Showing posts with label Mursyidul Am Pas. Show all posts
Showing posts with label Mursyidul Am Pas. Show all posts

Thursday, 11 June 2015

Haron Din bukan Mursyidul Am PAS lagi...Mesyuarat MSU tergantung!

Khamis, 11 Jun 2015

Haron Din Bukan Mursyidul Am PAS Lagi, Mesyuarat MSU Tergantung!



Hala tuju PAS bergantung pada mesyuarat 'entah bila' 

Kemelut dalaman Pakatan Rakyat dijangka terus berpanjangan memandangkan mesyuarat Majlis Syura PAS, yang ditunggu-tunggu, masih belum bersidang. 

Sesi baru majlis itu juga baru sempurna dibentuk malam tadi, selepas jawatankuasa pusat bermesyuarat kali pertama malam tadi.

Semalam Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din sendiri berkata beliau secara teknikalnya bukan pemegang rasmi jawatan itu.

“Sekarang saya bukan lagi mursyidul am PAS. (Majlis) Syura telah habis tempohnya.

"Sehingga dibentuk semula oleh PAS pusat, mursyidul am akan dipilih semula, mungkin bukan saya,” katanya.

Haron juga berkata beliau juga setakat ini tidak dapat memastikan bila mesyuarat itu akan diadakan.

Dalam masa yang sama, Haron dijadual mengerjakan umrah selama dua minggu bermula Isnin (15 Jun) depan.

"Segala-galanya akan ditentukan dalam mesyuarat yang entah bila.


"Justeru saya akan pergi umrah pada 15 Jun selama dua minggu," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam ilmu Allah, kata SU

Mesyuarat Majlis Syura biasanya dipengerusikan oleh mursyidul am.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi Malaysiakini tidak mengatakan dengan jelas bila badan itu akan bersidang.

"Dalam ilmu Allah,” jawab bekas anggota parlimen Pasir Puteh itu sambil ketawa kecil.

Kemelut antara PAS dan DAP dilihat bertambah buruk apabila muktamar PAS di Kuala Selangor minggu lalu meluluskan usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Perbalahan dua parti dalam Pakatan itu juga semakin meruncing apabila mereka saling ungkit-mengungkit kesalahan satu sama lain.

Terdapat juga beberapa ahli PAS yang telah keluar daripada parti berikutan kecewa dengan keputusan muktamar kali ke-61 itu.

Mesyuarat kepimpinan baru dalam jawatankuasa Pusat PAS yang pertama semalam tidak membincangkan usul penting iu.

Selain itu, ekoran keputusan pada muktamar itu juga menyebabkan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta supaya semua wakil PAS yang menduduki jawatan dalam kerajaan negeri meletak jawatan. -mk


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan ekadilan berjalan terus... belumpun semingggu "para ulamak" memegang tampuk kepimpinan PAS, kesemuanyasudah huru-hara dan kelam-kabut. itulah yang GB katakan sebelum ini... kemenangan dengan "cai" bukan dengan istikharah, kemenangan dengan memboo pihak tertentu bukan dengan akhlak Islamiah, adalah kemenangan yang rapuh dan tiada keberkatan.

Semalam, Ustadz Idris Ahmad bersama beberapa pimpinan PAS yang menang menyuruh supaya bersabar sehingga Majlis Syura Ulamak membuat keputusan mengenai usul tanpa bahas Dewan Ulamak mengennai putus kerjasama PAS-DAP.

Sekarang Mursyidul Am sudah tidak ada lagi. Haron Din menyatakan beliau bukan Mursyidul Am lagi. Bererti tiada mesyuarat dalam tempoh yang terdekat untuk memutuskan perkara berkenaan sehinggalah Majlis Syura Ulama baru dibentuk.

"Tiada mesyuarat" juga bererti memberi peluang dan ruang kepada kontroversi menjadi lebih buruk. Mungkin penangguhan mesyuarat itu untuk memberi peluang dan ruang lebih lama kepada pemegang-pemegang jawatan dari kalangan ahli PAS di dalam kerajaan Pulau Pinang .

Patuhilah kuputusan muktamar dan usul Dewan Ulamak yang telah diterima tanpa bahas oleh muktamar.. Putuskan hubungan kerjasama dengan DAP, kerana itu yang geng ulamak sendiri yang mahu. Mahu pegang jawatan sampai mati. Betul-betul geng ulamak tak ada maruah diri!!
Read More

Wednesday, 11 March 2015

Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Mursyidul Am Pas...

Rabu, 11 Mac 2015

Mursyidul Am: Haron Din ganti Nik Aziz

FATHIN ATHIRAH HASLI
Haron Din
Haron Din

SHAH ALAM - Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu menggantikan penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

Perkara tersebut diputuskan sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama Pas selepas mendapati Dr. Haron merupakan calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang dipetik sebuah portal memberitahu, pelantikan tersebut diputuskan pada Ahad lalu dalam satu mesyuarat di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur.

"Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob dipilih memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am Pas yang baharu.

"Perlembagaan Pas menyatakan jawatan Mursyidul Am boleh dipilih oleh 15 anggota Majlis Syura Ulama (MSU) untuk tempoh lima tahun," katanya.

Katanya, jawatan Mursyidul Am tidak terikat dengan penggal muktamar sepertimana Jawatankuasa Pas Pusat.

Sebelum ini, ada cadangan oleh pihak-pihak tertentu dalam Pas yang mahukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Mursyidul Am yang baharu.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena