Showing posts with label Ketua Pembangkang. Show all posts
Showing posts with label Ketua Pembangkang. Show all posts

Friday, 1 July 2016

Amanah mahu Muhyiddin jadi Ketua Pembangkang yang baharu.

Sabtu, 2 Julai 2016

Amanah Mahu Muhyiddin Jadi Ketua Pembangkang


JOHOR BAHRU: Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang baharu bagi Pakatan Harapan.

Ahli jawatankuasa pusat parti itu, Mazlan Aliman berkata terdapat perbincangan dalam parti untuk mencadangkan mengenai pelantikan ini ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.

"Kita telah bersetuju untuk memilih Muhyiddin sebagai ketua pembangkang yang baharu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman di penjara.

"Beliau mempunyai pengalaman dan akan menguatkan kita.

"Bagaimanapun, Anwar masih pilihan nombor satu kita untuk menjadi perdana menteri," katanya pada sidang akhbar di Southern Chinese Press Club di sini, Jumaat.

Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata Muhyiddin adalah musuh yang menggerunkan apabila beliau bersama Umno dan percaya bahawa pihak pembangkang harus berkerjasama dengannya dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, apabila Anwar dipecat kira-kira 18 tahun lalu, bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, membuka pintu kepada beliau untuk menyertai pembangkang.

"Apabila beliau menjadi menteri besar di sini, Muhyiddin menjadikan Johor sebagai kubu BN di mana pembangkang hampir tidak dapat menembusinya walau banyak percubaan dilakukan," katanya.

BLM.
Read More

Friday, 15 May 2015

Azizah terima jadi Ketua Pembangkang

Jumaat, 15 Mei 2015

Azizah terima jadi ketua pembangkang


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima cadangan rakan Pakatan Rakyat supaya beliau dilantik sebagai ketua pembangkang.

Katanya dengan rendah diri beliau sedia mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga suaminya.

“Secara konvensyen ia sepatutnya seseorang daripada DAP kerama mereka mempunyai kerusi terbanyak antara wakil Pakatan.

“Tetapi oleh kerana mereka membenarkan saya, saya akan terima,” katanya.
Azizah berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau hadir susulan saman fitnahnya terhadap senator Datuk Seri S Nallakaruppan
Azizah dijangka mengangkat sumpah di Parlimen pada Isnin apabila sesi baru Parlimen bersambung.

Azizah pada 7 Mei mempertahankan kerusi tradisi Anwar itu dengan mengalahkan calon BN, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan bebas.

Kerusi itu kosong apabila Anwar hilang kelayakan selepas disabit bersalah meliwat bekas pembantunya.

Usaha anggota keluarga untuk mendapatkan pengampunan diraja juga gagal.

Azizah sudah pernah menjadi ketua pembangkang antara 2004 hingga 2008 sebelum memberi laluan kepada Anwar.
Read More

Saturday, 21 February 2015

Ketua Pembangkang - Hadi, Azmin & Nurul Izzah tak layak...

Ahad, 22 Februari 2015

Hadi, Azmin & Nurul Izzah Tak layak Jadi Ketua Pembangkang

DAP pula memenangi 38 kerusi
PKR memenangi 30 kerusi
PAS pula memenangi 21 kerusi 

Ketua Pembangkang jika ikut praktiknya sebelum ini ialah parti yg mempunyai kerusi parlimen MAJORITY dalam kalangan PEMBANGKANG... jadi tak payahlah dok sembang siapa layak atau dak ia dah jadi hakmilik DAP sebab mereka majority...

Jika nak bagi yg selain DAP kena ada kesepakatan nak lantik siapa dengan persetujuan semua parti pembangkang mcm ANWAR dapat dahulu....

Jadi anda fikirkanlah dengan keadaan dok bercakar antara satu sama lain adakah DAP akan bagi kerusi hak milik dia itu kepada Hadi, Azmin & Nurul Izzah..?
KedahLanie.
Read More

Monday, 8 December 2014

Ketua Pembangkang sudah lari...Hidup mati bersama PM Najib? Dunia2...

Selasa, 9 Disember 2014
Photo: Tengok banner kat blakang orang yg bergambar tu.

Hidup mati kerana najib? Bukan hidup mati kerana Allah... dunia2....

Org bergambar dengan banner tak ada kaitan taw!!
Tengok banner kat blakang orang yg bergambar tu.

Hidup mati kerana najib? Bukan hidup mati kerana Allah... dunia2....

Org bergambar dengan banner tak ada kaitan taw!!
 — with Pendekar Luffy.

Rosli Babu's photo.




Ketua Pembangkang Umno Selangor sudah lari....yg lain2 tu bila lagi...kikiki


Ketua pembangkang Selangor letak jawatan, serah kereta rasmi


Shamsuddin Lias (kiri) menyerahkan kunci kereta kepada wakil pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam. Foto: ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR. 8 Dis 2014.
Shamsuddin Lias (kiri) menyerahkan kunci kereta kepada wakil pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam. Foto: ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR. 8 Dis 2014.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias hari ini mengejutkan kerajaan negeri Selangor apabila mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang negeri dan menolak pelantikan Pengerusi JawatankuasaKira-Kira Wang Awam (PAC) Negeri Selangor berkuatkuasa serta merta.

Beliau juga turut menyerahkan semula kereta rasmi kerajaan negeri yang diterimanya pada 4 November lalu kepada pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Shamsuddin Lias menunjukkan surat penolakan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri Selangor.

Shamsuddin Lias meninggalkan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam selepas menyerahkan kembali kunci kereta Toyota Camry.


Letak jawatan kerana dilantik ke jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) selangor......?

ini merupa kan satu tindakan yang merugikan BN/UMNO.
mengkhianati rakyat selangor yang memilih beliau sebagai check /balance terhadap kerajaan PR selangor.

juga bolih di terjemahkan sebagai menodai kepercayaan Sultan Selangor terhadap beliau.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena