Showing posts with label KERAJAAN SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label KERAJAAN SELANGOR. Show all posts

Tuesday, 23 May 2017

[Video Azmin Sahkan Kerajaan Selangor Ialah Kerajaan Pakatan Harapan] INGATLAH mereka yang terpaksa "BERPUASA" sepanjang tahun.

Selasa, 23 Mei 2017

Foto Rafizi Ramli.
INGATLAH MEREKA YANG TERPAKSA "BERPUASA" SEPANJANG TAHUN
Ketika kita berasa lapar atau haus ketika sedang melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan akan datang ini, harus juga kita mengingati kelompok mereka yang sifat lapar dan dahaga ini sudah menjadi lumrah kehidupan seharian.
Oleh itu, saya jemput semua warga Malaysia samaada yang beragama Islam ataupun tidak untuk bersama saya dan INVOKE Malaysia dalam menjayakan program rumah ke rumah membantu fakir miskin bulan Ramadhan ini.
Sejumlah sumbangan RM60 sahaja diperlukan untuk menampung kos pembelian barang keperluan asas untuk sebuah keluarga fakir miskin. Walaupun sumbangan barangan asas ini mungkin tidak akan dapat untuk menarik keluarga-keluarga ini keluar daripada kepompong kemiskinan mereka, ianya mungkin bermakna untuk meredakan kesulitan kewangan sementara mereka.
Sasaran pungutan keseluruhan untuk kempen ini adalah sebanyak RM50,000 dan ianya akan diagihkan kepada lebih kurang 800 keluarga fakir miskin dari seluruh negara. Setiap ringgit yang disumbangkan kepada kempen ini akan disalur terus kepada golongan rakyat yang paling memerlukannya.
Barang-barang asas yang akan disumbangkan kepada setiap keluarga fakir miskin:
Minyak Masak (2kg) RM9.70
Beras (5kg) RM13.00
Gula (1kg) RM2.95
Tepung (1kg) RM2.50
Kentang (1 1/2 kg) RM3.20
Bawang (2 1/2 kg) RM3.20
Garam (2 paket) RM3.00
Sardin (1 tin) RM6.00
Telur (30 biji) RM5.00
Mee hoon (1 paket) RM5.00
Serbuk Kari (1 paket) RM2.50
Sumbangan boleh dibuat melalui link: http://bit.ly/HidupkanRamadhan atau terus kepada akaun bank INVOKE Malaysia (Maybank, 5622 0964 0698, INVOKE Solutions Sdn Bhd).
Setiap sumbangan yang diterima amatlah dihargai, semoga kita terus berada di bawah bimbingan petunjukNya.
Rafizi Ramli
Sukarelawan #00001 INVOKE
Read More

Thursday, 19 May 2016

Serah Sg Besar pada PKR atau PAS keluar dari kerajaan Selangor..."Kita makan besar di Sg Besar".

Jumaat, 20 Mei 2016

Jemput dan tempah segera...

Kata dua Azmin... serah Sg Besar pada PKR atau PAS keluar dari kerajaan Selangor


TERAKHIR DIKEMASKINI: 19 MEI 2016 BY HELME HANAFI
PAS diberi kata dua oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali supaya menyerahkan kerusi Sungai Besar kepada PKR atau keluar daripada kerajaan Selangor pada Isnin ini.
Sebaliknya, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan pendirian parti tersebut untuk bertanding di kedua-dua kerusi PAS Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan menolak ugutan Azmin.
"PAS kekal bertanding di kedua-dua kawasan dalam PRK kali ini. Hormati kami jika kami menolak rundingan 'mee segera' yang sekadar untuk memaksa kami melepaskan hak berasaskan kerusi PRU13.
"Luka dalam kami masih belum sembuh. Penawarnya bukan ubat satu malam. Saya hormati luka dalam DS Anwar Ibrahim terhadap Tun Mahathir. Sesiapa pun boleh berkata, tutuplah cerita lama. Tetapi, adat berkawan, adat berunding, hormati tuan hak sebelum tunjuk belang," kata beliau dalam satu komen di facebooknya tengah malam Rabu.
Ugutan Azmin dipandang sepi oleh Pemuda PAS.
"Kalau masing-masing nak tunjuk belang, biarlah kami kekal bulan," kata Nik Abduh.
Exco Selangor dari PAS telah diminta untuk meletakkan jawatan pada Isnin depan jika parti mereka berkeras untuk bertanding di Sungai Besar.
The Star melaporkan kata dua itu datang dari Azmin yang mahu PKR bertanding di parlimen itu dan bukannya PAS atau Parti Amanah Nasional (PAN).
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, telah menyampaikan perkara ini kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad, dan exco PAS yang lain, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib, selepas mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu.
Bagaimanapun, sumber PAS Selangor berkata kepimpinan tertinggi parti telah memutuskan untuk terus bertanding selepas mesyuarat lewat malam di rumah Datuk Seri Hadi Awang di Rusila, Terengganu.
Tiga anggota exco negeri dan beberapa pemimpin parti Selangor telah terbang ke Terengganu pada Rabu untuk mesyuarat tergempar.
"Presiden kami tetap dengan keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding dalam pilihan raya," kata sumber PAS Selangor.
Hadi mengarahkan ketiga-tiga exco untuk tidak meletak jawatan. Beliau berkata parti itu bersedia untuk dipecat daripada kerajaan.
Dalam pertemuan dengan exco PAS, Azmin berkata PKR mempunyai peluang yang lebih baik jika berlawan dengan UMNO di Sungai Besar.
Beliau berkata, PKR boleh meraih undi Melayu dan Cina manakala jika PAS atau PAN akan memberi kemenangan mudah kepada UMNO.
Azmin memberi jaminan bahawa beliau akan berunding dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan untuk laluan kepada PAS di Kuala Kangsar.
Beliau juga berjanji bahawa PAS akan diberikan kerusi Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang. PKR pernah bertanding dan kalah di Sabak Bernam pada tahun 2013.
Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad dalam nahas helikopter awal bulan ini.-19/5/2016

Agendadaily

Read More

Tuesday, 21 July 2015

Bersedialah! DAP akan beri kata dua..."Pakatan 2.0 mempunyai potensi yang sangat besar di S'gor"

Selasa, 21 Julai 2015

KIRANYA DAP TARIK DIRI DARI KERAJAAN SELANGOR...

Itulah maklumat terbaru yg Tulang Besi dapat. 


DAP akan beri kata dua. 

DAP tidak boleh duduk dlm satu kerajaan dengan PAS kerana ia akan menjatuhkan imej serta undi kepada DAP.

PAS ni dah bukan sahaja biawak hidup.

PAS dah jadi toksik dan membawak wabak.

Berikut adalah beberapa senario yang bakal berlaku sekiranya DAP menarik diri dari kerajaan Negeri Selangor:


1) Senario pertama: PAS + Khalid Ibrahim + UMNO + Azmin dan beberapa ADUN PKR akan menubuhkan kerajaan baru.

Jumlah ADUN: PAS (13) + UMNO (12) + Khalid Ibrahim + Azmin dan ADUN2 yg menyokong (4) = 30 ADUN.

MASAALAH: PAS dan UMNO di kala ini, tidak akan menyokong Azmin lagi kerana calon yang disukai oleh PAS serta kayangan adalah Khalid Ibrahim​.

Mustahil Azmin akan kekal MB dlm senario pertama

HASILNYA: Azmin akan hilang jawatan MB.

2) Senario kedua : Antara 5 hingga 10 ADUN PAS akan bertukar parti masuk Gerakan Harapan Baru. Ini kerana mereka tidak sanggup duduk dlm kerajaan bersama UMNO.

Senario ini mengambil kira Azmin dan team beliau kekal bekerjasama dengan PAS.

Formula : DAP (15) + PKR yg bukan hardcore Azmin (8) + PAS yg menolak UG (7) = 30

HASILNYA: Azmin tetap hilang jawatan MB kerana MB baru bakal dilantik dari kalangan Pakatan Rakyat 2.0

3) Senario ketiga: Azmin memecat PAS dari kerajaan negeri dan menggantikan dgn HB

HASILNYA: Azmin kekal MB dgn formula PKR(13) + DAP (15) + PAS yg anti UG( 2 ke 5) = 30 ke 33 kerusi DUN

Cumanya atas alasan Melayu tidak cukup dlm DUN maka DUN boleh dbubarkan.

Tetapi harapan untuk DUN dibubarkan juga 50-50 dan tak pasti DUN akan dibubarkan

4) Senario 4 : DUN di bubarkan atas alasan tidak cukup Melayu dlm dewan:

HASILNYA: Azmin kekal MB kerana harapan untuk menang pilihanraya kecil adalah besar.

Hujah saya adalah:

a) Pengundi di Selangor cukup maklumat
b) Majoriti di Selangor amat besar
c) PAS sudah hilang sokongan Cina dan India serta Melayu bandar ramai tak minat dgn PAS
d) UMNO sedang pecah teruk
e) UMNO Selangor amat lemah sekarang ni.

Apa2 pun, kata putus dari DAP ini hampir pasti berlaku dan dalam masa yang terdekat.

Terpulang kepada Azmin Ali​ untuk memilih senario mana yang beliau kehendaki.

Yang jelasnya kalau ikut PAS, mereka akan mahukan Khalid Ibrahim kekal jadi MB. Jadi, sia sia Azmin percaya kepada PAS.

Pakatan 2.0 mempunyai potensi yang sangat besar kerana masaalah UMNO kali ini amat kronik dan makan masa untuk selesai.

Rugi kalau ada sesiapa yang menolak untuk bersama dengan gelombang ini.

TULANG BESI
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena