Jumaat, 7 Jun 2019
KiniTV
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengalu-alukan pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyifatkan peguam itu layak dan sesuai untuk menggalas tanggungjawab baharu itu. Katanya, beliau telah mengenali Latheefa kerana masing-masing menjadi pengamal guaman dan berharap bekas pengarah eksekutif Lawyers for Liberty itu diberi masa untuk melakukan yang terbaik dalam tugas baharu itu. “Saya tidak terkejut dengan pelantikannya...beliau pasti seorang yang berkebolehan, berpengalaman dan mempunyai pemahanan dan pegangan mengenai perundangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya pada Rabu. Gobind berkata terdapat banyak percubaan dan usaha untuk 'membersihkan’ negara yang menjadi tumpuan kerajaan Pakatan Harapan dalam tahun pertama pentadbirannya. “Ia adalah satu tanggungjawab besar tetapi sekali lagi beliau adalah seorang yang mempunyai pengalaman dan kelayakan untuk tugas baru itu,” katanya. Mengenai dakwaan Latheefa tidak memiliki pengalaman yang mencukupi dalam menerajui agensi penguatkuasaan itu, Gobind berkata beliau sendiri tidak mempunyai pengalaman sebagai menteri dan percaya perlu ada titik permulaan.

Read More

Ya Allah...
Kurniakanlah kekuatan dan usia yang panjang kepada dua tokoh kesayangan rakyat malaysia ini.. Mudah-mudahan dengan kurnian itu mereka dapat berkhidmat untuk kebaikan agama dan negara..
Aminn Ya Rabb.

Penjelasan Apa Lagi Yg Anwar Mahukan Dari Tun Isu Lantikan Latefa Koya?
Apa Guna Kuasa Pregoratif Jika Tidak di Gunakan?

Otai BERSIH
Tun lantik dari kalangan puak dia jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM pun kecoh, mcm mana nak jadi PM utk tadbir negara nanti oii.. Nampak sgt parti kamu bermasalah..
Sekarang Tun adalah PM. Beliau berhak membuat keputusan diatas pertimbangan dirinya sendiri..kerana beliau yang bertanggungjawab sekiranya berlaku permasalahan ..Nak ikut rentak Anwar tunggu lah Anwar jadi PM itu pun jika beliau ditakdirkan menjadi PM...hi hi hi..
Morning malaysia

Bertabahlah rakyat Kelantan.
Inilah ujian bila bersama perjuangan Islam. Ketiadaan air tidak lah seperti rakyat Palestin yang setiap hari dihujani meriam dan peluru. Rakyat Kelantan patut bersyukur kerana ujian ini tidaklah seteruk yang disangka!
Nikmat berada dibawah payung perjuangan Islam bawaan Puak Lebai pasti sorga menanti kalian.
Air adalah hal dunia semata mata yang boleh melalaikan kalian.
Istiqomah! Bersama kepimpinan olamak!
Takdirrrrrr! 355x