Showing posts with label Mahathir calon PM. Show all posts
Showing posts with label Mahathir calon PM. Show all posts

Thursday, 14 December 2017

[Video PAS Terus Tabur Fitnah Setelah Razman Kalah Di Mahkamah & Apalah Nasib RUU355] "Zuhdi (Pas) ‘diamlah’ sibuk terhadap urusan PH"! Zuhdi tidak faham kondisi Anwar, justifikasi Mahathir calon PM, bidas DAP.

Khamis, 14 Disember 2017


Zuhdi tidak faham kondisi Anwar, justifikasi Mahathir calon PM, bidas DAP

Zuhdi tidak faham kondisi Anwar, justifikasi Mahathir calon PM, bidas DAP
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali mahu Pengarah Penyelidikan Pas (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki tidak perlu mencampuri urusan Pakatan Harapan (PH) dalam menentukan siapa bakal calon Perdana Menteri jika PH berkuasa kelak.
Sheikh Omar Ali
Beliau berkata, beliau ingin menasihatkan Mohd Zuhdi supaya ‘diam’ daripada sibuk terhadap urusan PH.
“Kenyataan dikeluarkan ternyata menunjukkan beliau gagal mengikuti keseluruhan justifikasi yang dikemukakan pimpinan PH berkaitan soal calon PM dalam kondisi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih berada dalam tahanan.
“Zuhdi tidak perlu berlagak baik, mencadangkan kepada PH agar mengemukakan calon perdana menteri yang dapat meneruskan agenda reformasi yang dicetuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Dr Mohd Zuhdi hari ini yang berkata, usaha PH untuk menyerahkan semula mandat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekiranya PH menang selepas Pilihan Raya Umum ke-14 akan menyebabkan negara dan rakyat terus terjerumus dengan kerosakan politik, ekonomi dan sosial.
Kata Sheik Omar lagi, Dr Mohd Zuhdi sepatutnya sedar bahawa Pas sendirilah sebenarnya parti yang telah menggagalkan cadangan untuk mengangkat nama tokoh reformasi seperti Anwar sewaktu menjelang PRU13 yang lalu.
“Pas pada ketika itu telah menamakan Ahli Parlimen UMNO Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon perdana menteri mereka.
“Oleh itu, kenyataan Zuhdi pada hemat saya tidak lebih sekadar suatu langkah untuk melemahkan usaha PH yang sedang berkerja untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang terpalit pelbagai skandal dan menumbangkan BN dalam PRU ke-14 ini,” ujarnya.
Katanya lagi ketiadaan suara tegas daripada Pas yang mengkritik salahguna kuasa Najib mutakhir ini dan kritikan Zuhdi dalam isu calon perdana menteri PH juga dilihat, hanyalah satu tindakan yang menyerlahkan peranan Pas dalam mengukuhkan kedudukan Najib dan BN.
Malaysia Dateline


Read More

Sunday, 21 May 2017

[Video Husam syorkan lawan di Putrajaya, apa kata Mahathir?] Husam cadang Mahathir calon PM.

Ahad, 21 Mac 2017

Husam cadang Mahathir calon PM

Naib presiden Amanah, Datuk Husam Musa merayu rakan-rakan dalam Pakatan Harapan menerima Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau yang menggelar Tun sebagai "re-born Mahathir" berharap semua pihak mengambil kira mengenai kesungguhan Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia.
"Beliau bukan lagi Mahathir yang dulu tetapi seorang yang baru dan sanggup bersama rakyat untuk selamatkan Malaysia dari dirosakkan Datuk Seri Najib dan Umno," katanya di majlis forum sempena program Temu mata dan dialog anak kelantan di perantauan di pusat bandar Melawati, hari ini.
Tekun mengikuti ucapan...Tekun mengikuti ucapan...
Bagi mendapat keyakinan rakyat katanya, seorang tokoh yang berpengalaman dan jelas diterima perlu dikemukakan supaya tiada sebarang pertikaian.
"Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dalam penjara dan jika sesiapa pun dinamakan sebagai calon akan ada pihak yang tidak puas hati.
"Alasan bahawa tokoh baru sukar diterima semua dan tiada pengalaman boleh menyebabkan hasrat rakyat mendapat kerajaan baru tidak kesampaian," katanya.
Walaupun sedar ada pihak yang terus menerus mengungkit sejarah lama Mahathir, beliau berkata perkara itu boleh diperbetulkan.
"Macam orang Pas yang terus mengecam Tun seperti mengeksploitasi komen beliau mengenai perbezaan pendapat beliau dengan arwah Tok Guru Nik Aziz, ini semua boleh diperbaiki.
"Beliau cuma bawa cerita lama dan bukan fitnah Tok Guru.
"Perkara macam ni boleh dibetulkan dan Insya-Allah saya akan bertemu beliau minta berhati-hati bila komen hal Tok Guru kerana orang Pas akan jadikan fitnah," katanya.
Beliau turut melahirkan rasa terkejut berkenaan tuduhan Pas Kelantan yang membawa cerita kononnya Amanah Kelantan membayar RM350 kepada mereka yang menyertai parti itu.
"Perkara ini terang-terang satu fitnah dan saya menafikan perkara ini berlaku.
"Sehingga ini Amanah terutama di Kelantan amat terhad dari segi kewangan malah untuk bayar perkara asas seperti sewa pejabat dan gaji petugas tetap pun terpaksa kutip derma.
"Saya percaya orang ramai khasnya mereka yang telah menyertai Amanah tentu boleh memberi penjelasan sendiri perkara ini," katanya.
Menurutnya Amanah dalam usaha berkempen dan amat memerlukan sumbangan kewangan.
"Kalau ada wang kita boleh menyediakan kemudahan terkini seperti "LED truck".
"Memang kita berharap mereka yang mampu terus menerus menderma kepada parti kita bersama ini," katanya.
Anak Kelantan di Lembah Kelang berhimpun bagi mendengar pengkongsian daripada Husam
Anak Kelantan di Lembah Kelang berhimpun bagi mendengar pengkongsian daripada Husam
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena