Showing posts with label PIL KUDA. Show all posts
Showing posts with label PIL KUDA. Show all posts

Tuesday, 14 July 2015

'Pil kuda' akan bergegar lagi...Asmuni Awi dan Mohd Fitri Asmuni didakwa tidak berminat lagi untuk mewakili Hadi

Selasa, 14 Julai 2015

Haji Hadi belum selamat, isu pil kuda akan bergegar lagi 


Usaha Mohd Shamsul untuk membersihkan namanya tetap diteruskannya. Shamsul calon PKR Dun Bukit Besi , Terengganu yang mendakwa Tok Guru Haji Hadi menuduh beliau mengedar pil kuda.

Beliau masih mahu menuntut namanya dibersihkan. Rayuan kes saman fitnah RM2 juta yang dikemukakan Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul, telah difailkan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, rayuan Mohd Shamsul di Mahkamah Rayuan akan didengari pada 27 Julai ini, 9 pagi.

Dalam pada itu peguam TG Haji Hadi semasa kes semakan semula kehakiman di Mahkamah Tinggi , Kuala Terengganu dahulu, Haji Asmuni Awi dan Mohd Fitri Asmuni didakwa tidak berminat lagi untuk mewakili Tok Guru Haji Hadi.
Read More

Monday, 22 June 2015

Tolong 'obatkan' pemimpin PAS ni! Dah dicakap kan orang bahawa PR sudah 'mampos'. Kini 'Pakatan Harapan Rakyat', 'New Hope and Dream' lah...

Selasa, 23 Jun 2015
Beb Tolong Ubatkan Pemimpin PAS Ni Beb...

Dah dicakap kan orang bahawa Pakatan Rakyat (PR) sudah Mampos tapi Pemimpin PAS masih gak lagi sibuk dengan PR... macam lah Sayang sangat dengan PR semasa PR tu masih hidup, konon-konon nya semasa PR masih hidup Pemimpin PAS yang diketuai Tuang Presideng dari Rusila tu lah yang Paling Banyak Berjasa pada PR... Masyuarat PR tak nak datang... sudah lah tak datang lepas tu Sombong pulak tu beb... dengan berkata Ikut Saya lah nak datang ke tidak... 

Lawak betul Pemimpin PAS dari Negeri Tuang Presideng ni beb... boleh lagi cakap yang PAS tak setuju Parti Baharu sertai PR... apa yang dia tak setuju tu tak tahu lah... cuba gak lu orang Ubatkan Persurujaya PAS Terengganu ni beb... gua ingat lah mungkin beliau ni sudah Berangan habis untuk Menawan Negeri Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti... maka masing-masing dah pun terbayang menduduki Jawatan dalam Kerajaan Terengganu kot beb... 

Sedangkan semasa PR yang boleh di ibaratkan dalam keadaan cukup Selesa untuk Menang pada PRU13 pun PAS Terengganu tetap Gagal menawan Negeri Terengganu daripada UMNO, ini kan pulak dimasa PAS dalam keadaan yang Huru Hara seperti sekarang... baik aje le PAS Terengganu berhenti Berangan... ada lagi baiknya lu orang Tolong Tuang Presideng bersiap untuk menjawap Soalan dalam Mahkamah berkaitan Saman Fitnah Pil Kuda yang belum selesai lagi... 


Dengar cerita satu lagi Saman akan Menyusul tak lama lagi dari Bekas Naib Presiden PAS Ustad Ahmad Awang berkaitan Fitnah yang mengatakan Ustad Ahmad Awang sebagai Calon Pilihan DAP... rasa-rasa nya hanya Tuang Presideng yang berstatus seorang Ulama' Tersohor Dunia saja yang kena Saman Fitnah Pil Kuda, ada mung dengar Ulama' lain dalam Dunia yang kena Saman Fitnah Pil Kuda... cuba mung bagi tahu mana dia Ulama' lain yang kena Saman Fitnah Pil Kuda... 


Memang elok betul bila dikatakan yang PR tu dah Mampos beb... sebab jika masih lagi si Tuang Presideng tu menjadi Presideng PAS jawapnya entah apa lagi Kerja Gila yang beliau akan lakukan dengan tidak dijangka, tengok aje semasa PRU13. Punya lah PR suruh Najib bubar Parlimen secepat yang boleh, konon-konon nya yang PR sudah cukup bersedia... mana kala Najib pulak dikatakan sampai memakai Pampers kerana punya lah takut untuk membubarkan Parlimen... 

Last-last pada hari Penamaan Calon 7 kerusi kalau tak silap gua PAS bertanding dikerusi yang sudah diperuntukan kepada PKR... tak ke Kerja Gila nama nya tu... seperti biasa lah Tuang Presideng punya Pusing... Calon berfahaman Komunis lah.... Calon jual Pil Kuda lah macam-macam Tuang Presideng punya Belit macam Belitan yang ada kat Kepala Tuang Presideng. Konon ada Risikan lah... sedangkan jika ada Risikan kenapa tidak berhubungan dengan Kepimpinan PKR...


Tuang Presideng Spin lagi... konon nya itu terpulang kepadan PAS Negeri yang tentukan... jadi macam mana yang gua tak cakap bahawa beliau punya belit seperti Belitan yang ada kat Kepala beliau. Elok betul lah PR tu mampos... kalau PR masih hidup lagi entah apa yang tak dijangka akan si Tuang Presideng tu lakukan semasa hari Penamaan Calon pada PRU14 nanti. Banyak kerja yang beliau buat boleh dikatakan memberi Tongkat kepada UMNO apabila UMNO hampir hendak Tumbang... kah kah kah !. sumber SH


ulasan:

MalaysiabaruIsnin, Jun 22, 2015 6:28:00 PTG 
Kami 8juta pengundi di pantai barat perlukan g18 untuk kemudi kami pd pru14 nanti. Kami tidak akan sokong pas lagi.. Kami mahukan wadah baru Mahfus di Kedah. Mat sabu di Penang. Nizar di perak. Khalid samad di Selangor dan salahuddin di Johor untuk kemudi kami di pru 14 melalaui  Parti Progressive Islam Malaysia Kami perlukan kamu g18 untuk sebuah negara islam progresive lagi agung. Please you ex pas people guide us to glory n win ge 14 

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang di 12:09:00 PG

Read More

Monday, 15 December 2014

PIL KUDA - Mahkamah Tolak Saman 2 juta terhadap Presiden PAS dengan kos RM10,000

Isnin, 15 Disember 2014

ASMUNI AWI

PIL KUDA ... MAHKAMAH TINGGI KUALA TERENGGANU TOLAK SAMAN RM2 JUTA TERHADAP PRESIDEN PAS DENGAN KOS.
http://omakkau.blogspot.com/2014/12/pil-kuda-mahkamah-tinggi-kuala.html


Terkini dari Kuala Terengganu..

Pertuduhan ditolak dgn kos.. Kos perbelanjaan sepanjang perbicaraan akan ditanggung oleh plantif

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menolak dengan kos saman fitnah yang dikemukakan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Allahu Akhbar!!!

Berita Penuh

Pil kuda :
Saman terhadap Presiden PAS ditolak dengan kos

KUALA TERENGGANU :

Mahkamah Tinggi di sini menolak saman yang difailkan oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan kos.

Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.

Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.

Presiden PAS diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. 

- HARAKAHDAILY 15/12/2014 
PIL KUDA ... MAHKAMAH TINGGI KUALA TERENGGANU TOLAK SAMAN RM2 JUTA TERHADAP PRESIDEN PAS DENGAN KOS. 
Akhirnya kebenaran dan keadilan terserlah dan terungkai .... sudah pasti berita dan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu ini membuat para pembenci TGHA meroyan sakan mengutuk keji sistem kehakiman negara kita tidak adil. 

Dahlah saman kalah kena bayar pula kos RM10,000 kepada TGHA selain kena bayar upah untuk gajikan peguamnya. 

Mahkamah Tinggi di sini menolak saman yang difailkan oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan kos. 

Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu. 

Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda. Presiden PAS diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata, walaupun mahkamah bersetuju penyataan defendan berundur fitnah tetapi plaintif gagal membuktikan ia ditujukan kepadanya kerana nama dan identiti calon tidak disebut. 

Di seluruh Malaysia, katanya, ada 6 DUN yang terlibat dengan isu ini bukannya satu, dan tidak semestinya ia ditujukan kepada plaintif. 

Hakim berkata, defendan iaitu Hadi juga dilindungi qualified privilege (perlindungan bersyarat) kerana berucap selaku presiden parti kepada ahli dan penyokong semasa kempen pilihan raya. 

Dalam penghakimannya, hakim berkata, Hadi memenuhi semua syarat ketika menyampaikan ucapan itu. Beliau memutuskan Hadi tidak bersalah dan mengenakan kos RM10,000 kepada Shamsul. 

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membuat penghakiman engkar ke atas Hadi kerana beliau tidak memfailkan pembelaan diri dan meminta beliau membayar RM2 juta kepada Shamsul. Bagaimanapun, mahkamah kemudiannya mengenepikan perintah itu selepas rayuan Hadi.
Posted by OMAK KAU!!!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena