Showing posts with label Lawak Pecah Perut. Show all posts
Showing posts with label Lawak Pecah Perut. Show all posts

Wednesday, 29 August 2018

[Video Lawak PECAH PERUT Tun Mahathir untuk Rakyat Malaysia] "Orang suruh buang sampah yg melambak kat negeri ko tu, bukannya suruh buang bendera Jalur Gemilang" & 101 ahli Umno-Pas masuk AMANAH di Dun Bintong, Perlis.

Khamis, 30 Ogos 2018

Foto Suara Rakyat.
Kalau pun ianya menyalahi atau menganggu, apa salahnya dimaklumkan kepada pihak yang berusaha memeriahkan kemerdekaan negara agar boleh diperkemaskan semula ATAU digantungkan kembali di tempat yang tidak menganggu sebagaimana didakwa?

DENDAM POLITIK YANG TIDAK BERSEMPADAN !!...
Orang suruh buang sampah yg melambak kat negeri ko tu, bukannya suruh buang bendera Jalur Gemilang. Susah cakap dgn orang bodo ni...

101 ahli Umno-Pas masuk AMANAH di Dun Bintong

Ir Shaharuddin Ismail  (tiga dari kanan) dan  Wan Kharizal Wan Khazim (empat dari kanan) selepas mengumumkan keluar parti sertai AMANAH.- Foto BH online.

Seramai 101 ahli Umno dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bintong mengumumkan keluar parti masing-masing hari ini dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Ir Shaharudin Ismail yang mewakili 30 bekas ahli Umno menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi AMANAH Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim, di Pusat Aktiviti Wang Ulu, semalam, lapor bharian online.
Turut sama menyerahkan borang keahlian adalah bekas Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Kampung Telok Kacang yang mendakwa mewakili 71 ahli Pas kawasan berkenaan.
Shaharudin berkata, keputusan beliau bersama ahli Umno lain menyertai AMANAH adalah kecewa dengan pucuk pimpinan Umno yang tidak berubah.
“Pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian masih berlaku politik wang, di peringkat pusat ketika pemilihan pula orang yang sama juga dikekalkan.
“Kita sangkakan orang lain akan terpilih tetapi orang lama kekal bermakna cara masih lama dan tiada perubahan,” katanya.
Ditanya kenapa memilih AMANAH berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PKR, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kangar penggal lalu, berkata AMANAH dilihat lebih sederhana berbanding dua parti Pakatan Harapan (PH) itu.
“Bersatu dan PKR mendapat perhatian yang cukup meluas. AMANAH parti yang bersederhana dan ia sesuai dengan kami.
“Saya dan rakan lain menganggap AMANAH adalah parti masa hadapan yang sesuai dengan perjuangan kami,” katanya.
MD.
Read More

Monday, 20 August 2018

[Video Lawak Pecah Perut & Perempuan yg FITNAH 2 menteri YB Khalid dan YB Mujahid] "Pas tidak akan bersekongkol 'memikul biawak hidup'"...Kaitkan dua menteri dengan pesta gay, laporan polis dibuat.

Isnin, 20 Ogos 2018

Foto Suara Rakyat.
"Bekerjasama dengan Umno laksana memikul biawak hidup" - Hadi Awang (21/3/2010).

"PAS tidak akan bersekongkol 'memikul biawak hidup'" - Tuan Ibrahim Tuan Man (12/12/2015).

Krikk.. Krikk.. Krikk..
Foto Suara Rakyat.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terang2an dah kata.. Selagi ada iman, bersatulah UMNO dan PAS.

TETAPI HINGGA KINI.. KENAPA PAS BERTEGAS TIDAK AKAN BERSATU, BERGABUNG DENGAN UMNO ?

Adakah nak tunggu PAS atau UMNO dah ada iman baru nak bersatu..?

Siapakah yang masih tidak ada iman..?

Krikk.. Krikk.. Krikk..



Perempuan Ni FITNAH YB Khalid Samad Luluskan Pesta LGBT



Kaitkan dua menteri dengan pesta gay, laporan polis dibuat


Dua laporan polis dibuat terhadap Pengerusi Gerakan Muslimah Malaysia Wan Asshima Kamaruddin di Ibu pejabat polis Dang Wangi berhubung dakwaan fitnah menyatakan Menteri Wilayah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menganjurkan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Laporan polis itu dibuat oleh Zulhazmi Shariff, pegawai tugas-tugas khas Menteri Wilayah yang juga peguam mewakili Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad dan Hisham Fauzi, pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Kedua-dua laporan polis itu merujuk kepada fitnah yang didakwa dibuat Wan Asshima di laman Facebooknya terhadap kedua-dua menteri berkenaan baru-baru ini.
"Beliau (Wan Asshima) telah menuduh Menteri Wilayah membenarkan penganjuran pesta gay besar-besaran melalui video di laman Facebook miliknya tetapi (video itu) telah dipadam.
"Laporan dibuat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah dan menghasut kebencian dalam masyarakat," kata Zulhazmi ketika ditemui pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.
- Bernama
Mk.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena