercerita kisah ke SOMALIA sewaktu misi tentera kita ke sana; bangganya beliau sebab waktu itu Menteri Pertahanan adalah YAB Datuk Seri Tun Najib yang hari ini menjadi Perdana Menteri Malaysia.


(Kebetulannya pula waktu itu LIVE dari kaca TV, jelas kelihatan wajah DS Najib sedang memberi ucapan sempena malam MERDEKA)



(Buku/Paspot angkatan tentera yang disimpan rapi bukti bahawa beliau pernah berkhidmat sebagai Rejimen Askar Melayu Diraja)



(Testimonial perkhidmatan beliau dalam angkatan tentera yg begitu mengkagumkan)

Tercatat di situ:

 “L Kpl Mohd Lazim Bin Hassan mula berkhidmat dalam angkatan tentera mulai 1 Oct 76 sehingga 30 Sept 97 selama 21 tahun. Sepanjang perkhidmatan beliau telah menunjukkan prestasi kerja yang amat membanggakan serta berhemah tinggi. Pernah berkhidmat di Somalia di bawah UNISOM II. Dengan pengalaman serta keperibadian yang terpuji, adalah diyakini beliau akan berjaya dalam masyarakat awam kelak” 

Ya, beliau bukan sahaja punya keperibadian yang terpuji tetapi juga semangat patriotik yang tinggi. Memang tinggi sungguh semangat patriotism Paklong kita ini. Bersemangat sungguh beliau sewaktu meriwayatkan kepada kami kisah beliau dan platoonnya memburu gerombolan komunis di Banjaran Bintang berdasarkan kesan titisan darah seorang musuh yang berjaya ditembak, 15 Hari 15 Malam lamanya hingga ke Ijok, Perak.

Perkara biasalah bagi tentera hidup bergelap di dalam hutan belantara waktu itu – tapi tak sangkalah pula selepas pencen beginilah pula nasib diri yang menimpanya.

Walaupun jiwa patriotiknya begitu menebal mengalahkan majoriti ahli-ahli politik kita di luar sana, namun sebagai manusia biasa, antara rasa semangat yang membuak itu terselit juga rasa kesal yang mendalam. Saya agak terkesima dan sedikit rasa terkedu bila dengan nada suara yang agak perlahan Paklong Lazim cakap:

“Kita dah tolong negara, takkan NEGARA tak boleh tolong kita pula kot?”

Apa yang Paklong Lazim nak ialah bekalan letrik dan sebuah rumah yang sedikit sempurna.

Kesian beliau, minta letrik tak dapat. Alasan yang diberikan oleh pihak yang berkenaan sebab struktur rumah itu tak memenuhi kriteria; dikatakan rumah tiang kayu hutan dan dinding buluh macam rumah beliau ini tak boleh sambung lektrik; saya yang berkelulusan Electrical Engineering dari Amerika ini pun penin – professor manalah agaknya yang pi ajaq kata kalau guna tiang kayu hutan dan dinding buluh arus lektrik tak boleh lalu!! – tak apalah mungkin ada sebab lain yang kita tak tahu.

Yang kami nak habagnya, tak patut benar haih di tahun ke 56 negara merdeka, masih ada lagi anak bangsa, bekas tentera pula itu yang dulunya bertanggungjawab menghapuskan pengganas kominis - untuk membolehkan depa-depa di KOLOMPO main bunga api sambut MERDEKA malam ini - tetapi orang yang berkenaan sendiri hidup dalam kegelapan, hidup doif dengan rumah berdinding buluh dan bertongkatkan kayu hutan - sebab tak mampu nak buat rumah lain yang lebih sempurna.

Malam tadi, malam merdeka ke 56, kami tinggalkan L KPL Mohd Lazim Bin Hassan dalam kegelapan malam, dengan penuh harapan dan sembah penuh takzim agar di suatu musim nanti akan ada bapa Menteri atau pun orang-orang besar negara sudi datang melawat sendiri keluarga ini, kerana sesungguhnya tinggal di nun di kaki hutan sana seorang rakyat yang TERAMAT TINGGI semangat patriotismenya.

Gambar di bawah ini mampu menceritakan segala-segalanya.



Kami sendiri jadi terkesima, tak tau nak kata apa. Belum pernah kami ketemu rakyat Malaysia yang se-patriotik ini. Walaupun hanya berdinding buluh tetapi tidak lupa digantung gambar DYMM Seri Paduka YDP Agong, pemimpin no-1 negara.

Selamat Hari Merdeka!!

Moniermatdin@yahoo.com
31.8.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang

>>>>>>>>>>>>

(Berikut pula adalah kisah rumah si Duan, anak Paklong Mat Lazim)

Tinggal tak jauh dari rumah Paklong Mat Lazim pula ialah rumah anaknya si Duan, lagi teruk daripada teratak buluh beliau. Tatkala rumah beliau berattap zink, rumah anaknya ini seperti rumah Melayu zaman Merong Mahawangsa dahulu kala, rumah kecil pondok buruk berdinding buluh dan ber-attap rumbia.
Dalam perjalanan pulang dari rumah Paklong Mat Lazim, kami singgah sebentar di rumah Duan; kesian kat keluarga ber-anak kecil ini, sewaktu kunjungan kami di malam Merdeka ini, sebahagian drpd bumbung atap rumbia rumah ini terpelanting ke tanah kerana hujan ribut pada siang harinya; habis basah tempat tidur mereka anak beranak, terpaksa pindah ke sudut lain yang tak kena hujan.

Riduan tinggal di rumah ini bersama isteri dan dua orang anak kecil mereka berusia 2 tahun dan 8 tahun. Mereka menggunakan gen-set untuk bekalan letrik, yg biasanya dimatikan pada jam 10 malam. Selepas waktu itu tiada lagi letrik, mereka anak beranak tidur dlm kegelapan; di musim cuaca panas, anak2 berpanas tanpa kipas angin, hanya mengharapkan kepada dingin malam.

Bila ditanya macam mana pula kalau nak buat susu anak, si ibu menjawab "guna torchlite saja bila nak bancuh susu".


(Gambar rumah Duan di waktu siang dan gambar di malam MERDEKA)

Kami di Wargakilang amat-amat menghargai jika ada mana-mana pihak yang sudi membantu membina rumah baru yang sedikit sempurna utk keluarga ini. Jutaan terima kasih diucapkan.




Read More

TNB: Dipadamkan sebelum terpadam...IPP Perjanjian yang SUKAR NAK DIHAPUSKAN...

Sabtu, 17 Mei 2014
Photo: EDISI KANTOI !!! Setelah Najib kantoi MENIPU alasan tarif elektrik dinaikkan kerana lindungi TNB dari 'KERUGIAN' artikel pada Berita Harian telah DIPADAMKAN !!! Kenapa???

PM NAJIB 'BUTA FAKTA'.. Kaji Dulu Baru Cakap, FAHAM!!

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH !!!
Kamu tipu rakyat, kamu belasah subsidi rakyat,
Akan kami tuntut di akhirat kelak !!!

Klik sini:
http://www.bharian.com.my/articles/TarifelektrikterpaksadinaikkanbagilindungiTNBdaripadakerugian-Najib/Article/

Photo: BERITA GEMBIRA... Hadiah terbaek BN slps PRU13 !!!
Tarif elektrik terpaksa dinaikkan bg 'cover' KRONI...

Apalgi MACAI.. ragut rumput la. klu tak ragut kang tarif elektrik naik lagi >:o
EDISI KANTOI !!! Setelah Najib kantoi MENIPU alasan tarif elektrik dinaikkan kerana lindungi TNB dari 'KERUGIAN' artikel pada Berita Harian telah DIPADAMKAN !!! Kenapa???

PM NAJIB 'BUTA FAKTA'.. Kaji Dulu Baru Cakap, FAHAM!!

BERANI KERANA
 BENAR, TAKUT KERANA SALAH !!!
Kamu tipu rakyat, kamu belasah subsidi rakyat,
Akan kami tuntut di akhirat kelak !!!


Klik sini:
http://www.bharian.com.my/articles/TarifelektrikterpaksadinaikkanbagilindungiTNBdaripadakerugian-Najib/Article/
18 hrs 
 

MENGAPA perjanjian dengan Penjana Tenaga Bebas (IPP) SUKAR NAK DIHAPUSKAN... Kalau dihapuskan alamatnya mati kelaparanlah KRONI2 UMNO/BN nak cekau duit2 & khazanah rakyat...

Terima kasihlah kpd pendokong & pengundi BN, kerana TANPA ANDA PEMIMPIN BN TAK DAPAT MEMENUHKAN KANTONG MEREKA!!!

Kenyataan 'power' dari mulut menteri 'power giler'...
Read More

Sunday, 16 February 2014

“Negara memberikan subsidi RM20 bilion setahun kepada IPP iaitu Genting Sanyen, Malakof dan YTL Power. Kenapa?

Ahad. 16 Februari 2014
What say you?

Photo: What say you?

Biar rakyat mampus asal kroni dan anak mereka billionair

Rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang supaya kerajaan dapat berjimat RM750 juta, tetapi untuk pemimpin?? Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 bilion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 bilion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri yang disayangi Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM 3,900 juta bukan sedikit. Kemana duit itu dibelanjakan. Sepatutnya media cari maklumat dan dedahkan untuk pengetahuan rakyat.

Rakyat juga ingin tahu perbandingan subsidi terhadap rakyat dan subsidi terhadap kroni-kroni mereka. Contohnya “Negara memberikan subsidi sebanyak RM20 bilion setahun kepada IPP iaitu Genting Sanyen, Malakof dan YTL Power. Kenapa? Sedangkan sudah ada TNB milik rakyat. Kenapa bersekongkol duit rakyat demi kepentingan IPP. Subsidi 20 billion tetapi mencekik rakyat untuk 750juta. Tidak lain dan tidak bukan dibelakang syarikat tersebut adalah kroni-kroni mereka termasuk anak Dr Mahathir sendiri. Biar rakyat mampus asal kroni dan anak mereka billionair.

Pemimpin Umno-BN ini bijak menipu rakyat. Ia memeras rakyat tetapi dalam pada masa yang sama berkehendakkan rakyat terus memuji mereka.




Buletin Pakatan Rakyat


Disebalik IPP di Malaysia- Siapa Untung Siapa Rugi?

Tak sukar untuk memahami sejarah IPP di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia

Semuanya bermula pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah  menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Producer – IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd (YTL).

Ini merupakan perjanjian PPA yang pertama ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang. Perjanjian PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri IPP di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan.

YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong

Setiap apa yang terjadi pasti ada puncanya. Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara?

Semuanya bermula apabila berlakunya blackout yang terburuk pada tahun 1992 sehingga menyebabkan sebahagian Malaysia “gelap-gelita” selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awam
Akibatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkan monopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu
Akhirnya, IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara

Pada masa itu apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, ramai yang membida kontrak IPP sehingga sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah jutawan dan taikun tersohor Malaysia pada masa itu seperti :

Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL)
Ananda Krishnan (Maxis)
Lim Goh Tong (Genting)
Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC Corporation)

Mereka juga turut berminat dengan kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara. Mana tidaknya :

Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun)
Keuntungan IPP akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum)

Kontrak IPP mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga sehingga hampir 50%. Akhirnya yang terkesan TNB juga :

TNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar perjanjian “berat sebelah” PPA, TNB terpaksa juga membelinya Sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik

Gelombang kedua IPP berlaku pada tahun 2001. Walaubagaimanapun kontrak IPP pada pada masa itu “tidak semewah” dan “kurang istimewa” sebagaimana yang dinikmati oleh pemain-pemain IPP semasa gelombang pertama pemberian kontrak IPP.

Walaubagaimanapun, TNB tidak keseorangan kerana Petronas juga sebenarnya turut menerima “bala” dan menjadi “budak belasahan” akibat wujudnya gelombang pertama IPP di Malaysia. Petrolium Nasional Berhad (Petronas) yang ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi turut “diperah” hasil yang diperolehi mereka.

Sejak tahun 1997 sehingga tahun kewangan 2010, subsidi gas Petronas yang terkumpul pada jumlah yang boleh dikatakan pada angka yang mengejutkan iaitu sebanyak RM116.4 bilion. IPP sendiri menikmati sebahagian limpahan subsidi sebanyak RM49.3 bilion (42.3%) diikuti dengan TNB (RM37.3 bilion atau 32%) dan lain-lain seperti kecil perindustrian, perdagangan, pengguna kediaman dan NGV menikmati RM29.8 bilion atau 25.6%. Secara faktanya, IPP dan TNB sahaja sudah menikmati sejumlah RM86.6 bilion atau 74.4% daripada jumlah subsidi gas sejak tahun 1997 lagi.


Setakat ini, Petronas telah membayar sejumlah RM529,000,000,000,000 (RM529 bilion) kepada Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri, menjadikan Petronas adalah penyumbang terbesar “peti simpanan negara”. Sepatutnya keuntungan Petronas adalah berlipat kali ganda daripada yang diperolehi sekarang ini tetapi subsidi yang tinggi diberikan kepada kepada IPP dan TNB telah mengambil sebahagian besar daripada keuntungan bersih Petronas. Setiap tahun, Petronas membayar berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi gas terutamanya oleh IPP dan TNB.

Pada tahun 2005, 40.5% kos operasi TNB telah dibelanjakan untuk membeli elektrik daripada IPP. Bagi tahun kewangan 2010, kos tenaga TNB meningkat sebanyak 2.4% kepada daripada

RM16.974 billion (tahun 2009)
RM17.379 billion (tahun 2010)

Ini semua disebabkan pembayaran yang lebih tinggi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berjumlah RM12.528 billion meningkat sebanyak 5.9 % berbanding tahun sebelumnya (RM11.827 billion). Disebabkan kos bahanapi yang rendah, sekurangnya TNB masih boleh untuk menyerap tekanan kos pembelian tenaga yang tinggi daripada IPP.

Tak sukar untuk IPP buat untung atas angin sehingga menekan TNB, Petronas dan seluruh pengguna elektrik di Malaysia :

Beli gas pada harga subsidi (sangat-sangat murah) daripada Petronas sedangkan Petronas beli pada harga pasaran dari Lapangan West Natuna, Indonesia
Ia juga bermaksud, Petronas, kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menyerap harga gas yang tinggi untuk dibekalkan kepada IPP. Secara tidak langsung, hasil kepada Petronas, kerajaan (dan rakyat) juga akan menurun yang sepatutnya keuntungan mampu dicapai pada angka yang lebih tinggi TNB MESTI BELI tenaga daripada IPP pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak sebanyak 16 sen seunit (kWh) Sedangkan TNB boleh hasilkan tenaga pada kadar yang lebih murah iaitu pada kadar 8 sen seunit (kWh) dan boleh dijual kepada pengguna pada kadar sekitar 17 sen seunit (kWh) TNB terpaksa mengenakan harga kepada pengguna sebanyak 30 sen seunit selepas dicampur dengan beberapa kos penghantaran dan kos TNB yang lain Tarif elektrik naik dan akhirnya rakyat Malaysia yang terkesan Inilah yang dinamakan “skim cepat kaya” khas tanpa sebarang risiko untuk golongan atasan supaya mereka terus menggungguli takhta senarai individu terkaya di Malaysia.

P/S : Jadi sekarang ini siapa yang menerima subsidi antara yang terbesar di Malaysia? Mana yang lebih penting, subsidi kepada rakyat kebanyakan atau taikun-taikun kaya di Malaysia? Kredit kepada 





"WARAK PON BOLEH, MAKSIAT PON BOLEH!!!"

untung lah, pemimpin umno serba boleh

* yg ni nak salah cina jugak ke cai ?
 — with Aoron Mustapha Bin Aziz and 6 others.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena