Showing posts with label Pas-Umno. Show all posts
Showing posts with label Pas-Umno. Show all posts

Wednesday, 17 May 2017

Huh! [Video Muhyiddin: "Baik juga kalau PAS bergabung dengan Umno] Pakatan Harapan ada peluang lebih baik jika Pas-Umno bergabung.

Rabu, 17 Mei 2017

Pakatan Harapan ada peluang lebih baik jika Pas-Umno bergabung

Pakatan Harapan akan mempunyai peluang lebih baik untuk menang pada pilihan raya umum akan datang jika Pas bergabung dengan Umno, kata Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ini kerana, katanya, Pakatan Harapan akan berdepan dalam pertandingan satu lawan satu dan bukannya pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita dalam Pakatan Harapan akan terus mengatur langkah, untuk menerima hakikat bahawa Pas tidak lagi bersama kita, kita mungkin berhadapan tentangan tiga penjuru.
“Tetapi baik juga kalau mereka (Pas) nak bergabung dgn Umno, kita tentang dua penjuru, peluang lebih besar untuk menang.
“Apa-apa pun, strategi akan kita susun untuk mendapatkan kejayaan,” katanya pada sidang akhbar di Kedah  hari ini.
Katanya melalui kajian yang telah dibuat Bersatu, jelas jika berlaku satu lawan satu ia lebih mudah.
"Jika berlaku tiga penjuru kita akan berhadapan dengan persaingan.
"Jika kita mengatur strategi yang betul jika berhadapan tiga atau empat penjuru cara bagaimana kita akan usahakan apa jua situasi kita ada peluang untuk menang.
"Setakat hari ini Pas tidak mahu bekerjasama dengan kami dan sudah tidak ada lagi kerjasama yang disebutkan jika merujuk kenyatan Hadi sebelum ini, kita kena atur strategi lainlah," ujarnya.
Muhyiddin juga membidas Pas kerana sanggup bekerjasama dengan Umno.
“Mereka kata tak menyokong parti yang ada dalam Pakatan Harapan, tapi mereka sanggup bersekongkol dengan Umno, yang kita tahu sejak sejarah awal sampai sekarang pun mereka kata Umno ini bukan parti Islam dan mereka menentang segala apa yang dilakukan oleh Umno dan BN.
“Kita sudahpun jelaskan hari ini bahawa Umno ini dikaitkan dengan rasuah dan salah guna kuasa, jadi menghairankan kami mengapa PAS sanggup berkerjsama, sedangkan PAS ini katanya parti Islam…,” kata bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno itu.
Read More

Thursday, 2 July 2015

Mengapa berlaku perpecahan di dalam PAS sekarang ini...Bukti kukuh 2 video PAS-UMNO

Khamis, 2 Jun 2015

2 Video Ini Cukup Untuk Menerangkan Mengapa Berlaku Pepecahan di Dalam PAS Sekarang Ini

  • JULY 2, 2015 AT 1:32 AM
  •  
  •  
  • 0 COMMENTS
  • Sejak 2008, sudah ada usaha dari Majlis Syura Ulama (MSU) sendiri yang mahu melaksanakan agenda untuk mewujudkan kerajaan perpaduan (UG) di antara PAS-UMNO di Perak dan Selangor, dan mengkhianati kemenangan yang telah dicapai oleh gabungan PAS-DAP-PKR (pada ketika itu nama Pakatan Rakyat belum wujud). Malangnya ramai yang tidak mengetahui kerana usaha itu berjaya di rahsiakan oleh kepimpinan tertinggi PAS, iaitu di peringkat Presiden dan MSU. Perkara ini berjaya di sembunyikan sehinggakan Tok Guru Nik Aziz sendiri sebagai pengerusi MSU tidak tahu menahu mengenai hal ini. Siapakah di dalam MSU yang terlibat di dalam agenda Kerajaan Perpaduan (UG) selain dari Nasaruddin Mat Isa yang diarahkan untuk menjadi orang tengahnya? Tonton 2 video di bawah:



    Perkara ini lah yang menjadi punca perbalahan di dalam PAS sehingga mewujudkan apa yang dipanggil Golongan Ulama dan Profesional atau sekarang lebih di kenali sebagai Kumpulan Konservatif dan Kumpulan Progresif di dalam PAS. Bukan kerana di dalam kedua-dua kumpulan ini tiada golongan ulama atau golongan profesional yang menyokong mereka, tetapi kerana perbezaan aliran pemikiran inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan di dalam PAS terutamanya kerana keengganan kumpulan progresif untuk bersama membentuk kerjasama politik dengan UMNO dan mengkhianati majoriti aspirasi rakyat yang mahu menumbangkan UMNO Barisan Nasional melalui Pakatan Rakyat.
    Di dalam video di atas juga di paparkan bagaimana kumpulan progresif ini digelar dengan pelbagai gelaran contohnya Anwarinas (yang turut di popularkan oleh Utusan Malaysia), Parasit, Jebon dan sebagainya. Seterusnya bagaimana perancangan telah di buat untuk menyingkirkan kesemua pimpinan kumpulan progresif di dalam PAS dan digantikan dengan kumpulan konservatif yang mesra UMNO. Sehingga ketahap ini UMNO telah berjaya di dalam usaha mereka untuk memerangkap PAS dan memecah-belahkan sesama ahli mereka dan seterusnya memecah-belahkan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat.
    Hasil dari itu wujudlah gerakan harapan baru sekarang ini yang tujuan asalnya adalah untuk meneruskan semula perjuangan asal PAS yang dibawa oleh arwah Ust. Haji Fadzil Mohd Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mahukan mengekalkan perpaduan di kalangan ahli-ahli PAS yang mahu menumbangkan UMNO BN dan mengekalkan serta memperkuatkan perpaduan di kalangan kesemua parti utama di dalam Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana sehingga kini adalah dirasakan bahawa inilah platform terbaik yang ada untuk merealisasikan cita-cita tersebut.
    Sumber: Artikel Asal Admin Kejar.Org.
    Read More

    Wednesday, 10 June 2015

    [Video Siku & Lutut] PAS-UMNO - Kerana berdua lebih baik dipersilakan...Mana lutut, siku kamu sekarang? tanya LGE

    Rabu, 10 Jun 2015

    PAS-UMNO...Kerana berdua lebih baik dipersilakan....

    oleh Farhan Haziq Mohamed


    Salah satu kain rentang yang pernah dinaikkan di Kuala Lumpur.


    (Salah satu kain rentang yang pernah dinaikkan di Kuala Lumpur)

    Senario terkini politik negara adalah sesuatu yang sudah dijangka. Ramai yang meramalkan akan ada sesuatu untuk menggugat Pakatan Rakyat ini.

    Akhirnya, perkara yang dibimbangi itu menjadi kenyataan. Betapa caca-marbanya keadaan PAS kini pada era pascamuktamar 2015. Perhimpunan yang sepatutnya mengukuhkan PR menjadi medan serangan bertali arus ahli parti itu kepada rakan sendiri.

    Pada masa sama, PAS sebagai parti pembangkang, tiada sekelumit pun serangan khas buat agensi 1MDB atau perdana menteri.

    Mana lutut, siku kamu PAS?

    Lim Guan Eng
    KUALA LUMPUR, 10 JUN: “Mana siku dan lutut sekarang?” tanya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam sidang media di parlimen hari ini.

    Guan Eng menjawab soalan daripada wartawan yang bertanya mengenai kemungkinan kerajaan Pulau Pinang bersikap terbuka jika PAS melakukan pusingan U berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP.

    Komen spontan Guan Eng itu kemudian disambut dengan ketawa oleh wartawan dan beberapa ahli parlimen DAP yang hadir.

    Kata Guan Eng, beliau enggan membuat sebarang komen berhubung keadaan yang belum berlaku.

    Dalam muktamar tahunan PAS minggu lalu Ahli Parlimen Temerloh yang diketahui penyokong kuat kumpulan konservatif, Nasruddin Hassan meminta DAP tidak memandang rendah kumpulannya.
    Read More

    Thursday, 1 January 2015

    Tidak perlu 'Kerajaan Campuran Pas-Umno' untuk bina semula Kelantan, kata Husam

    Khamis, 1 Januari 2014

    Tidak perlu kerajaan campuran untuk bina semula Kelantan, kata Husam. Ya, lunaskan hutang royalti, (TMI) kami bina Kelantan kembali.

    DECEMBER 31, 2014
    Published: 31 December 2014 (TMI)
    Kerajaan persekutuan sepatutnya bayar royalti minyak kepada Kelantan untuk membolehkan PAS bina semula negeri itu, kata Naib Presiden PAs Datuk Husam Musa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2014.
    Kerajaan persekutuan sepatutnya bayar royalti minyak kepada Kelantan untuk membolehkan PAS bina semula negeri itu, kata Naib Presiden PAs Datuk Husam Musa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2014.
    Kerajaan persekutuan sepatutnya bayar royalti minyak kepada Kelantan untuk membolehkan PAS bina semula negeri itu, kata Naib Presiden PAs Datuk Husam Musa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2014.Pimpinan PAS Kelantan menolak cadangan supaya kepimpinan PAS dan Umno di negeri itu mengetepikan politik mereka dan membentuk kerajaan campuran demi memastikan rakyat Kelantan mampu bangkit menghadapi situasi yang teruk selepas banjir.
    Sebaliknya, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata kerajaan persekutuan sepatutnya membayar royalti minyak yang ia hutang dengan Kelantan supaya kerajaan PAS boleh membina semula negeri itu.
    “Apa kata Petronas yang mengaut kekayaan dari laut Kelantan tanpa apa-apa sumbangan selama ini menunjukkan jiwa kemanusiaannya dengan memberikan RM3 billion bagi tujuan itu?” kata Husam dalam satu kenyataan.
    Beliau pada masa lalu pernah mengetuai kempen menuntut Putrajaya membayar wang royalti kepada Kelantan bagi petroleum yang digali dari perairan negeri itu sama seperti bayaran yang dibuat kepada Terengganu.
    PAS Kelantan berulang kali mendakwa Putrajaya sengaja menangguhkan pembayaran royalti itu kerana kerajaan negerinya tidak ditadbir Barisan Nasional (BN).
    Husam mengulas cadangan dibuat salah seorang tokoh anak Melayu Kelantan, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, pengasas Kumpulan Media Karangkraf, dalam akhbar miliknya Sinar Harian.
    Katanya, rakyat Kelantan sudah terlalu lama terhimpit dalam pertembungan ideologi antara dua parti politik iaitu BN dan PAS di negeri itu, “hanya melalui pembentukan kerajaan campuran, usaha membangunkan kembali Kelantan akan menjadi lebih mudah.”
    Hussamuddin berkata, kerosakan yang dilihat selepas situasi banjir ini pulih akan “amat luar biasa.”
    “Saya bukan hendak perkecilkan kerajaan Kelantan, tetapi saya rasa mereka tidak mampu hendak kendalikan semua ini,” katanya sambil mengatakan rakyat Kelantan memerlukan bantuan kuasa yang besar dan mutlak supaya mereka boleh bangkit semula seperti keadaan sebelum banjir.
    Beliau mencadangkan diadakan “gencatan politik” PAS dan Umno, sekurang-kurangnya selama 2 tahun bagi membolehkan usaha memulihkan keadaan di Kelantan seperti sediakala berjaya.
    Mengulas cadangan itu, Husam yang merupakan bekas exco kerajaan negeri itu berkata, lebih baik Putrajaya membayar saja wang royalti kepada Kelantan.
    “Semasa menunggu helikopter di hangar Lapangan Terbang Kota Baru, dapat dilihat susunan helikopter operator yang terkait dengan pelantar Petronas di laut Kelantan.
    “Ini masa yang tepat untuk Petronas melunaskan ‘hutangnya’ pada rakyat Kelantan,” katanya. – 31 Disember, 2014.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tidak-perlu-kerajaan-campuran-untuk-bina-semula-kelantan-kata-husam#sthash.kLdGUT9j.dpuf
    Read More
    Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
    SILA LAYARI
    Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
    PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    Popular Posts

    © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena