Showing posts with label Lesap duit rakyat. Show all posts
Showing posts with label Lesap duit rakyat. Show all posts

Tuesday, 3 February 2015

Curi setandan kelapa didenda RM1,000...Lesap duit rakyat RM250 juta tiada unsur pecah amanah? Boleh ka macam tu?

Rabu, 4 Februari 2015

APA SUDAH JADI UNDANG2 DI M'SIA !!!

Curi setandan kelapa kena denda RM1 ribu...
TETAPI mencuri atau menyeleweng duit rakyat untuk kayakan diri masih bebas. Undang2 untuk SIAPA sebenarnya ???

Bukan nak pertahankan perbuatan mencuri , tapi bila nak jatuhkan hukuman, biarlah adil tak kira la orang biasa ke bekas menteri ka atau bekas 'mak lembu' ka. Jangan buat rakyat hilang kepercayaan dengan sistem negara...



Esok kes perbicaraan saya mengenai NFC kerana dituduh membocorkan maklumat bank. Dalam satu lagi kes bersabit NFC, suami DS Shahrizat Jalil dituduh pecah amanah kerana menggunakan duit pinjaman bela lembu untuk beli kondo. Minggu lepas, si tertuduh membuat permohonan agar kes pecah amanah itu digugurkan atas alasan tiada unsur pecah amanah kerana mereka berhak membelanjakan dana RM250 juta itu ikut suka mereka. Alasannya: ia satu pinjaman.

Lepas ini, kita buat pinjaman beli kereta tetapi kita melancong, buat pinjaman beli rumah tetapi main saham. Boleh ka macam tu? Ada bank sanggup bagi?

Curi Setandan Kelapa Pesalah Gelak Lucu Tutup Muka
KOTA BHARU - Kedengaran lucu, namun ia realiti. Pengajaran buat dua sahabat kerana mencuri setandan kelapa milik seorang pekebun, mereka akhirnya didenda RM1,000 oleh mahkamah majistret, di sini, hari ini.

Denda diputuskan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin selepas kedua-duanya mengaku salah atas tuduhan itu dan sekiranya gagal menjelaskan denda, mereka perlu menjalani hukuman penjara selama sebulan.

Mohd Alias Ali, 29, dan rakannya, Suhaimi Salleh, 37, didakwa mencuri kelapa milik Ahmad Awang, 64, di kawasan kebun Kampung Binjai Banggu, di sini, pada jam 5.30 petang, 29 Januari lalu.

Dalam kejadian itu, pengadu sendiri melihat dua lelaki berkenaan sedang mengait buah kelapa di dalam kebunnya dan bertindak menghubungi pihak polis.

Selang lima minit kemudian, datang polis dan menahan kedua-duanya. Ketika ditahan, mereka juga gagal menunjukkan kad pengenalan diri.

Bagi kesalahan itu, mereka masing-masing didenda RM1,000 atau dua bulan penjara jika gagal jelas denda terbabit.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Nurliyana Md Zukri memohon hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada mereka dengan alasan bukti kecurian adalah jelas apabila mereka ditahan ketika kecurian itu.

“Kedua-duanya juga dilihat seperti sengaja tidak membawa kad pengenalan untuk melakukan kesalahan lain (mencuri),” katanya. Sinar Harian

The Malaysian Lifestyle Media


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena