Showing posts with label Pakatan Baru. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Baru. Show all posts

Tuesday, 7 July 2015

TONGKANG PECHAH...Pinggan tak retak, nasi tak tepu; Kamu buat le PIHAK, Kami buat PAKATAN BARU.

Selasa, 7 Julai 2015

PINGGAN TAK RETAK DI TONGKANG PECHAH

Pinggan tak retak, 
nasi tak dingin;
Orang tak hendak
kami tak ingin.

Pinggan tak retak,
nasi tak sejuk;
Bukannya anak-anak,
kami tak merajuk.

Pinggan tak retak,
Nasi tak kering;
Kamu berpuak-puak,
Kami nak berpaling.


Pinggan tak retak,
nasi tak basi;
Jangan bentak-bentak,
Kami ada harga diri.
Pinggan tak retak,
Nasi tak tumpah;
Kami nak politik berakhlak.
Bukan maki dan sumpah.


Pinggan tak retak,
nasi tak lembik;
Sekarang dah muak,
tak payah panggil balik.

Pinggan tak retak,
nasi tak tepu;
Kamu buat le PIHAK,
Kami buat PAKATAN BARU.

Sebagai bukti, berikut gambar sekitar program Himpunan Badar Qubro pada 5 Julai 2015. Antara penceramah ialah Ketua Harapan Baru, Tuan haji Muhamad Bin Sabu.

Ini bukan gambar pinggan mangkok yang melayang dalam program di Masai.

Gambar program di Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor ini menunjukkan walau pun tanpa "ulama" dunia, ia tetap mendapat sambutan.







Pinggan tak retak,
makan pun berselera;
Jangan kata tidak,
Jom tuju Putrajaya.

Read More

Friday, 3 July 2015

Mat Sabu sahkan Pakatan Baru akan ditubuhkan selepas Raya..."Kita akan lihat munculnya gelombang baharu,"

Sabtu, 4 Julai 2015

Mat Sabu Sahkan Pakatan Baru Akan Ditubuhkan Selepas Raya


Pakatan baharu akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini, kata bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohamad berkata pakatan baharu itu nanti akan menjadi lebih hebat daripada Pakatan Rakyat yang diumumkan tidak lagi wujud baru-baru ini.

Katanya, pakatan baharu itu perlu menjadi gabungan yang menjunjung integriti sebagai nilai penting.

"Tugas kita bukan hanya menggantikan UMNO dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru.

"Saya sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti dan mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam.

"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," Mohamad dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian di majlis berbuka puasa anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di The Light Hotel di Seberang Jaya malam tadi.

Katanya, Islam agama yang menganjurkan keamanan dan Al-Quran juga mengajar umatnya bercakap dengan santun dan menggunakan perkataan yang baik apabila berbicara atau berhujah, baik dengan orang Islam mahupun dengan bukan Islam.

"Ia tidak mengajar kita menggunakan perkataan seperti serigala, anjing atau jebon.

"Tak kena tu," katanya lagi.

Kenyataan Mohamad itu dipercayai merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan serigala dan anjing boleh terus menyalak, tetapi PAS tidak akan berganjak daripada agenda hududnya.

Selain Mat Sabu, turut hadir ialah presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi, bekas pemimpin PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, bekas strategis PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Sementara itu, Mujahid berkata, tidak perlu sedih dengan terkuburnya Pakatan Rakyat kerana satu kuasa baharu akan muncul.

Beliau berkata gabungan yang lebih kuat akan terus berusaha untuk rakyat.

"Kita tidak pernah lihat sebelum ini, yang kalah disanjungi. Saya bercakap ini, tentang parti saya (PAS).

"Kita akan lihat satu gelombang baharu. Harap-harap dengan ketibaan Syawal, kita akan lihat munculnya gelombang baharu," katanya di majlis tersebut.

Manakala Phahrolrazi pula menegaskan mengatakan wujud keperluan segera untuk menubuhkan satu gabungan baharu dalam kalangan parti pembangkang.

"Kita mesti ada gabungan baharu. Saya sudah katakan, kalau G18 tak buat, PasMa akan buat," katanya.

DAP dan PAS berbalah sejak parti Islam tersebut membentangkan dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac.

Awal bulan lepas di muktamar tahunan PAS, parti itu menerima tanpa bahas usul daripada Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
BLM.
Read More

Friday, 26 June 2015

Dulu Umno Baru, sekarang Pakatan Baru - Biarkan Hadi kalau dia nak 'kahwin' dengan umno...

Sabtu, 27 Jun 2015

Dulu umno baru, sekarang pula Pakatan baru





Pada hari yang sama bila suara Anwar dari tirai besi di Sg.Buloh kata Pakatan Rakyat akan muncul dengan lebih kuat dan teratur, pemimpin-pemimpin yang terdiri dari mereka yang telah mati dalam Pakatan Rakyat 1.0 telah muncul bertemu, berbincang, berbahas, memerah otak sambil pekena pulut udang, cucuq badak, karipap, onde-onde, putu mayung dan apom balik dalam satu sesi berbuka puasa di sebuah rumah di Kuala Lumpur.

Biar lah gambar sebagai bukti yang berbicara. Gambar-gambar mereka bertebaran dalam internet duduk bersama-sama, duduk-duduk, berpegang tangan sambil tersenyum dimana dikatakan yang mereka berbincang tentang mahu melahirkan Pakatan Rakyat 2.0.

Biarpun muktamar PAS telah mengambil keputusan untuk bercerai dan berpatah arang dengan DAP, namun malam itu telah membuktikan yang Pakatan Rakyat 2.0 yang lebih kuat seperti kata Anwar Ibrahim yang akan menerajang Najib dan BN/umno dari Putrajaya pasti menjadi kenyataan untuk beranak.

dollah yankee -
Kita biarkan TG Hj.Hadi kalau dia nak kahwin dengan umno, kerana perkahwinan mereka tidak akan kekal sebab umno akan menceraikan TG Hj.Hadi dan Hj.Hadi akan menjadi janda yang kesepian dan gersang ... Kah..Kah..Kah..


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena