Showing posts with label Isu Rasuah. Show all posts
Showing posts with label Isu Rasuah. Show all posts

Monday, 18 February 2019

[Video Najib, bawalah dia (Ros) naik motor sekali - Azmin] Isu mencuri, isu rasuah, isu 90 joterrr semuanya tak salah, yg salah DAP jugak! Weiii, Umno yang khianati Felda, buat apa salahkan DAP – Azmin Ali.

Selasa, 19 Februari 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
Pakatan Harapan Supporters
Serangan isu ke atas Dap. Admin tak hairan pun sbb admin dah dapat tau perkara ni lama dah...
Main isu bangsa dan agama...hanya itu ajelah cara penunggang bangsa dan penunggang agama boleh buat...
Isu mencuri, isu rasuah, isu 90 juta, isu menipu syarie...isu jual agama semuanya tak salah ...yg salah hanya Dap..

UMNO yang khianati Felda, buat apa salahkan DAP – Azmin Ali

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali membidas pihak yang mendakwa DAP mengkhianati Felda.
Katanya seperti dipetik media, pihak yang sebenar-benarnya mengkhianati orang Melayu dan Felda adalah UMNO yang menyebabkan agensi itu bankrap.
Beliau turut menegaskan bahawa Pakatan Harapan mendukung usaha yang dipelopori Tun Abdul Razak itu untuk mengangkat ekonomi orang Melayu menerusi Felda.
“Datang anak dia (Najib Razak), pergi swastakan Felda. Lihat saja saham FGV sekarang, RM4.70 merudum ke 30 ke 40 sen saja.
“Siapa yang uruskan Felda (sebelum ini) saya nak tanya. Pengerusi Felda siapa? Hutang sekarang RM8 bilion, kita tak jangka Felda boleh ada hutang begitu besar.
“Pengerusinya Melayu, Lembaga Pengarah Melayu, bukan Melayu biasa tapi Melayu UMNO tetapi rupanya mereka pengkhianat,” katanya seperti dipetik akhbar Sinar Harian ketika berucap di Kampung Rinching Hilir di Semenyih, semalam.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu juga membidas pihak yang terus menyalahkan pemimpin DAP atas kegagalan Felda.
“Pengerusi Felda bukan Lim Kit Siang. Pengerusi Felda Lim Kit Siang atau Isa Samad? Bukan Lim Guan Eng, nak salahkan DAP buat apa?
“Oh, dalam PH kata (kononnya) dikuasai DAP. Kamu ada kuasa (sebelum ini), kedudukan, jawatan, jadi pengerusi jadi menteri tapi kamu khianat kepada orang Melayu,” katanya. – Roketkini.com
Read More

Friday, 3 March 2017

[Video Dr MAZA - Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Hudud?] 'Umno cukup gembira dengar ucapan Nik Abduh' & Kenapa UMNO tidak berdemo dan merusuh kerana isu rasuah?

Sabtu, 4 Mac 2017
Kenapa UMNO tidak berdemo dan merusuh kerana isu rasuah..?



Foto Suara Rakyat.
Kenapa UMNO tidak berdemo dan merusuh kerana isu rasuah..??

KERANA rasuah itu dah lama berparasit dalam sanubari Umno..
Inilah negaraku...

Perangai berdemo ala samseng pon boleh dapat gelaran Datuk.. hurmmm

'Umno cukup gembira dengar ucapan Nik Abduh'

Pengakuan terbuka Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz bahawa Pas pada masa ini mengamalkan pendekatan ke arah perpaduan dan kesatuan umat Islam diyakini cukup menggembirakan Umno, kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad.
Menurutnya, pendekatan Allahyarham Datuk Dr Haron Din itu sekaligus menyerlahkan sifat Nik Abduh yang dilihat 'tidak berjiwa pejuang dan pembangkang' seperti dimiliki Almarhum ayahnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Khalid SamadKhalid Samad"Saya yakin Umno cukup gembira mendengar ucapan Nik Abduh yang sebegini rupa. Yang paling ditakuti Umno adalah kehilangan pemerintahan.
"Maka selagi mana Pas tidak mencabar kedudukan Umno, tiada sebab untuk ditakuti Pas walau betapa pedas kritikannya," tegas beliau dipetik dari artikelnya di akhbar mingguan Amanah keluaran terbaharu.
Nik Abduh dalam Seminar Pemikiran Datuk Dr Haron Din, 25 Februari lalu lebih bersetuju dengan pendekatan Dr Haron Din berbanding cara ayahnya yang berpanjangan bersengketa dengan Umno bagi tujuan menggantikan rejim tersebut.
Bahkan, beliau dalam ucapannya di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur itu turut menjelaskan matlamat utama Pas bukan meruntuhkan Umno tetapi mengukuhkan ummah.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, pendekatan yang dipersetujui Nik Abduh itu cenderung mewujudkan suasana adu-domba yang eksklusif dan mengkotak-katikkan masyarakat.
"Ianya tidak inklusif, tidak seperti yang pernah dibawa Pas dahulu di bawah cogan kata 'Pas Untuk Semua.' Pendekatan inklusif inilah pendekatan Almarhum TGNA (Tuan Guru Nik Aziz)," tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Dapatkan akhbar Amanah Edisi 41, 5 - 12 Mac di pasaran yang turut memuatkan banyak artikel pimpinan Amanah Nasional serta kolumnis antaranya Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Mohamed Hanipa Maidin, Ahmad Lutfi Othman dan Lim Hong Siang.
Malaysia Dateline
Read More

Friday, 1 January 2016

[Video] Husam Harap Hadi Nasihat Najib Isu Rasuah.

Sabtu, 2 Januari 2016


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berharap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihati Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu rasuah di negara ini.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena