Showing posts with label PRK N20 Sg. Limau. Show all posts
Showing posts with label PRK N20 Sg. Limau. Show all posts

Monday, 21 October 2013

PRK N20 Sg. Limau : Pertembungan BN (Guru) & PAS (Guru)...

Selasa, 22 Oktober 2013
Pilihan Raya Kecil N20 Sungai Limau
Ustaz Azam berucap pada Majlis Pengumuman Calon N20 Sungai Limau, malam tadi.


Photo: Malam ini Team Ameerah Malaysia turut sama ke Sungai Limau untuk pengisytiharan calon.

Selepas ini akan menyusul beberapa lagi team ke sana untuk sama-sama berjuang mengekalkan kemenangan di Sungai Limau.

Semangat anak muda kita iringi dengan untaian doa qudus.

Bismillah kami melangkah!
PAS malam ini mengumumkan bekas guru Azam Samad sebagai calon pilihan raya kecil Sungai Limau, bagi berdepan dengan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mengumumkan keputusan di Kampung Sungai Limau Dalam sebentar tadi.
Siang tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Sohaimi, bekas pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) sebagai calon dalam pilihan raya kecil 4 November depan.
Latar Belakang Calon PAS PRK Sg. Limau

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai Ustaz Mohd Azam Samad (gambar) diumumkan secara rasmi sebagai calon PAS bagi PRK Dun Sg Limau. Beliau yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan merupakan Pengarah Jabatan Pasti Kedah.

Seorang pendidik, Ketua Pemeriksa STAM dan penggubal kertas peperiksaan STAM Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam majlis ceramah pengumuman calon di Sungai Limau malam ini.

Azam yang baru dilantik memegang jawatan Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai baru-baru ini, menjadi sebutan akar umbi dan penduduk, antaranya di Kampung Ulu Sedaka, Batu 18, Sungai Limau Luar, Sungai Daun Atas dan Kuala Sedaka.

“Beliau boleh mematikan hujah mereka (BN) kerana mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, berlatar belakang agama dan berperibadi mesra pengundi.
“Dulu, datuknya, Hamid Ibrahim juga adalah antara pengasas Pas Kedah dan beliau dibesarkan di pondok Al-Nahdhoh. Beliau juga mampu memimpin bacaan tahlil dan berkhutbah seperti yang dikehendaki masyarakat setempat,

Penamaan calon akan diadakan pada 23 Oktober dan pengundian pada 4 November.
Posted by Addin Deen at 10/22/2013

azlan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober ini sebagai hari penamaan calon, manakala 4 November depan sebagai hari mengundi.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian bekas menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Razak kerana komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 September lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi.
Malaysiakini.
Read More

Sunday, 6 October 2013

PRK N20 Sg. Limau - Isu Calon BN: Saya adalah neutral, saya tidak berminat berpolitik (Bekas pelajar Maktab Mahmud)...

Ahad, 6 Oktober 2013
PRK N20 Sg. Limau - Isu Calon BN: Ini Penjelasan Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu
ALOR SETAR – “Saya mahu kekal sebagai pendakwah bebas dan tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik,” kata Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Ahmad Faisol Omar.

Beliau lebih selesa dengan kerjaya sekarang yang menjadi darah dagingnya dan keluarga sejak lebih 20 tahun lalu.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan beberapa perkara dan memilih untuk terus kekal sebagai pendakwah dalam melaksanakan khidmat kepada masyarakat

“Saya harap selepas ini tidak ada lagi mana-mana pihak yang cuba mengaitkan saya dengan mana-mana parti politik. Saya adalah neutral.

"Saya tidak berminat dengan mana-mana parti dan lebih selesa sebagai pendakwah bebas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ahmad Faisol berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi yang mengatakan beliau antara calon yang akan diketengahkan dalam PRK Dun Sungai Limau 4 November ini.

Menjawab persoalan itu, katanya, beliau sendiri terperanjat apabila namanya disebut di dalam akhbar dan laman web sebagai antara calon yang tersenarai untuk mewakili BN.

“Saya ingin buat penjelasan bahawa buat masa ini, saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik. Cadangan saya adalah untuk kekal sebagai penjawat awam dan pendakwah bebas.

“Pendirian saya juga begitu. Mana mungkin saya terima pelawaan untuk bertanding di PRK Dun Sungai Limau sedangkan saya tidak berminat ke arah itu (berpolitik). Saya lebih selesa sebagai pendakwah yang neutral," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Ahmad Faisol yang juga bekas pelajar Maktab Mahmud antara calon yang disebut untuk dipertaruhkan menembusi tembok Pas di Sungai Limau

Antara nama yang disebut untuk mewakili BN ialah Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah yang mempunyai penampilan sederhana dan mesra atau Mohd Fadzillah Mohd Ali iaitu sepupu bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

PRK Dun Sungai Limau diadakan selepas penyandangnya, Azizan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini pada 26 September lalu selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan 4 November sebagai hari pengundian.
SinarHarian/SEDAKASEJAHTERA.COM
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena