Showing posts with label Melayu Tipu Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu Tipu Melayu. Show all posts

Thursday, 4 January 2018

[Video Umno Pandainya Menipu, Melayu Tipu Melayu & PH perlu fokus utk MENUMBANGKAN UmnoBN] HARAPAN tidak rela seinci pun tanah Johor tergadai di bawah kerajaan Umno.

Jumaat 5 Januari 2018



Foto Parti Amanah Negara.
WALAUPUN SEINCI TANAH JOHOR, PAKATAN HARAPAN TETAP PERTAHANKAN
1. Hujah simplistik Dato' Menteri Besar Johor yang mengatakan bukan masalah besar tanah Johor digadaikan kepada orang luar atas alasan kerana ianya hanya 0.01 peratus sahaja daripada keluasan Tanah Johor adalah sangat tidak patriotik dan jelas tidak cintakan negara. 

2. Pejuang-pejuang terdahulu sanggup mempertahankan tanah tercinta sehingga ke titisan darah terakhir walau seinci tanah sekalipun. Kini Menteri Besar Johor seolah-olah ingin menjadi petualang kepada negara dan rakyat Negeri Johor.

3. Adakah beliau sanggup melihat sekelumit tanah di Johor digadai kepada negara luar? Adakah Kerajaan Negeri Johor tidak ada idea yang lebih bernas untuk membangun negeri sehingga sanggup membiarkan tanah 0.01 peratus itu?

4. Johor sangat berpotensi dalam pelbagai bidang yang lain seperti industi pertanian, perdagangan, perindustrian dan yang lebih terkini ialah mendepani revolusi industri keempat.

5. Jangan hadkan sumber hasil negeri dan potensi negeri kepada aspek yang akan menjejaskan kedaulatan negara amnya dan negeri khususnya.

6. Sempena tahun 2018 yang baru berkunjung tiba, menjadi misi besar kita bersama untuk menjadikan Johor sebagai sebuah negeri maju dan adil ekonominya kepada semua rakyat.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)/
Naib Presiden Pakatan Harapan

3 Januari 2018

HARAPAN tidak rela seinci pun tanah Johor tergadai di bawah kerajaan UMNO


Sikap Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin yang dilihat berlembut dengan pemilikan hartanah warganegara asing di negeri itu bakal mengundang padah kepada kedaulatan dan rakyat negeri itu.
Khaled seolah-olah cuba memandang ringan perkara terbabit apabila dilaporkan berkata projek Forest City yang merupakan pulau buatan berkeluasan 2,000 hektar hanyalah sekadar 0.01 peratus sahaja meliputi negeri Johor.
“Pakatan Harapan (PH) berasa amat kesal dengan kenyataan dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyatakan projek Forest City yang merupakan pulau buatan berkeluasan 2,000 hektar hanyalah sekadar 0.01 peratus sahaja meliputi negeri Johor.
“Jika dasar pembangunan tanah yang melarang hartanah pegangan bebas dihakmilikkan kepada warganegara asing pun dilanggar, apakah masih ada jaminan kedaulatan negeri dan negara kita akan terus selamat di kemudian hari?” kata HARAPAN Johor dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (PPBM); Pengerusi HARAPAN Johor, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh; Aminolhuda Hassan (AMANAH), Hassan Karim (PKR); Liew Chin Tong (DAP).
Menurut mereka, kenyataan Khaled itu jelas amat tidak bertanggungjawab, apatah lagi dikeluarkan orang nombor satu dalam pentadbiran kerajaan negeri.
“Ia seolah-olah satu pengkhianatan terhadap kedaulatan negeri ini. Pakatan Harapan teguh berpendirian bahawa tanah air ini 100 peratus adalah milik kita dan wajib dipertahankan. Tiada kompromi.
“Kita tidak rela walau seinci tanah pun di negeri ini tergadai kedaulatannya kepada warganegara asing,” kata kenyataan itu.
HARAPAN Johor berkata, alasan Khaled bahawa Forest City bertujuan melonjakkan pertumbuhan ekonomi Johor boleh dipertikai meski pun Johor tidak memiliki sumber asli seperti minyak dan gas.
“Namun Khaled harus melihat semula sejarah. Sejarah Johor Moden yang berasaskan pertanian telah menyaksikan lada hitam, gambir, getah dan kelapa sawit telah memakmurkan ekonomi Johor satu ketika dahulu.
“Melepaskan tanah milik Johor walau sekadar 0.01 peratus sekalipun ke tangan warganegara asing untuk mendapatkan sumber kewangan hanyalah menzahirkan kelemahan Khaled dan ‘team’ beliau mengurustadbir negeri dengan baik,” kata HARAPAN Johor.
Isu melihatkan hartanah di Johor kata mereka semakin parah di bawah pentadbiran Khaled dan UMNO.
“Apa yang terjadi baru-baru ini berkaitan penukaran status bumiputera kepada bukan bumiputera yang turut memalitkan nama Menteri Besar juga masih belum dijawab.
“Nampaknya Johor dibawah teraju UMNO BN kian parah. Ditambah dengan isu Forest City, apakah masih ada jaminan untuk masa depan lebih baik buat generasi anak cucu bangsa Johor?” kata mereka lagi. – Roketkini.com
Read More

Sunday, 2 October 2016

Saifuddin: PAS tunjuk tanda positif..."Tak apalah dia menipu, dia dah banyak tolong orang Melayu."

Ahad, 2 Oktober 2016

Selepas UM kantoikan..
MASIH DEGIL tak nak padamkan...

TETAPI slps beberapa satu demi satu IPTA/IPTS mula mengeluarkan kenyataan media menafikan, tup2 dah hilang tertera 'Ph.D' beliau itu..

INI BERMAKNA..... dot dot dot..

HAKIKATNYA...
Melayu Tipu Melayu.. tetapi penyokong beliau boleh masih kata.. "Tak apalah dia menipu, dia dah banyak tolong orang Melayu."


http://www.irichworks.com/drazizanosman.html

Saifuddin: PAS tunjuk tanda positif

Penegasan PAS bahawa parti itu tidak akan bersama dengan Umno pada pilihan raya umum ke-14 nanti adalah perkembangan positif bagi membentuk pakatan pembangkang kuat.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan dibuat Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali menunjukkan pembangkang semakin hampir mencapai persetujuan membentuk formula "satu lawan satu" menghadapi BN.
"Saya yakin semua ini adalah perkara yang memang dikehendaki oleh rakyat yang menolak BN.
"Rakyat mahu pembangkang bekerjasama sebagai gabungan yang besar dan kuat," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Malam tadi timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbincangannya dengan beberapa pimpinan atasan PAS menunjukkan parti itu berkongsi matlamat dengan pembangkang lain iaitu mengalahkan BN.
Justeru beliau memuji PAS kerana menegaskan parti berkenaan tidak berminat untuk mengadakan "muafakat" dengan Umno.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberitahu BN kini mungkin mempertimbangkan cadangan mengadakan pilihan raya umum lebih awal kerana keadaan pembangkang yang tidak bersatu.
"Tetapi kalau kita boleh duduk bersama-sama dan berbincang mencapai muafakatuntuk wujudkan satu barisan pembangkang atau pakatan untuk pilihan raya, atau perjanjian kerjasama pilihan raya, makan BN perlu fikir semasak-masaknya untuk buat pilihan raya umum sekarang atau menundanya," kata beliau.
Perbincangan dengan Mustafa juga kata Muhyiddin menunjukkan rakyat bersedia untuk membuat perubahan dan mengalahkan BN.
Muhyddin berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis anjuran PAS Terengganu di Kemanan.
Tak kalah Umno tanpa PAS
Kata Saifuddin kesediaan PAS berbincang dengan BERSATU dan PKR boleh dianggap perkembangan baik ke arah pembentukan gabungan lawan BN yang lebih kuat.
Sementara itu, Mustafa ketika dihubungi Malaysiakini berkata PAS mengakui hanya satu cara dapat mengalahkan BN iaitu mengekalkan formula satu lawan satu di kawasan yang ditandingi Umno.
Katanya, pertandingan tiga penjuru hanya memberi manfaat kepada BN untuk terus memerintah negara.
“Dengan Umno kita memang lawan jadi satu lawan satu. Hal ini memang kena bincanglah macam mana pun. Kalau tiga penjuru hanya mengukuhkan Umno, tapi ia kena bincang dulu," katanya.
Mustafa menambah tumpuan kepada kawasan ditandingi Umno perlu kerana parti itu menjadi tunjang kepada BN.
"Tak boleh kalahkan BN tanpa kalahkan Umno. Umno mesti dikalahkan," katanya.
Namun di sebalik kenyataan itu Mustafa menjelaskan secara tradisinya bagi kerusi ditandingi Umno lawan yang diletakkan ialah PAS atau PKR.
Pada pilihan raya umum akan datang parti berasaskan Melayu sudah bertambah satu lagi iaitu BERSATU.
"Cadangan perbincangan itu (mewujudkan formula satu lawan satu) hanya tertumpu kepada BERSATU dan PKR saja, bukannya dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
“(Persefahaman itu) bukan dengan semua pembangkang. PAS tak bersedia berbincang dengan DAP dan AMANAH. Perbincangan ini hanya antara BERSATU dan PKR.
“AMANAH tak masuk perbincangan, not in the picture,” katanya.
Pada masa sama Mustafa menegaskan parti pembangkang tidak boleh mengalahkan Umno tanpa PAS.
“Tanpa PAS kamu tak boleh kalahkan Umno. Kamu mesti kerjasama dengan PAS, inilah perkara yang perlu dibincangkan.
“Perbincangan itu hanya cadangan, itu yang saya sebut jadi kena bincang,” katanya.
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena