Showing posts with label Kapal layar Jho Low. Show all posts
Showing posts with label Kapal layar Jho Low. Show all posts

Monday, 23 October 2017

[Video Kapal layar Jho Low berlabuh di Aceh] Maritim MarineTraffic - Equanimity berlabuh di Sabang, Aceh Utara kira-kira jam 9 pagi waktu Malaysia.

Selasa, 23 Oktober 2017

Kapal layar Jho Low berlabuh di Aceh

Ketika kerajaan menghubungi bantuan daripada Interpol bagi mengesan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low, kapal layar ahli perniagaan dilaporkan berlabuh hampir dengan negara.
Mengikut laman web maritim MarineTraffic, Equanimity berlabuh di Sabang, sebuah bandar di Pulau Weh, di Aceh Utara, pada kira-kira jam 9 pagi waktu Malaysia.
Pulau Weh adalah destinasi menyelam terkenal, tetapi bukan tempat peranginan mewah seperti sering dikaitkan dengan Low.
Menurut MarineTraffic, kapal layar itu kemudiannya meninggalkan Sabang sekitar jam 4 petang waktu tempatan.

Meskipun kedudukan terakhir Equanimity tidak dapat dikesan, Malaysiakini pada Jun lalu melaporkan bahawa kedudukan kapal layar itu pernah berada di pantai Koh Rong, sebuah pulau peranginan di Kemboja.
Equanimity juga sedang dikesan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (DOJ) yang mempercayai bahawa kapal layar itu adalah sebahagian daripada aset berkaitan 1MDB yang membabitkan pengubahan wang haram.
Menurut pemfailan DOJ di mahkamah, kapal layar itu dibina dan diselenggara dengan dana bernilai AS$250 juta (RM1.06 bilion) yang berasal dari 1MDB.
Secara keseluruhannya, DOJ cuba merampas lebih AS$1 bilion aset. Walau bagaimanapun, proses penyitaan aset ditangguhkan bagi membolehkan siasatan jenayah dijalankan.
Equanimity adalah satu-satunya jenis kapal layar yang ditempah khas dan mempunyai sauna, bilik urut, dan kolam terjun, serta ruang tamu yang besar.
Terdapat beberapa laporan berita yang mendakwa bahawa kapal layar itu pernah digunakan sebagai menganjurkan beberapa parti dan pesta yang dihadiri termasuk oleh bintang Hollywood, seperti Leonardo DiCaprio.
Malaysiakini.

Read More

Thursday, 13 October 2016

[Video] Kapal layar dikait Jho Low belayar di Selat Melaka.

Khamis, 13 Oktober 2016

Image result for Gambar kapal layar Jho Low

Kapal layar dikait Jho Low belayar di Selat Melaka

Kapal layar yang dispekulasikan milik hartawan Jho Low telah dilihat belayar di Selat Melaka, demikian menurut laman web pengesanan kapal Marinetraffic.com.
Sehingga jam 1.30 hari ini, laman web itu menunjukkan kapal layar mewah itu - Equanimity - berada hanya lebih 16 kilometer di luar pantai Port Dickson, menuju barat laut dengan kelajuan 11.7 knot.
Perhentiannya yang diketahui sebelum ini ialah di perairan Hong Kong, di mana ia berlepas pada 6 Oktober, demikian menurut semakan Malaysiakini di laman web Marinetraffic.com.
Menurut South China Morning Post (SCMP) pada bulan Ogos, Equanimity difahamkan menjalani kerja-kerja penyelenggaraan atau pembaikan semasa ia berada di Hong Kong.
Bagaimanapun, harian yang berpejabat di Hong Kong itu berkata pegawai pelabuhan telah enggan mengulas mengenai perkara ini, dengan memetik perjanjian kerahsiaan.
Akhbar itu berkata terdapat spekulasi yang kapal layar mewah itu adalah untuk dijual, tetapi tidak ada orang yang bersedia untuk membincangkan perkara itu.
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena