Showing posts with label PKR & DAP. Show all posts
Showing posts with label PKR & DAP. Show all posts

Friday, 8 May 2015

Bertuah kita yang ada mak & ayah...Maaf Ana! PKR & DAP bukan kawan Ana...!

Jumaat, 8 Mei 2015

Kedua-dua Pemandu Myvi Terlibat Dalam Kemalangan di Lebuhraya DUKE Mengaku Tidak Bersalah.


KUALA LUMPUR: Dua orang pemandu kereta jenis Myvi yang terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya DUKE baru-baru ini mengaku tidak bersalah di mahkamah Majistret Jalan Duta pagi tadi.


Bertuah kita yang ada mak & ayah semenjak kita kecil...


Maaf Ana Pro Ulamak Tapi Ana Pakatan Rakyat Tapi PKR & DAP bukan kawan Ana...!!!


"Adakah enta orang Islam...?"
.

"Ya, ana orang Islam."
.

"Ana pun Islam, tapi belum tentu kita bersaudara... Enta PR atau BN?"
.

"Ana Pakatan Rakyat..."
.

"Ana pun PR, tapi belum tentu kita sekapal.... Enta PAS atau PKR...?"
.

"Ana PAS."
.

"Ana pun PAS, tapi belum tentu kita sefikrah... Enta pro ulamak atau pro Anwar...?"
.

"Ana pro ulamak."
.

"Ana pun pro ulamak, tapi belum tentu syurga kita sama... Enta pro Nik Amar atau Nik Abduh...?"
.

"Sebelum jawab, boleh ana tanya.... Enta ni tolol ke bangang...?"

Syssss
Read More

Friday, 5 September 2014

Naib Presiden PAS: PKR & DAP - Jangan terlebih campuri urusan PAS...Jangan melampau!

Sabtu, 6 September 2014
Jangan terlebih campuri urusan PAS...
HARAKAHDAILY | 05 September 2014.

KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan semua parti dalam Pakatan Rakyat untuk saling menghormati antara satu sama lain dengan masing-masing tidak terlalu mencampuri urusan parti lain.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mutakhir ini banyak berlaku di mana pihak lain cuba mencampuri urusan dalaman PAS khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor.

"Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti-parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.

"Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak bersetuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormat," katanya kepada Harakahdaily Hari ini.

Beliau mengambil contoh dalam isu hudud di mana DAP tidak bersetuju dengan PAS dalam isu tersebut.

Namun katanya, PAS menghormati perbezaan pandangan dengan DAP itu dengan menganggap itu hak parti itu.

"Kita PAS menghormati pendirian mereka (DAP) dan kita tidak mengkritik mereka," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan dari rakan pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat yang seolah-olah tidak menghormati perbezaan pendapat dari PAS.

Malah kata beliau, terdapat kenyataan-kenyataan seperti mengkritik PAS dan cuba mengajar PAS dalam membuat keputusan khususnya dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sementara itu, berdepan dengan perkembangan semasa dalam isu tersebut, Tuan Ibrahim menasihatkan seluruh ahli PAS agar bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan parti.

"Saya mengambil sikap, kalau kita tidak tahu, tak payah cerita kepada orang lain yang kita tak tahu," katanya.

- HARAKAHDAILY 5/9/2014
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena