Showing posts with label PARTI BARU. Show all posts
Showing posts with label PARTI BARU. Show all posts

Tuesday, 19 July 2016

Kenapa Umno macam mabuk todi kutuk parti Mahathir? "Walhal Umno/BN pun menang ngam-ngam saja".

Selasa, 19 Julai 2016
Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baru yang dipercayai bakal dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kenapa Umno macam mabuk todi kutuk parti Mahathir?

ULASAN l Para pembesar Umno/BN serta peniup trompet mereka sepakat bahawa tidak ada apa yang hendak dibimbangkan daripada pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sebuah parti baru akan ditubuhkan.
Itulah gambaran yang saya peroleh daripada membaca laporan media arus perdana dan omongan media sosial pro-Umno/BN.
Anehnya, sambil mendabik dada berkata mereka tidak gentar, mereka bagaikan hilang akal mengutuk cadangan itu dengan menggunakan istilah dan label seperti “menganjingkan”, merugikan rakyat, longgokan sampah, memecahbelahkan Melayu, Dr Mahathir ganti Anwar sebagai ketua pembangkang, pakatan baru tidak selesaikan masalah pembangkang, DAP takut parti baru dan macam-macam lagi.
Kalau parti baru yang dicadangkan itu akan gagal dan Umno/BN tidak terancam, kenapa macam orang mabuk todi kutuk dan maki hamun?
Tumpukanlah perhatian dan tenaga tuan-tuan dan puan-puan menyokong dan menguar-uarkan ketulusan dan kemulusan Umno/BN.
Tak perlulah habiskan masa dan tenaga buat bermacam-macam kutukan dan fitnah terhadap cadangan itu.
Atau mereka sebenarnya tahu parti baru dan pakatan yang akan disertainya berkeupayaan melemahkan lagi Umno/BN yang sudah sememangnya lemah sejak pilihan raya umum 2013?
Kalau mereka tidak takut, mengapakah mereka mengeluarkan senarai palsu kepemimpinan parti itu dan memulakan kempen fitnah ke atas orang yang pada jangkaan mereka akan menerajui parti itu?
Pada PRU 2013 Umno belum berpecah-belah. Skandal penyelewengan 1MDB, derma RM2.6 bilion dan pengalihan duit SRC International belum terdedah.
Dr Mahathir masih menyokong Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkempen dan bantu Umno/BN rampas baik Kedah. Ekonomi belum merudum. Subsidi masih ada dan GST belum dikenakan.
Itu pun Umno/BN menang ngam-ngam saja. Hilang majoriti dua pertiga dan kalah undi popular. Najib salahkan tsunami Cina. Tapi Melayu pun ramai tak undi parti dia.
Sekarang Umno telah berpecah-belah. Pemimpin yang kritik Najib disingkir.
Dr Mahathir berhenti jadi ahli. Skandal 1MDB meledak. Hutangnya melambung kepada RM50 bilion. Bukan RM42 bilion lagi seperti Dr Mahathir dakwa. “Derma Arab” RM2.6 bilion masuk akaun peribadi Najib.
Ekonomi merudum. GST dilaksanakan.
Budak-budak cerdik berkelulusan cemerlang yang dapat tawaran universiti luar negara tapi tak dapat pinjaman atau biasiswa.
Pengangguran melepasi setengah juta. Hampir 200,000 daripadanya ada ijazah dan diploma. Secara teorinya kerajaan sudah muflis.
Tetapi para pembesar Umno/BN dan peniup trompet mereka berkata, penubuhan parti baru itu kerja sia-sia. Najib terus disanjung dan Umno/BN dijunjung.
Jerit tempek mereka mengingatkan saya kepada ayam jantan yang baru belajar berkokok. Suara tidak mersik, irama tidak harmoni dan ekor penuh tahi.
Kerana terlebih makan dedak dan hempas rumbia, kokoknya sumbang buat orang ketawa.

Datuk A Kadir Jasin adalah Tokoh Wartawan Negara dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times. Artikel ini pertama kali disiarkan di blognya - The Scribe A Kadir Jasin.
Malaysiakini.
Read More

Friday, 26 June 2015

Tubuh Parti Baru - Selepas Hadi, Haron Din pula mengelupur? Aik katanya menguntungkan musuh...Hohoo, salah orang jer yang dia nampak?

Jumaat, 26 Jun 2015
Hohoo......salah orang jer yang dia nampak? 

Haron dah lupa apa yang berlaku di Muktamar? Aku rasa mereka bukan kecewa kerana kalah tetapi..........cara kotor yang mengalahkan mereka dari geng serban yang membuatkan mereka kecewa. 

Pada aku tindakan kedua-dua pihak menguntungkan musuh.........tapi siapakah musuh PAS sekarang tak tahulah pula!

Tubuh Parti Baru - Selepas Hadi, Haron Din Pula Mengelupur

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan tindakan pemimpin progesif meninggalkan parti itu hanya akan menguntungkan "musuh" serta melemahkan gerakan Islam.

Menurut laporan The Star hari ini, Haron menasihati kumpulan digelar G-18 itu supaya tidak meninggalkan PAS atau mereka akhirnya akan dilupakan.

"Sekumpulan kambing akan menjadi lebih selamat apabila mereka bersama, tetapi kambing yang memilih untuk bersendirian berdepan risiko diterkam serigala," katanya.

Haron yang tidak pernah memenangi sebarang kerusi dalam mana-mana pilihan raya berkata, dengan berpisah daripada kumpulan utama, mereka bukan saja menyebabkan perpecahan parti, malah gerakan Islam.

"Tindakan mereka hanya akan menguntungkan musuh," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan "musuh" yang dirujuknya itu.

G-18 dilaporkan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan politik selepas mereka disingkirkan secara berkumpulan oleh perwakilan PAS yang bermuktamar di Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun lalu.

Sebagai ganti, kumpulan konservatif menguasai seluruh jawatankuasa pusat serta sayap PAS.

Satu-satunya pemimpin progresif yang memenangi pemilihan itu, Mazlan Aliman, juga kemudian meletak jawatan.

Haron berkata, kekalahan dalam pemilihan lalu bukan bermakna  ahli PAS mahu menghalau mereka, sebaliknya pemimpin terbabit sendiri mahu keluar dari parti berkenaan.

BLM.
Read More

Monday, 22 June 2015

Penubuhan "Parti Baru' dalam Pakatan Rakyat... 'Pakatan Harapan Rakyat', 'New Hope and Dream'

Isnin, 23 Jun 2015

Preview: Penubuhan Parti Baru Dalam Pakatan Rakyat


Politik Malaysia akan diwarnai oleh parti politik baru untuk menguatkan lagi Pakatan Rakyat.

Sebagaimana slogan terdahulu 'Pakatan Harapan Rakyat', 'New Hope and Dream' akan diterjemah pada sedikit masa lagi oleh pemimpin parti dan pemimpin PKR dan DAP.

Harapan dari blog ini, semoga tindakan kali ini akan membawa kebaikan kepada harapan rakyat menjelang PRU14 nanti. Selamat maju jaya.

Ulasan pertama dari dr Zulkefly Ahmad bekas pengarah Strategi dan Penyelidikan Pas.

Pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi "rahmat yang terselindung” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.

Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan 18 (G18) yang tewas itu, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.

"Sejak sekian lama kita bergaduh dalam PAS dengan pendekatan dan pandangan yang berbeza berhubung beberapa perkara, sekarang kita bebas untuk membentuk wadah baharu lebih inklusif untuk semua rakyat negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

G18 mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya dipilih sebagai pengerusi kumpulan ini sementara bekas Naib Presiden Salahudin Ayub dilantik menjadi timbalan manakala bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausahanya.

Semua ahli G18 yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan bertindak ini.

Dzulkefly berkata badan ini akan menggabungkan semua masyarakat sivil di negara ini terutama badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi membentuk satu wadah baharu politik Malaysia berteraskan Islam yang lebih progresif berbanding parti lama mereka.

"Kami yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa ini," katanya yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan PAS itu.

Selain bersatu dengan PKR dan DAP, wadah baharu itu akan menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama.

Dzulkefly bagaimanapun berkata, beliau dan pimpinan G18 akan mengambil pendekatan tidak akan berkonfrontasi atau menjadikan parti lama mereka iaitu PAS sebagai musuh.

"Kita akan melihat masa depan dan cuba melupakan perbezaan pendapat kita dalam PAS. Kita akan membawa gagasan masa depan dan lupakan masalah lama kita," katanya.

Dzulkefly berkata, sepanjang Ramadan ini kumpulan berkenaan akan mengadakan mesyuarat bersama pertubuhan Islam dan bukan Islam serta pemimpin masyarkat di seluruh negara bagi menjelaskan peranan pergerakan itu.

Pengumuman lanjut, katanya hanya akan dibuat selepas sambutan Aidilfitri dan selepas mendapat maklum balas daripada akar umbi serta pertubuhan yang berkaitan.

Menurut laporan, kumpulan itu juga merancang untuk menganjurkan pameran bergerak di seluruh negara dan akan menyokong kempen “Harapan Baru” atau “The New Hope and Dream” selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

sumber...TMI
Read More

Tuesday, 2 June 2015

Selepas Muktamar Pas - Berkemungkinan akan lahir PARTI BAHARU?

Rabu, 3 Mei 2015

Berkemungkinan akan Lahir PARTI BARU dari serpihan PAS seperti AKP di Turki selepas muktamar nanti

Asing parti politik dan gerakan Islam, kata penganalisis kepada PAS
Penganalisis menjangka pemilihan pada muktamar PAS Khamis ini bakal menyaksikan golongan profesional kalah teruk dalam pertembungan dengan golongan konservatif PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015.
Penganalisis menjangka pemilihan pada muktamar PAS Khamis ini bakal menyaksikan golongan profesional kalah teruk dalam pertembungan dengan golongan konservatif PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015.

Menjelang pemilihan pada muktamar PAS Khamis ini, perwakilan parti itu diajak membawa pendekatan baharu dan menjadi trend perjuangan Islam di seluruh dunia, dengan mengasingkan parti politik daripada gerakan Islam.

Penganalisis menjangka pemilihan itu bakal menyaksikan golongan profesional kalah teruk dalam pertembungan dengan golongan konservatif PAS.

Maka perwakilan disaran memilih antara memenangkan golongan profesional agar mereka boleh memimpin parti sepenuhnya, atau mengasingkan diri daripada pendekatan ulama yang ada dalam PAS sekarang dan membentuk parti baharu menyertai PKR, DAP dan gerakan sivil demi kepentingan negara secara keseluruhannya.


Inilah pintu keluar yang perlu dipertimbangkan golongan profesional dalam PAS selepas Muktamar Tahunan ke-61 ini, kata Profesor Dr Abdul Latif Ibrahim.

"Model PAS sekarang sudah salah. Dulu okay lah, tetapi sekarang, dengan kita belajar dari Turki, Tunisia dan tempat-tempat lain, tidak boleh lagi gerakan Islam itu juga parti politik.

"Ikhwan (Muslimin) juga sudah berubah. Mereka tubuh parti politik. Biarlah parti politik masuk dengan sepak terajang politik, jika timbul apa-apa isu," kata bekas penolong setiausaha agung PAS itu.

Latif berkata, pendekatan yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama muda yang menyokongnya sekarang tidak lagi bertepatan dengan realiti semasa politik dunia.

"Mereka bersama golongan profesional Islam dalam Abim dan Ikram misalnya, perlu bersedia menubuh parti baharu untuk bersama PKR dan DAP serta gerakan sivil dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai hasrat yang sama, iaitu membawa gerakan rakyat untuk membuat perubahan dalam politik negara secara berskala besar.

"Ada yang kata, jika buat parti serpihan, ia akan mati. Saya kata tidak, kerana perpecahan dalam PAS sekarang, dari atas sampai ke bawah. Kalau tokoh yang besar-besar ini masuk ke sana (parti baru), pengikut yang bawah ini akan ikut dengan ramai.

"Kita nampak ini gambaran besar yang ada sekarang dan perlu diterima ahli PAS jika mereka mahu terus ke depan," kata Latif kepada The Malaysian Insider.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu merupakan salah seorang pemikir dalam PAS yang dilantik penolong setiausaha agung pada sesi lalu, namun melepaskan jawatan itu selepas satu penggal.

Kajian yang dibuat badan bebas memperlihatkan golongan profesional dalam PAS sekarang akan dikalahkan sepenuhnya dalam muktamar kali ini selepas kedua-dua belah pihak berbeza pendapat sejak sekian lama dalam isu kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR).

50% perwakilan dalam muktamar ini dijangka terdiri daripada muka baru yang pertama kali menjadi perwakilan, sementara hanya 10% mereka dipercayai bebas pengaruh mana-mana kumpulan dalam PAS, yang dikatakan kini dikuasai golongan konservatif.

Calon presiden, bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang yang menentang Hadi, dijangka mendapat 25% undi sahaja, manakala Mohamad Sabu yang ditentang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi kerusi timbalan presiden dijangka hanya akan mendapat sekitar 35% sokongan sahaja.

Hanya Salahudin Ayub penyandang yang dijangka akan menang kerusi naib presiden PAS,

manakala penyandang ketua Pemuda Suhaizan Kaiat dan ketua Muslimat Siti Zailah Yusof dijangka gagal mempertahankan jawatan mereka.

Ibrahim Sufian dari Merdeka Center juga turut membuat jangkaan sama mengenai apa yang berlaku dalam PAS sekarang, di mana kemaraan golongan ini tidak boleh lagi disekat.
"Saya rasa ulama akan menang besar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagi Latif, jika hanya sebahagian kecil dari golongan profesional dalam PAS menang, mereka tidak akan boleh berbuat apa-apa.

"Kalau Salahudin menang dan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) di kalangan profesional pun menang, apa yang mereka boleh buat?" soalnya.

Katanya, sebelum pemilihan ini, majoriti AJK PAS dari golongan profesional.

"Dengan sokongan AJK pusat kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor pun, cara pintu belakang boleh dibuat untuk mengenepikan beliau, inikan pula ketika golongan ini menguasai parti sepenuhnya," kata Latif.

Baginya, ahli dan pemimpin PAS perlu belajar dari rakan mereka di luar negara.
"Mereka kena buat platform baru, iaitu parti politik baru seperti AKP di Turki yang bukan gerakan Islam," kata Latif merujuk kepada parti AKP yang memerintah Turki sejak 2002 lalu.

"Gerakan Islam terus kekal sebagai gerakan Islam yang besar itu," katanya menggambarkan umat Islam secara keseluruhannya.

AKP berasal dari parti Islam Refah, tetapi berpecah dengan golongan konservatif yang membentuk parti Saadet. – 3 Jun, 2015.
Posted by Kedah Lanie 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena