Jumaat, 24 Februari 2017
Read More
PKR: Ada rekod Madinah hadir program Umno
Selepas membongkar suaminya sebagai penyokong tegar perdana menteri, pembangkang hari ini membangkitkan pula dakwaan penyertaan Tan Sri Madinah Mohamad dalam program Umno.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata ketua audit negara yang baru itu telah dirakam hadir dalam program-program Umno, seperti di kawasan suaminya di Kepong.
"Saya terpanggil untuk membangkitkan persoalan lebih mendalam, terutamanya berkaitan beberapa laporan media melibatkan Madinah.
"Dalam laporan tersebut, beliau dan dif-dif kehormat telah bergambar di hadapan beberapa replika cek dengan logo Umno Permatang Pauh," kata Fahmi dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.
Menurut Fahmi, hal tersebut menimbulkan keraguan sama ada apakah patut seorang pegawai kanan kerajaan menghadiri program parti politik seperti itu.
The Star pada April 2016 melaporkan Madinah selaku ketua setiausaha Kementerian Pendidikan hadir dalam pelancaran program yang dibiayai Umno Permatang Pauh.
Pada 3 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan Madinah merasmikan program di Kepong bersama suaminya Datuk Seri Rizuan Abd Hamid yang juga ketua Umno bahagian itu.
"Bagi saya, walaupun beliau telah bersara wajib dari menjadi KSU Kementerian Pendidikan tetapi kehadirannya merasmikan program suaminya menimbulkan pelbagai tanda tanya.
"Bagi saya, walaupun beliau telah bersara wajib dari menjadi KSU Kementerian Pendidikan tetapi kehadirannya merasmikan program suaminya menimbulkan pelbagai tanda tanya.
"Seorang ketua audit negara perlu bebas, neutral dan tidak terlibat dalam politik kepartian serta perlu dilihat bebas, neutral dan tidak terlibat dalam politik kepartian," kata Fahmi.
Fahmi juga menuntut Madinah wajib melepaskan jawatan dan keanggotaan partinya.
Malaysiakini.
'Kenapa ketua audit tiada latar belakang audit?'
Pelantikan Tan Sri Madinah Mohamad sebagai ketua audit negara terus dipertikai walau beliau belum pun memasuki pejabat.
Selepas isu berkaitan suaminya, bekas ketua setiausaha kementerian pendidikan itu berdepan pertikaian berhubung kelayakannya.
Selepas isu berkaitan suaminya, bekas ketua setiausaha kementerian pendidikan itu berdepan pertikaian berhubung kelayakannya.
Satu kumpulan, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), membangkitkan kebimbangan itu dengan berhujah seorang ketua audit negara harus mempunyai kebolehan dan pengetahuan khusus dalam bidang audit, perakaunan dan pengurusan kewangan.
“Apa proses dan pertimbangan perdana menteri yang mencadangkan beliau ke jawatan itu?” soal pengarah eksekutif C4 Cynthia Gabriel.
Madinah, 60, berkelulusan sarjana muda dalam bidang sains politik serta ijazah sarjana dan kedoktorannya pula diperoleh dalam bidang sumber manusia.
Madinah, 60, berkelulusan sarjana muda dalam bidang sains politik serta ijazah sarjana dan kedoktorannya pula diperoleh dalam bidang sumber manusia.
Cynthia menegaskan kedudukan Madinah penting memastikan mekanisme semak dan imbang serta ketelusan dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Madinah akan memulakan tugasnya esok, menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang tamat tempoh perkhidmatan.
Ambrin, yang hari terakhirnya hari ini, terlibat dalam audit berkaitan kontroversi 1MDB.
Ambrin, yang hari terakhirnya hari ini, terlibat dalam audit berkaitan kontroversi 1MDB.
Bagaimanapun, kerajaan enggan mendedahkan laporan itu dan mengelaskannya bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Malaysiakini.


