Showing posts with label Isu 1MDB. Show all posts
Showing posts with label Isu 1MDB. Show all posts

Wednesday, 6 December 2017

[Video Anak muda: Siapa penjenayah, kami atau Najib? NGO anak muda mahu Najib ditangkap, dibicara] Akhbar Umno cuba ‘tutup’ isu 1MDB, kata Dr Mahathir.

Rabu, 6 Disember 2017


Akhbar Umno cuba ‘tutup’ isu 1MDB, kata Dr Mahathir

Akhbar Umno cuba ‘tutup’ isu 1MDB, kata Dr Mahathir
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad membangkitkan tentang cubaan Utusan Malaysia “menutup” skandal 1MDB menerusi laporan akhbarnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Disember, 2017.

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad hari ini membangkitkan tentang cubaan Utusan Malaysia untuk “menutup” skandal 1Malaysian Development Bhd (1MDB), di mana peguam negara Amerika Syarikat (AS) sebelum ini menggelarnya sebagai kleptokrasi paling teruk di dunia.
Dalam artikel terbaru di blognya, Dr Mahathir menyentuh mengenai percanggahan laporan akhbar berbahasa Melayu milik Umno itu mengenai 1MDB, dengan kenyataan Peguam Negara AS Jefferson Sessions baru-baru ini.
Memetik peguam AS Tom Goldstein, Utusan Malaysia melaporkan tiada tindakan diambil terhadap 1MDB di AS, kecuali berkenaan aset yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB.
“Malah sehingga sekarang, terdapat sedikit sahaja aktiviti berkaitan dengan kes itu dan tiada siapa yang dinamakan sebagai sasaran jenayah,” kata Goldstein dipetik sebagai berkata ketika menyampaikan ucapan sempena Litigasi Jenayah di AS, di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam semalam.
Tanpa menambah komen peribadinya, Dr Mahathir membangkitkan mengenai percanggahan itu dengan memetik ucapan Sessions mengenai 1MDB di “Global Forum on Asset Recovery” di Washington DC dalam artikel terbaru di chedet.cc.
Sessions sebelum ini berkata hampir separuh daripada kutipan hasil rasuah bernilai AS$3.5 bilion yang dirampas oleh AS datang daripada saman sivil berkaitan 1MDB.
"1MDB dicipta oleh kerajaan Malaysia untuk mempromosikan pembangunan ekonomi jangka panjang bagi manfaat rakyat Malaysia.
“Tetapi pegawai yang didakwa rasuah dan sekutu mereka dilaporkan menggunakan dana 1MDB untuk perbelanjaan mewah seperti AS$200 juta untuk hartanah di California Selatan dan New York, AS$130 juta dalam karya seni, AS$100 juta untuk muzik dan kapal layar AS$265 juta.
“Secara keseluruhan, pegawai 1MDB didakwa melakukan pengubahan wang haram lebih AS$4.5 bilion menerusi urus niaga yang kabur dan kompleks dan ‘shell company’ dengan akaun bank di pelbagai negara seperti Switzerland, Singapura, Luxembourg dan AS.
“Ini kleptokrasi paling teruk,” kata Sessions pada forum itu.
Sessions berkata AS memulangkan AS$119 juta kepada Itali, AS$115 juta kepada Kazakhstan, lebih AS$20 juta (Peru) dan berjuta lagi pada Nicaragua, Korea Selatan dan Taiwan sejak 2004.
Ketua pendakwa raya AS itu berkata mendapatkan semula semua itu hanya boleh dilakukan dengan bantuan guaman persefahaman daripada rakan penguatkuasaan undang-undang.
Bagaimanapun, kerajaan Malaysia setakat ini enggan bekerjasama dengan siasatan pendakwa raya 1MDB luar negara, termasuk menolak permintaan bantuan undang-undang persefahaman dari Switzerland.
Siasatan tetap dijalankan di luar negara walaupun Perdana Menteri Najib Razak terus-terusan menafikan berlaku salah laku dengan1MDB dan kenyataannya sebelum ini bahawa Malaysia akan memberi kerjasama dengan siasatan antarabangsa. – 6 Disember, 2017.
The Malaysian Insight


Read More

Sunday, 22 October 2017

[Video 1MDB BUKAN RAHSIA LAGI~SPRM Perlu Tegas Dalam Isu 1MDB & Tuduhan Ke Atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Perlu Di Siasat] Najib menang, Pas pun senang? Erghhhhhhh...ehhh tiba-tiba sendawa pulak!

Isnin, 23 Oktober 2017


LEBIH BAIK HADI CAKAP BEGINI SAJA - MARILAH BERSAMA-SAMA PAS MEMENANGKAN BN


Walaupun tidak dizahirkan secara rasmi, kecondongan Pas kepada UMNO dan BN serta keinginan mahu melihat Najib Razak terus kekal sebagai Perdana Menteri semakin sukar untuk disangkal.

Satu demi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan parti itu, jika disoroti, semuanya lebih menjurus ke arah untuk memastikan Najib tidak kecundang dalam pilihanraya akan datang.

Pas seolah-olahnya lebih rela mereka sendiri yang kalah asalkan yang menang ialah Najib.

Sama seperti UMNO dan BN yang tidak rela melihat Pakatan Harapan dan Tun Mahathir Mohamad menduduki Putrjaya, Pas juga sedemikian adanya.
Lantaran itu, meskipun Pas merupakan sebahagian daripada pembangkang, tetapi yang dimusuhi mereka bukanlah UMNO dan BN, sebaliknya adalah Pakatan Harapan yang merupakan sesama pembangkang juga.

Boleh dikata tidak ada, kecuali oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, serangan daripada Pas yang ditujukan kepada UMNO dan BN. 

Dalam beberapa keadaan, Pas hanya mendiamkan diri terhadap sekian banyak kemungkaran dalam negara, termasuk kecurian wang berbilion-bilion yang diperkatakan di seluruh dunia.

Tetapi, sedikit saja ada ruang untuk menyerang Pakatan Harapan, mulut pimpinan Pas melakukan serangan macam bertih jagung jadinya.

Beberapa lama ini sebelum ini, Pas mengatakan mengundi Pakatan Harapan sama seperti mengundi DAP. 

Nada itu sama seperti apa yang dimainkan UMNO, meskipun hakikatnya mereka sedar DAP hanyalah bertanding 52 kerusi Parlimen saja dan saingannya pula adalah MCA, MIC atau Gerakan yang jelas merupakan parti-parti bukan Melayu dalam BN sendiri.

Pas yang dulunya bertemakan Islam dan menolak kebangsaan atau assabiyah, kini Islamnya entah ke mana, tetapi Melayunya kadang-kadang lebih daripada UMNO sendiri.

Sementara UMNO hanya berbaju Melayu dan bersamping songket, Pas siap bertanjak dan berkeris untuk memperlihatkan keMelayuannya.

Mungkin kerana agaknya gaya serangan kepada DAP itu tidak berapa jalan, kali ini Hadi sendiri mengatakan mengundi Pakatan Harapan adalah sama seperti mengiyakan kezaliman Tun Mahathir semasa berkuasa dahulu.

Kenyataan ini dengan sendirinya mengesahkan lagi bahawa Pas memang mahu menolong BN dan tidak mahu Pakatan Harapan menang dalam pilihanraya akan datang.

Tidakkah Pas sedar kezaliman Tun Mahathir dahulu adalah kezaliman UMNO dan BN, manakala Tun Mahathir kini sudah bersama Pakatan Harapan yang mahu melakukan reformasi institusi dan menyelamatkan negara?

Jika kezaliman Tun Mahathir dahulu yang ditakuti, Pas sepatutnya menolak UMNO dan BN kerana Najib adalah pewarisnya. Dahulu Najib menyokong kezaliman Tun Mahathir, sekarang beliau sendiri mengetuai kezaliman itu.

Maka, Najib jauh lebih wajib untuk ditolak dan ditakuti berbanding Tun Mahathir.

Tun Mahathir sebaliknya sudah meninggalkan kezaliman itu dan mahu berjuang untuk memperbaikinya.

Pilihanraya sudah terlalu dekat tarikhnya. Pas atau Hadi Awang tidak perlu terus berselindung di sebalik serangan kepada DAP atau Tun Mahathir untuk menyatakan sokongan kepada Najib, UMNO dan BN.

Lebih baik saja berterus-terang begini - marilah bersama-sama Pas untuk mengalahkan Pakatan Harapan dan memenangkan BN.

Najib menang, Pas pun senang.

Erghhhhhhh.....ehhh tiba-tiba sendawa pulak!! (ShahbudinHusin 20/10/2017)

Read More

Tuesday, 18 April 2017

[Video NAJIB TAK PERCAYA ZAHID! Bimbang Zahid Dakwa Isu 1MDB Bila Jadi PM] Mahkamah arah Razman (PJ Pas Perak) bayar kos tangguh bicara saman Nizar.

Selasa, 18 April 2017

Mahkamah arah Razman bayar kos tangguh bicara saman Nizar

nizar-razmannizar-razman
Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria hari ini memohon perbicaraan kes saman yang dikemukakan oleh Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk seri Ir Nizar Jamaluddin ditangguhkan.
Mahkamah Sesyen Ipoh sebelum ini telah menetapkan hari ini dan esok sebagai hari perbicaraan saman tersebut.
Penangguhan tersebut dibuat kerana Razman memfailkan Permohonan Pihak Ketiga bagi mengheret pihak akhbar Sinar Harian yang melaporkan kenyataan fitnah Razman tersebut di dalam prosiding.
"Walaupun permohonan itu melibatkan defendan dan Sinar Harian, saya sebagai peguam plaintif (Nizar) telah menyatakan bantahan di hadapan Puan Hakim sebentar tadi terhadap permohonan defendan tersebut yang telah difailkan terlalu lewat.
Mohd Fitri AsmuniMohd Fitri Asmuni"Sedangkan perbicaraan telah pun ditetapkan dan mereka boleh memfailkannya dengan lebih awal," kata peguam plaintif, Mohd Fitri Asmuni ketika ditemui.
Menurutnya, hal ini telah memprejudiskan Mohammad Nizar selaku plaintif dalam kes ini yang terpaksa menunggu lebih lama untuk kes ini diselesaikan sejak ianya difailkan pada Ogos, 2015.
Jelas Fitri, Puan Hakim yang ditemui di dalam Kamar Hakim turut mempersoalkan tindakan defendan tersebut.
"Puan Hakim memaklumkan bahawa beliau memang mahu bicara dijalankan pada hari ini dan esok, tetapi terkejut bila pagi tadi peguam defendan tiba-tiba memohon penangguhan.
"Akan tetapi, penangguhan terpaksa juga dibenarkan oleh mahkamah walaupun mahkamah mahu kes ini dibicarakan pada hari ini untuk memberi ruang kepada permohonan defendan tersebut," katanya.
Ujarnya, beliau sendiri telah meminta anak guamnya hadir ke mahkamah pagi tadi dan bersedia sekiranya mahkamah mahu bicara diteruskan.
"Tetapi oleh kerana kes terpaksa ditangguhkan, maka saya telah memohon suatu kos diberikan kepada plaintif akibat dari penangguhan yang tidak wajar itu.
"Mahkamah membenarkan permohonan saya dan memerintahkan Razman membayar kos sebanyak RM500 kepada plaintif untuk hari ini," jelasnya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, peguam plaintif telah meminta mahkamah mengarahkan Razman membayar kos sebanyak RM8,000 pada hari ini.
"Kos RM8,000 tersebut adalah berkaitan dengan permohonan membatalkan saman yang difailkan oleh Razman terhadap Nizar serta permohonan membatalkan tuntutan balas yang difailkan oleh Nizar terhadap Razman," katanya.
Menurut Fitri juga, Razman telah kalah dalam kedua-dua permohonan tersebut dan mahkamah telah memerintahkan Razman membayar kos masing-masing sebanyak RM5,000 dan RM3,000 kepada plaintif.
"Perintah tersebut telah dibuat sejak 24 November 2016 iaitu 5 bulan yang lalu, tetapi sehingga ke hari ini Razman masih gagal membayar kos RM8,000 itu kepada plaintif walaupun telah beberapa kali diminta.
"Jadi saya minta Mahkamah arahkan Razman bayar kos tersebut hari ini juga dan jika gagal, Razman mesti dikenakan hukuman Hina Mahkamah", jelas Fitri lagi.
Mahkamah membenarkan permohonan Fitri dengan mengarahkan Razman membayar kos RM8000 termasuk RM500 tetapi memberi peluang selewat-lewatnya sehingga Jumaat ini.
Tahun lalu, Mantan Menteri Besar Perak itu memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Razman yang didakwa memfitnahnya sebagaimana artikel yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk Pendekatan Nizar mirip DAP.
Read More

Thursday, 12 May 2016

TUDUHAN BAHARU dedahkan kaitan SRC dengan isu 1MDB

Jumaat, 13 Mei 2016

Tuduhan baru dedahkan kaitan SRC dengan isu 1MDB

Tuduhan terbaru yang dilemparkan oleh pihak berkuasa Singapura terhadap bekas pegawai bank swasta Yeo Jiawei mendedahkan kaitan SRC International dengan skandal isu 1MDB.
Menurut Today Online yang berpangkalan di Singapura, Yeo didakwa membantu pemindahan AS$11.95 juta (RM48 juta) daripada SRC International ke Affinity Equity International Partners, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Tan Kim Loong.
The Wall Street Journal sebelum ini melaporkan bahawa Tan adalah pemilik benefisiari daripada Tanore Finance apabila ia mula-mula ditubuhkan, entiti di British Virgin Island yang sama memindahkan AS$681 juta ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Akhbar yang berpangkalan di Amerika Syarikat juga melaporkan bahawa Tanore Finance adalah benefisiari sebahagian daripada wang AS$3.5 bilion 1MDB yang sepatutnya dibayar kepada Aabar Investments PJS tetapi dilencongkan ke sebuah syarikat di British Virgin Island yang mempunyai nama sama - Aabar Investments PJS Limited.
Wang dari Aabar Investments PJS Limited itu melalui beberapa perantara sebelum berakhir di Tanore Finance.
Siasatan di Singapura adalah penting kerana ia mendedahkan buat kali pertama kaitan antara SRC International dan mereka yang mempunyai hubungan dengan isu 1MDB.
Sebelum ini, selain daripada SRC International yang adalah bekas anak syarikat 1MDB, ia tidak pernah dikaitkan terus kepada aliran urus niaga bernilai jutaan ringgit oleh firma pelaburan negara itu yang kini menjadi siasatan antarabangsa.
Urusniaga kontroversi oleh SRC International yang kini diletakkan di bawah kementerian kewangan, sebelum ini dilihat bebas daripada 1MDB, yang antaranya adalah mengenai pemindahan RM42 juta dan RM27 juta, melalui perantara, ke akaun bank peribadi Najib.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah ‘membersihkan’ Najib daripada sebarang salah laku urus niaga berkenaan atas alasan bahawa perdana menteri tidak menyedarinya.
Today Online melaporkan pendakwa raya Singapura sebagai berkata bahawa tuduhan terbaru terhadap Yeo yang ketujuh terhadapnya, hasil daripada penyiasatan republik itu ke atas 1MDB, membuka lembaran baru.

Malaysiakini
Read More

Sunday, 4 October 2015

Pembebasan DSAI - Tunggu satu maklumat penting dari India! Bekas bos SB dakwa Cina jadi sasaran untuk alih isu 1MDB

Ahad, 4 Oktober 2015
Penyokong Anwar Ibrahim #1

Doa mudah2an menjadi kenyataan..aamiin.

Bekas bos SB dakwa Cina jadi sasaran untuk alih isu 1MDB 

Bekas timbalan ketua pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador mendakwa terdapat pihak berkuasa yang ‘sanggup berbuat apa saja’ untuk mengalihkan perhatian daripada isu 1Malaysia Development Berhad termasuk menggunakan isu perkauman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Oktober, 2015.
Bekas timbalan ketua pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador mendakwa terdapat pihak berkuasa yang ‘sanggup berbuat apa saja’ untuk mengalihkan perhatian daripada isu 1Malaysia Development Berhad termasuk menggunakan isu perkauman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Oktober, 2015.


Dalam surat terbukanya, Hamid mendakwa mereka yang berkuasa "sanggup berbuat apa saja" untuk mengalihkan perhatian daripada isu 1MDB termasuk menggunakan isu perkauman.
"Serentak dengan usaha itu, mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk menggulingkan kerajaan.
"Siapa yang nak gulingkan kerajaan? Kononnya orang-orang Cina nak rampas kuasa. Daripada isu jenayah pecah amanah dah bertukar pula jadi isu perkauman," tulisnya dalam surat terbuka itu.
Pada 16 September, perhimpunan "baju merah" dianjurkan untuk mempertahankan maruah Melayu disebabkan perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan berhubung skandal 1MDB dan dihadiri majoriti Cina.
"Siapalah agaknya penasihat strategi 'perompak' ini ye.
"Pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua," tulis Hamid.
Dalam surat terbukanya, Hamid menggesa ketua setiausaha negara, peguam negara dan ketua polis negara membuat keputusan tegas dan mendedahkan penyiasatan yang sudah dilakukan terhadap 1MDB.
Pasukan Petugas Khas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan wang 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Najib pada 2013 dan lumpuh selepas bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail disingkirkan perdana menteri.
Hamid turut menggesa Gani mendedahkan tentang penyiasatan yang dijalankannya berhubung 1MDB.
"Sesudah 'dipecat' Tan Sri diam membisu seribu bahasa. Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri?
"Ada pihak menyatakan Tan Sri diugut agar tidak melawan," tulis Hamid.
Beliau turut menyeru supaya pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar berani untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jujur seperti mendiang Kevin Morais yang dibunuh kerana dikatakan enggan menerima rasuah.
"Jangan gentar dengan cubaan-cubaan 'blackmail' oleh pihak petualang. Jangan dilewat-lewatkan siasatan.
"Jika ada saksi-saksi atau suspek-suspek yang bersandiwara atau menghilangkan diri atau 'bermain tarik tali' maka gunakan Interpol untuk memburu penyamun-penyamun tarbus ini," kata Hamid. – 4 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-bos-sb-dakwa-cina-jadi-sasaran-untuk-alih-isu-1mdb#sthash.Zz6nw0FQ.dpuf
Read More

Monday, 21 September 2015

ZETI: Isu 1MDB harus dijawab dahulu sebelum ringgit boleh pulih..."Kita tidak perlukan satu lagi skandal"

Isnin, 21 September 2015


ZETI: Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan politik.

KUALA LUMPUR: Isu mengenai syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan sebelum susutan ringgit boleh dipulihkan dan ekonomi boleh terus berkembang, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata.

"Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan ringgit naik semula," kata Zeti sewaktu menjadi panel dalam acara pengumuman Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015 di Bangunan Sasana Kijang, di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak Bank Negara telah menjalankan siasatan terhadap isu 1MDB dan kini sedang dalam perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara.

"Kami telah pun serahkan hasil siasatan kami kepada Jabatan Peguam Negara. Kini, kami masih dalam perbincangan dengan pihak Peguam Negara. Itu sahaja yang boleh saya dedahkan buat masa ini," tambah Zeti.

Beliau turut mengakui sentimen pelabur asing terhadap situasi negara kini penting untuk pertumbuhan ekonomi.
BLM.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena