Showing posts with label Najib 'KENCING'. Show all posts
Showing posts with label Najib 'KENCING'. Show all posts

Friday, 18 September 2015

[Video] Najib 'kencing' Ahli PESAKA pula...

Sabtu, 19 September 2015

Selepas 'Kencing' Ahli UMNO, Najib cuba 'Kencing' Ahli PESAKA pula...


Betullah kata Wanita UMNO Langkawi tu.. Najib ni kaki kencing.. apa saja yang dia cakap lebih banyak auta dari fakta, hanya yang bodoh akan mempercayainya bulat-bulat..

Riuh rendah macai-macai yang berbaju merah bertempur dengan FRU di hadapan Petaling Street dia boleh kata "walaupun sebelumnya perhimpunan orang Melayu dimomokkan dengan kekecohan, namun perhimpunan tetap berlangsung aman."



Amanlah sangat.. sebab aman itulah tiga anggota Polis cedera..

Dalam masa yang sama Najib juga akui himpunan itu hanyalah himpunan untuk pertahankan dirinya yang kebelakangan ini dikutuk dari segenap penjuru alam..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan Rabu lalu sebagai satu manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah dan kepimpinan negara daripada dikutuk dan dihina.

Berucap yang merasmikan Perhimpunan Silat Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Merdeka 2015 di Dataran Merdeka malam tadi, Najib pada masa sama menyifatkan perhimpunan itu membawa mesej saling menghormati dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar...tak buat apa..tiga kali tampar..tak buat apa..tapi empat kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga.

"Orang Melayu boleh bangun bila maruah mereka tercalar, bila pemimpin dihina, dikutuk dan dipermalukan. Cukup jangan sesiapa ulang perbuatan durjana seperti ini," katanya.

Najib menegaskan walaupun orang Melayu mempunyai hak untuk marah susulan beberapa perhimpunan haram sebelum ini, namun masih mampu untuk berkumpul secara bertamadun.

Kata Najib, walaupun sebelumnya perhimpunan orang Melayu dimomokkan dengan kekecohan, namun perhimpunan tetap berlangsung aman.

"Tidak ada sepanduk yang menghasut kaum lain, ada tidak?"

"Ada tidak gambar keris berdarah? Ada tak gambar pemimpin pemimpin pembangkang yang kita pijak-pijak gambarnya? Tidak ada, tidak ada. Kita bukan orang yang buat himpunan atau demonstrasi jalanan," jelas Najib.

Najib dalam ucapannya turut mengingatkan bahawa kerajaan tidak akan boleh ditukar melalui demonstrasi jalanan.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat untuk tidak termakan 'racun' yang ditaburkan dari dalam dan luar, mahupun di alam maya yang mahu mengoncang kerajaan.

Turut hadir Pengerusi Pesaka, Tan Sri Ali Rustam, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

Najib pada majlis itu turut mengisytiharkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara lapor AstroAwani

Kenapa agaknya Najib menjadi satu-satunya Presiden UMNO yang dikutuk begini rupa?.. Bukan saja oleh pembangkang malah oleh veteran UMNO sendiri.. macai-macai fikirkanlah.. 

Read More

Monday, 10 August 2015

[Video] Wanita Umno: Najib 'KENCING' 3 juta ahli Umno setiap hari! Bukti Hadi 'Selesa' dengan UMNO?

Isnin, 10 Ogos 2015
baru sedar...

Bukti Hadi 'Selesa' Dengan UMNO

PM berhenti, pecat TPM tidak selesai masalah

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | 10 Ogos 2015.


IPOH: Islam telah menegaskan amanah yang paling terpenting adalah amanah politik.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malangnya masayarakat Islam ketika ini khususnya orang melayu melihat sifat amanah hanya berkisarkan kepada perkara-perkara tertentu.

Sedangkan kata beliau, amanah paling besar adalah amanah dalam memerintah negara dan ia melebihi segala-galanya.

"Malangnya orang Melayu hanya melihat amanah itu berkaitan simpan duit dan kirim barang sahaja.

"Amanah yang disebut dalam Al-Quran dan Hadis adalah amanah memerintah negara, ia adalah amanah paling besar," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan 5.0 di Jalan Pemimpin, Manjoi, Ipoh dekat sini semalam.

Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Daud, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria serta seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Negeri.
KedahLanie

Comment akar umbi: Hadi 'Selesa' Dengan UMNO

Anonymous said...
Bukti (A)
Dekat sgt dgn pru13 @ hari mngundi tiba2 dtg FITNAH pilkuda
----umno gelak guling2 sgguh gumbira skali
----umno gelak sampai ketelinga sbb sgt "SELESA"...hadi lah yg bg umno sgt SELESA!
----seolah2 hadi gumbira dgn cara mmberi umno SELESA!?


Bukti (B)
Tak cukup FITNAH pilkuda, bg pulak watikah LAWAN tiga penjuru
----krn lawan 3 penjuru, umno pon SELESA dan menang smua 6 kwasan itu
----kenapa hadi tolong bg umno SELESA? sbbnya hadi tentu rasa SELESA brbuat begitukan?
----kenapa LANGGAR janji/persefahaman ddlm PR klu bukan utk umno SELESA!?


Bukti (C)
----U-turn PONTENG putar...kejap kata HUDUD bukan keutamaan..tiba2 HUDUD jd priority!?
----smua BUKTI2 diatas jls mnjd kan umno sgt SELESA, apa makna smua itu dihati hadi?


Umno sbg parti sekular/assobiyah serta MCA & MIC sbg parti yg PAS anggap kafir harbi itu pon tak pernah buat khianat FITNAH jahat sprt pilkuda itu utk TIKAM kawan ssama sendiri ddlm BN swtu dekat hari mngundi...tetapi hadi yg mngaku Islam & parti Islam yg mmakai jubah dan serban sggup khianat & FITNAH mnghancurkan harapan rkyat sbaliknya mmberi KESELESAAN kpd umno/BN..pikir ler masak2. 

Jom Bincang, Benarkah Ustaz Hadi 'Selesa' Dengan UMNO?



Mat Sabu: Jika kawan Umno, anda kena keluar.

Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana anggota gerakan itu yang berkawan atau menyokong seteru politiknya Umno, kata pengerusi jawatankuasa penajanya,  Mohamad Sabu.
Ia juga dilihat sebagai satu peringatan tersirat kepada pemimpin PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang kini dilihat selesa dengan Umno.
Begitu lapor Malaysiakini sebentar tadi.

"Sesiapa yang berkawan dengan Umno, anda kena keluar," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, disambut tepukan gemuruh di majlis makan malam Aidilfitri bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Seberang Jaya, malam tadi.

Mat Sabu berkata GHB, yang terdiri daripada bekas progresif dari PAS, dituduh mahu hidup senang apabila mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan kumpulan serpihan PAS itu.

Keputusan untuk membentuk kumpulan baru itu dibuat selepas DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat telah terkubur, selepas PAS di muktamarnya yang ke-61, meluluskan usul memutuskan hubungannya dengan DAP kerana memutuskan hubungan dengan Hadi.

Bagaimanapun, Mat Sabu menolak sebarang tanggapan bahawa pemimpin GHB mahu mencari cara mudah selepas kekalahan mereka dalam pemilihan PAS Jun lalu, yang didominasi oleh sayap ulama.

Mari kita bincang adakah benar 
Ustaz Abdul Hadi 'selesa' dengan UMNO? Apakah buktinya. Selesa macam mana? DAP pernah menuduh PAS akan berkerjasama dengan UMNO lepas muktamar. Tuduhan itu berlaku sejak belum muktamar lagi, tetapi hingga kini, tak ada apa-apa. Sila kemukakan fakta. Buktikan Abdul Hadi nak join atau bersama UMNO.
Pemimpin-pemimpin parti pembangkang lain juga pernah berunding dengan UMNO/BN termasuk PKR dan DAP. Mengapa tidak dikatakan mereka 'selesa' dengan UMNO/BN? (IH)
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena