Showing posts with label LPHJ. Show all posts
Showing posts with label LPHJ. Show all posts

Sunday, 8 June 2014

Kontroversi? Pembentangan LPHJ di DUN Johor...Khaled tidak boleh terus "degil dan dedir"

Isnin, 9 Jun 2014

LPHJ sedikit sebanyak cemarkan Khalid Nordin

ULASAN  

Merah Tinta MSO

                                                                                            
Setelah dua tiga hari saya tidak membuat apa-apa pengeposan, hari ini saya kembali menemui anda semula dengan cuba "campur tangan" sedikit dalam isu yang kini panas di Johor dan saya percaya ia juga turut merebak ke seluruh negara, khasnya dalam kalangan orang politik, itu mengenai pembentangan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014.

Khaled Nordin
Enakmen ini akan dibentang di DUN Johor hari ini. Rang undang-undang ini nampaknya menjadi kontroversi ekoran berbagai pihak mempertikiakan akan keperluan serta "keasbahan" kerwujudannya.

Bantahan atau pertikaian bukan saja dari pihak pembangkang, pakar perlembagaan atau tokoh politikveteran, korporat, tetapi ia juga turut sama dipersoal oleh akhbar arus perdana yang dikenali sebagai lidah Umno. Tampaknya suara akhbar berkenaan bila ada sesuatu isu menyentuh raja tetap sama seperti awal tahun 1980-an dulu.

Wujud persepakatan dalam pertikaian terhadap RUU berkenaan. Antara sebab yang diberikan ialah kerana RUU itu dilihat akan memberi kuasa mutlak kepada Sultan Johor terhadap perumahan dan hartanah di Johor. Dalam kata mudah, sultan mempunyai kuasa untuk membina perumahan untuk rakyat dan seretak itu juga menguasai hartatanah. Alasan kewujudan lembaga itu juga untuk mensejahterakan rakyat?

Terdapat beberapa klausa dalam enakmen berkenaan, sultan ditafsir sebagai berkuasa penuh terhadap lembaga berkenaan, ini termasuklah untuk melantik ahli lembaga pengarahnya, menyemak akaun dan juga membubarkan lembaga berkenaan.

Bagi pakar perlembagaan mereka melihat kuasa penuh itu sebagai mencemar sistem raja di negara ini dan tidak menghormati perlembagaan negara. Menurut amalan dan peruntukan Pelembagaan negara, sultan atau raja akan bertindak mengikut nasihat Menteri Besar dan bukan sebaliknya. Klausa berkenaan telah menafikan amalan dalam perlembagaan itu.

Ertinya sekiranya RUU itu diluluskan, tanggungjawab terhadap perumahan dan hartanah yang sebelum dalam tangan MB, tetapi dengan RUU itu menjadi anekmen MB tidak akan mempunyai apa-apa kuasa lagi. Segala projek perumahan akan berada dibawah pengawasan lembaga.

Inilah yang menjadi persoalannya. Gara-gara pertikaian itu menyebabkan peruntukan atau klausa yang memberi kuasa demikian telah dipinda dengan mengambil kira semangat Perlembagaan sebelum ini, dimana sultan boleh berbuat sesuatu terhadap lembaga itu, seperti melantik ahi lembaganya dengan nasihat MB. Pindaan juga dibuat terhadap perketaan "kuasa Raja" kepada kuasa kerajaan.

Dalam pemerhatian saya teguran dan rasa tidak puas hati yang dilontarkan berhubung cadangan kerajaan Johor itu dibuat dengan penuh berhati-hati. Masing-masing memberi komen secara luas dan berlapik. Tidak ada komen yang menjelaskan maksud sebenar di sebalik kebimbangan mereka dengan enakmen berkenaan.

Mungkin masing-masing hendak menjaga hati sultan atau memberi komen sampai tidak menyentuh perasaan sultan. Tetapi dalam hal ini yang perlu ditegur atau ditakankan bukan sultan, kerana yang bertanggungjawab membawa RUU itu ialah MB Johor Mohamed Khaled Nordin. Ironis juga rasa hormat itu hanya diluahkan kepada sultan tetapi tidak untuk rakyat.

Apakah dalam soal ini Khaled Nordin sudah ditekan oleh Istana agar mewujudkan enakmen berkenaan? Bagi saya Khaled Nordin harus bertangungjawab. Sekiranya beliau diarah mewujudkan anekmen berkenaan dan ia jelas bertentangan dengan naluri dan hasrat rakyat beliau wajar mengambil tanggungjawab termasuk melepas jawatan. Khalid tidak boleh hidup dengan menungkah arusa di sungai rakyat.

Khaled tidak boleh terus "degil dan dedir" sebagai MB sekiranya apa-apa yang dititahkan ke atasnya itu bertentangan dengan aspirasi rakyat. Misalnya kalau anekmen menubuhkan LPHT itu untuk kepentingan sultan, beliau wajar menyanggahnya dan mempertahankan rakyat.

Saya bersetuju dengan saranan Musa Hitam yang mahukan rakyat diberi penjelasan seluas-luasnya berhubung keperluan wujudnya lembaga berkenaan. Rakyat berhak tahu apa-apa jua yang berlaku ke atas negerinya. Peringatan Najib Razak agar memastikan enakmen itu demi kebaik rakyat juga perlu diberikan penekanan.

Mengenai kebimbangan terhadap enakmen berkenaan dari kalangan politik, mereka tidak mahu menyebut secara terus terang akan implikasinya. Tetapi apa dapat difahami di sini, dengan memberi kuasa seluas-luasnya kepada sultan menerusi lembaga seperti itu, ini bererti sultan menerusi lembaga berkenaan berhak sepenuhnya ke atas pembangunan dan hartanah di negeri berkenaan.

Apa dibimbangi, sekiranya ia berlaku di Johor tanpa ada bantahan daripada rakyat, tidak mustahil anekman yang sama juga nanti akan wujud di negeri-negeri lain yang mempunyai sultan. Sudah tentu sultan juga ada keinginan untuk melaksanakan projek untuk rakyat? Bukan hendak mengata naluri atau cita-cita seseorang sultan itu antara satu dengan lain hampir sama sahaja.

Inilah, atau implikasi inilah yang dibimbangkan. Jadi bantahan dan pertikaian yang dilakukan itu adalah satu teguran yang tepat dan benar demi kemaslahatan umum.

Apapun buat Khaled Nordin sama ada RUU itu sudah diubah, dan kuasa mutlak sultan sudah dibuang, sekiranya RUU itu diterima menjadi anekmen ia tetap akan meninggalkan kesan buatnya. RUU itu akan menjadi tunas kepada sebuah kudis besar terhadapnya sebagai MB. Sudah pasti beliau akan dituduh sebagai MB yang lemah dan tidak berani membawa sesuatu perubahan positif kepada rakyat dan kalau kewujudan lembaga itu atas desakan sultan, maka beliau adalah menjadi MB kepada sultan bukan kepada rakat Johor.

Penubuhan lembaga berkenaan juga memberi gambaran kelemahan dan ketidakmampuan Khaled sebagai MB untuk membangun negeri dan mengawal hartanah sehingga terpaksa ditubuhkan sebuah lembaga yang mempunyai campur tangan langsung sultan. [wm.kl.10:01 am 09/06/14]

Posted by mso.im 

LPHJ - Idea Khaled Atau Kehendak Sultan?


Photo: Pada pandangan kami ialah WAJAR... Biaq ada akai sikit pimpinan Umno yg mana sebelom nie bukan main rakus dok faraid tanah rakyat untuk kepentingan sendiri.... 

Jika selepas ini istana akan ada kuasa maka tidak bolehlah puak kapitalis nie menggadaikan tanah sewenang-wenangnya sebab ada kuasa tuanku disitu.... 

Bab dikatakan takut Tuanku salahguna kuasa tersebut tidak timbul kerana sebelum nie pun kita memang dah kena tipu dek pemimpin Umno nie...jadi tipu tak tipu pun sama aja....Isu campurtangan Sultan atau Raja kembali menjadi perbualan berikutan hasrat Menteri Besar Johor, Khaled Nordin mahu membentangkan rang undang-undang penubuhan Lmebaga Perumahan dan Hartanah Johor atau LPHJ. Ia dijangka dibentangkan hari ini di DUN Johor tetapi ramai pihak mahukan ia ditangguhkan dan diteliti semula kerana jelas memperlihatkan campurtangan Sultan didalamnya.

Walaupun Menteri Besar masih diletakkan sebagai Ketua Eksekutif lembaga itu manakala Exco Perumahan sebagai timbalannya, pertuntukan rang undang-undang itu yang memberi kuasa kuasa kepada Sultan dalam beberapa aspek, meskipun atas nasihat Menteri Besar dan atas kuasa kerajaan negeri, tetapi ia tetap menimbulkem kebimbangan ramai.

Kebimbangan ramai ialah kerana dalam sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang, kuasa eksekutif dalam mana-mana pentadbiran adalah dipegang oleh Menteri Besar di peringkat negeri dan Perdana Menteri di peringkat pusat, kecuali hal-hal berkaitan agama yang diletakkan dibawah Sultan atau Yang Dipertuan Agong.

Sebelum ini, laporan awal yang didedahkan menyebut bahawa LPHJ itu memberi kuasa penuh kepada Sultan Johor untuk melantik ahli lembaganya, memantau akaun dan membubarkannya. Malah difahamkan Sultan juga diberi kuasa menentukan ganjaran dan perlantikan ahli lembaga pengarah serta menentukan anggaran perbelanjaan setiap tahun sebelum mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Selain Pas dan DAP yang membantah pembentangan rang undang-undang baru itu yang disifatkan bertentangan dengan amalan Raja Berperlembagaan dan mungkin akhirnya mencemarkan kedudukan Raja, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Eksekutif Perbadanan Johor, Ali Hashim juga menyatakan kebimbangannya. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam juga turut melahirkan kebimbangan dan mahukan penerangan yang lebih kepada orangramai diberikan.

Akhbar Utusan pula menjadi suara paling lantang mengkritik rang undang-undang baru itu. Namun demikian Perdana Menteri, Najib Razak seakan bersetuju dengan penubuhannya dan menyatakan ia selaras dengan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang.

Najib juga dilaporkan sudah diberikan penerangan oleh Khaled mengenai penubuhan LPHJ yang akan merancakkan lagi pembinaan rumah kos rendah dan rumah mampu milik untuk rakyat Johor.

Bagaimanapun Khalid juga dilaporkan sudah meminda peruntukan dalam rang undang-undang itu dengan memasukkan perkataan atas nasihat Menteri Besar dan atas kuasa kerajaan negeri berikutan sanggahan bertali arus daripada banyak pihak sejak beberapa hari lalu mengenai rancangan penubuhan LPHJ itu.

Selain ramai melahirkan kebimbangan mengenai Raja Berperlembagan dan bukannya Raja Mutlak yang menjadi sistem negara ini, memberi kuasa kepada Sultan juga mendedahkan kepada pelbagai elemen yang akhirnya mencemarkan kedudukan Raja itu sendiri. Jika LPHJ itu dipertikai dan dikecam, akhirnya kedudukan Raja juga terlibat sama.

Dalam pada itu, yang menjadi persoalan juga ialah kenapapah LPHJ ini mahu ditubuhkan dan siapa punya idea mengenainya? Adakah ia idea Khaled selaku Menteri Besar, kehendak Sultan Johor atau idea daripada kalangan yang rapat dengan Istana Johor?

Dan jika ianya idea daripada Khaled sendiri, apakah LPHJ ini benar-benar perlu dalam memastikan pembinaan rumah kos rendah dah rumah mampu milik dapat dibina? Adakah kedudukan Khaled sendiri sebagai Menteri Besar, adanya Exco perumahan, pelbagai jabatan dan agensi lainnya masih tidak cukup untuk membina rumah bagi kepentingan rakyat Johor?

Atau adakah ia menunjukkan kepimpinan Khaled yang begitu lemah sehingga memerlukan sebuah lembaga yang ada peranan dan penglibatan Sultan Johor sendiri dalam menggerakkannya mentadbir negeri itu?

Sebenarnya begitu banyak persoalan yang bermain di kepala rakyat mengenai LPHJ ini tetapi yang paling dibimbangi ialah kedudukan Raja akhirnya akan tercemar dan terdedah kepada pelbagai kritikan serta kemungkinan adanya campurtangan pihak lain dalam pentadbiran negeri yang menggunakan kedudukan Raja itu sendiri.

Semua pihak memahami Raja ialah Raja Berperlembagan dan bukannya Raja Mutlak serta mahu kedudukan itu dikekallan sampai bila-bila. Memberi kuasa kepada Raja campurtangan melalui LPHJ ini juga memungkinkan di lain masa wujud pelbagai lembaga lain dalam kepentingan yang lain pula atau dituruti oleh negeri lain.

Jika itu berlaku dan bangkit kemarahan rakyat, siapakah yang mahu dipersalahkan. Mahathir sebelum ini pernah mengingatkah bahawa meskipun orang Melayu taat dan sayang kepada Raja tetapi sejarah juga memperlihatkan mereka tidak teragak-agak menentang seperti mana dalam sejarah Sultah Mahmud mangkat dijulang.

Oleh itu, dengan Khaled tetap juga bertekad mahu membentangkan rang undang-undang itu dan suara UMNO pula hampir tenggelam dalam isu ini, tidak disangsikan lagi bahawa LPHJ ini akan menjadi kenyataan akhirnya. Namun tiada sesiapa yang dapat memberi jaminan bahawa melalui lembaga itu kedudukan Raja sentiasa terpelihara, tidak terdedah kepada cecehan umum dah pelbagai dakwaan yang tidak baik.

Tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak baik dan kedudukan Raja tercemar ddi masa hadapan, tentulah Najib, Khaled dan UMNO yang gagal berperanan sewajarnya akan memikul tanggungjawabnya. Sejarah akan menghukum mereka selagi ada bulan dan bintang. (SH 09/06/2014)
Kedahlanie.Info
Read More

RUU (LPHJ) dibentang hari ini di DUN Johor...Jangan sampai orang melawak. Tinggal raja lekuk dan raja sepit sahaja...

Isnin, 9 Jun 2014

SURAT TERBUKA UNTUK MB JOHOR - WAJIB BACA

Surat terbuka seorang peguam kepada Menteri Besar Johor



Oleh HAMDAN OTHMAN

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin mungkin merasakan tindakannya betul berhubung penglibatanSultan Johor dalam Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor. Namun ramai rakyat Johor yang tidak faham mengapa Khaled berbuat demikian tanpa mengambil kira pandangan rakyat. Kata rakyat Johor, memang benar kuasa Eksekutif berada di tangan Khaled selaku Menteri Besar tetapi apakah kuasa Khaled itu lebih besar daripada kuasa Sultan? Berikut disiarkan sepucuk surat yang dikirim seorang rakyat Johor yang merupakan seorang peguam sebagai membantah tindakan Khaled.

SURAT TERBUKA

KEPADA MENTERI BESAR JOHOR

MOHAMED KHALED NORDIN


Hassan Karim
d/a Tetuan Hassan Karim & Co.,
Peguambela & Peguamcara
Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881839 (H/P:012-793-11-48)

Tarikh: 7hb Jun 2014


Kepada
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Besar Johor
Pejabat Menteri Besar Johor,
Aras 3, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor

YAB Datuk Seri,

Asalamualaikum Saudara,

PER:RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHOR

Dengan rendah hati saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Hassan Karim seorang rakyat Johor, warganegara Malaysia yang tinggal di Pontian, Johor serta beralamat seperti di atas.

2. Surat terbuka ini ditujukan dan dialamatkan kepada saudara selaku Menteri Besar Johor. Saya ingin merujuk perkara yang tersebut di atas iaitu mengenai Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, ringkasnya RUU (LPHJ).

3. Saya mendapat maklum dari media bahawa pada hari Isnin ini 9.6.2014 RUU (LPHJ) akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Nusajaya. RUU(LPHJ) itu jika diluluskan oleh DUN maka ia akan menjadi satu enakmen yang mempunyai ciri-ciri, antara lainnya seperti berikut:-

(a) ia memberi kuasa kepada Sultan Johor untuk menyelia akaun LPHJ;

(b) Sultan Johor mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah baharu;

(c) Sultan diberi kuasa menentukan jumlah elaun dan saraan ahli lembaga pengarah;

(d) Sultan diberi kuasa melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai Ketua Eksekutif LPHJ.

4. Saya percaya jika RUU (LPHJ) seperti yang ada sekarang diluluskan maka ia akan membawa implikasi bahawa Kerajaan Johor yang dipilih oleh rakyat memberi kuasa kepada Sultan untuk terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan.

5. Saudara sebagai Menteri Besar yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia tentu lebih faham bahawa RUU (LPHJ) yang akan dibentangkan di DUN Johor ini adalah bercanggah dengan konvensi sistem berkerajaan di Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

6. Saudara sebagai Menteri Besar Johor mestilah menjadi benteng untuk mempertahankan kedua-duanya iaitu institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Saudara mesti mengambil apa juga langkah untuk mengelakkan supaya Sultan Johor tidak terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri secara langsung sebagai kuasa eksekutif. Ini untuk mengelakkan Sultan Johor dari terdedah kepada penghinaan. Sebagai contoh, sebagai seorang yang dilatih sebagai peguam, saudara tentu faham bahawa jika Sultan diberi kuasa untuk membubar dan melantik ahli lembaga pengarah LPHJ, maka keputusan Sultan itu adalah satu keputusan eksekutif kerajaan dan ia boleh dicabar di mahkamah di dalam prosiding Semakan Kehakiman (Judicial Review). Sanggupkah saudara melihat kebawah duli Sultan Johor diheret ke Mahkamah Sivil sebagai seorang responden oleh pihak-pihak yang berasa terkilan apabila diberhentikan sebagai ahli lembaga pengarah? Jika ini berlaku tidakkah Sultan akan terdedah kepada penghinaan? Jika saudara masih sayangkan Sultan!

7. Saya ingin bertanya, adakah saudara mendapat nasihat perundangaan dari Penasihat Undang-Undang Negeri Johor (PUNJ) apabila saudara sebagai ketua Majlis Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, mudahnya kerajaan Johor hendak membentangkan RUU (LPHJ)? Jika ada nasihat dari PUNJ, apakah nasihat mereka? PUNJ memikul tanggungjawab sebagai penasihat undang-undang kepada Kerajaan Johor. Siapa yang menderaf RUU (LPHJ) ini? Adakah diteliti oleh PUNJ? Jika PUNJ berkata “ Yes” sahaja terhadap RUU (LPHJ) itu nyata sekali PUNJ telah melakukan satu kecuaian. Tapi ini satu spekulasi sahaja.

8. Jadi siapa sebenarnya yang menderaf, mendesak supaya RUU (LPHJ) ini dibentangkan? Adakah Sultan Johor tahu? Adakah baginda setuju? Atau adakah baginda Sultan yang mengarahkan supaya dibentangkan dengan peruntukan seperti yang ada sekarang? Ini satu pertanyaan. Saudara mesti telus. Perkara ini sudah jadi isu nasional.

9. Sekarang saudara perlu memikul satu lagi tanggungjawab. Saudara jadi Menteri Besar kerana saudara menang sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri Permas, dalam negeri Johor. Parti politik saudaraUMNO/Barisan Nasional menjadi parti yang menang majoriti di DUN Johor. Saudara tidak berada di dalam DUN Johor kerana dilantik oleh Sultan. Rakyat yang lantik saudara. Jadi saudara perlu memikul satu lagi konvensi sistem bernegara dan bernegeri di Johor dan Malaysia ini iaitu sistem Demokrasi Berparlimen.

10. Demokrasi berparlimen adalah secara mudah difaham ialah kuasa rakyat yang memilik satu kerajaan iaitu kerajaan pilihan rakyat melalui satu pilihanraya yang bersih dan adil. Jadi tugas saudara sebagai Menteri Besar ialah sentiasa bersikap cermat, waspada, dan sentiasa cemburu supaya kuasa kerajaan pilihan rakyat tidak diceroboh oleh pihak istana. Bukan seperti apa yang berlaku sekarang. Saudara telah buka pintu seluas-luasnya untuk Sultan berkuasa di dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri khususnya dalam satu bidang yang amat penting dan strategik iaitu sektor perumahan dan hartanah. Jadi saudara telah pecah amanah yang diberi oleh rakyat. Saudara telah gagal untuk mempertahankan sistem demokrasi berparlimen di Johor. Perlu diingat, Johor bukan satu negeri berdaulat dan merdeka sendiri. Johor adalah satu komponen dalam Persekutuan Malaysia yang merdeka.

11. Saudara selaku Menteri Besar perlu memikul tanggungjawab terhadap isu ini yang boleh menjadi satu skandal perundangan dan perlembagaan. Saudara perlu dipersalahkan sekiranya akhirnya institusi raja dan Sultan Johor dihina rakyat. Saudara perlu melindungi hal seperti itu berlaku. Ini memerlukan seorang Menteri Besar yang bijaksana, tegas dan berpandangan jauh untuk menasihati Sultan, jika di pihak Sultan sendiri yang begitu ghairah untuk mempunyai kuasa eksekutif. Saudara mesti menasihati baginda.

12. Saudara selaku Menteri Besar patut turun padang dan mendengar keluhan dan kegelisahan rakyat. Adakah saudara tahu bahawa di Johor sekarang sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Sultan Johor secara langsung atau melalui nominenya atau proksinya terlibat dalam hal perniagaan termasuk dalam sektor perumahan dan hartanah. Saudara tentu sedar sektor hartanah terutamanya hartanah mewah sedang berkembang pesat di Iskandar Malaysia? Saudara tentu sedar banyak kawasan laut dan selat serta pantai sedang rancak di tambak di Johor Bahru dan Iskandar Malaysia seperti di Nusajaya dan Gelang Patah, juga Pengerang. Adakah saudara sedar bahawa tanah-tanah yang ditambak itu kemudiannya di jual kepada syarikat-syarikat pemodal asing dari Singapura, Hong Kong dan China? Masakan saudara sebagai Menteri Besar tidak sedar tentang hal ini atau saudara mahu menafikannya? Adakah saudara sedar ada dakwaan bahawa Sultan Johor terlibat dalam menjual tanah-tanah itu kepada syarikat milik asing?

13. Dengan saudara yang menerajui RUU (LPHJ) pada hari Isnin depan ini, maka saudara yang mesti pikul tanggungjawab jika Sultan Johor akan dipersoalkan oleh rakyat. Jika Sultan Johor terlibat dengan perniagaan dalam bidang hartanah, dan enakmen baru jika diluluskaan memberikan baginda kuasa ke atas urusan pentadbiran hal perumahan dan hartanah, tidakkah itu akan berlaku percanggahan kepentingan (conflict of intersest)? Sepatutnya saudara elakkan perkara ini daripada berlaku. Ini satu kecuaian saudara.

14. Apa tujuan sebenarnya saudara hendak bentangkan RUU(LPHJ) hari Isnin ini? Adakah saudara mahu melihat institusi raja di Johor ini lebih cepat berkubur apabila rakyat marah. Seperti apa yang berlaku dalam Revolusi Perancis dan dekat di sini Revolusi Sosial di Indonesia? Jangan orang melawak akhirnya di dunia ini tinggal raja dan permaisuri daun terup atau daun pakau sahaja. Tinggal raja lekuk, raja sepit dan suku sakatnya.

15. Saudara perlu bertanggungjawab selaku mamak menteri atau Menteri Besar jika peristiwa pemberontakan ke atas raja dan sultan berlaku di Johor. Ingat semula kisah benar Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di Kota Tinggi. Di Pengerang, beratus-ratus nelayan miskin dari pelbagai kaum, tetapi majoritinya Melayu, periuk nasi mereka seperti “dicampak pasir” apabila pasir-pasir di tengahlaut disedut oleh Syarikat Mados Sdn Bhd dengan kelulusan Kerajaan Negeri Johor untuk ditambak di kawasan tangkapan ikan para nelayan tersebut untuk tujuan membina satu projek terminal laut dalam milik syarikat-syarikat besar. Syarikat Mados Sdn Bhd ini sebuah syarikat milik Sultan Johor.

16. Jadi saya nasihatkan sebelum Sultan Johor jadi mangsa skandal penghinaan yang lebih parah, lebih baik saudara tarik balik RUU(LPHJ) itu. Pinda semula. Gugurkan semua peruntukan yang memberi kuasa kepada Sultan dalam enakmen itu. Jangan heret Sultan ke dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri. Saudara sebagai Menteri Besar dan para Exco saudara dalam Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mesti pikul tanggungjawab atau akauntabiliti dalam sistem demokrasi berparlimen. Baru ada fungsi Dewan Undangan Negeri untuk lakukan semak dan imbang/check and balance. Jika saudara silap, atau gagal, dalam pilihanraya umum nanti rakyat ada remedi untuk ganti kerajaan saudara dengan kerajaan lain pilihan rakyat. Rakyat tidak perlu marahkan Sultan. Sultan tidak bertanding dalam pilihanraya.

Sekian sahaja surat saya ini. Harap maaf jika ada tersilap kata dan bahasa.

Terima kasih.

Yang benar,
Hassan Karim

Kedah.kini
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena